Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Saturday, July 27, 2013

Anak

Kalau nak sebut baby rasa cam tak best plak. Kadang2 laki pon aku panggil baby, aku pon laki aku panggil baby. Ahaks, kadang2 la. Tapi memang selalu nya kami memang panggil nama manja2an gituh. Baby tuh jarang2. So rasa cam tak best plak janin dalam perut ni pon nak panggil dengan panggilan baby. Rasa lebih bermakna panggil 'anak'. Dengan nada yang lembut please.. 'anakkkkk...' aww schuweet. Kadang2 panggil 'adik'. Mana2 la yang rasa selesa.

Memang semua bakal ibu saat yang paling ditunggu bila 1st kick dr anak kan? Surprise gils. Alhamdulillah pengalaman pertama aku dapat merasakan tendakan anak bermula dari tendangan kecil di minggu yang ke 17. Macam pengalaman orang lain jugak la kot. Ada rasa mcm ketukan kecil. Tekejut2 jgak dibuat nya. Tapi memang betul2 kena alert la. Or tengah baring rileks2 baru terasa n tersedar. Kalau beramok sana sini dgn tugas n kerja memang sah takkan rasa lah. Masa golek2 tuh aku rasa. Aww sweet sgt. Laki aku pon ada masa tuh. Cuma tak dapat la nak bagi dia rasa, sbb terlalu mild. Cuma excited yang aku salur kat dia melalui cerita linstas lansung tuh buat dia memahami situasi aku lah walaupon dia tidak merasakan. Terima kasih incik suami. Huhuhuhu.

Tu di awal kick dia. Sekarang tak payah cakap la. Bukan kick lagi dah, terguling sana terguling sini. Dari minggu ke 17 hingga sekarang minggu ke 32 memang nampak jelas pembesaran anak melalui ke aktifan dia and dah tentu kebesaran perut ku. Alhamdulillah. Sempong2 perut ku dikerja kan. Bergegar dibuatnya. Syukran ya ALLAH. Dapat juga aku merasa ini semua. Eh syiok tak terkata. Awal2 dulu nak tidur pon rasa takot2 je. Risau anak terhimpit ke apa ke. Ye lah Allah tuh maha kaya, tahu la dia kan cemana. Cuma kita ni je yang over paranoid. Risau akan apa2. Mana taknya, kadang2 ngiring ke kiri or kanan pon tempat yang kita himpit tuh di kurik2 di geli2 kan. Alaaaaaaaaaaahai anak, awak tersepit ke? Cuba beralih tido belah lagi 1. Camtu la seterusnya. Lama2 dah faham, bkn kurik2 geli dah, anak terus kick n rasa guling2 lagik kat tempat terhimpit tuh, then baru tahu oh anak selesa la nih. Bkn tersepit la kot kalau dah mcm ni. Ahaks. Sian mak nak, baru tahu..

Tumbesaran anak pon alhamdulillah. Bagaikan juara. Check up ikot jadual on time! Tak penah missed. Hubby pon rajin menemani. Eh pasal hubby toksah cerita lah. Dia memang IMAM yang terbaik buat mak, nak. Syukur alhamdulillah.

Sekarang ni kalau pagi ke tengahari anak selalu senyap. Tidur lettew. Nak tgk anak active tengahari nak masuk petang, ptg stop2 kejap sampai la ke malam. Memula dulu cuak jugak. Yela apsal anak senyap je pagi2 ni. Macam2 la cuba, minum ice, makan benda manis semua bantai untuk dia bergerak active. Kadang2 berkesan, kadang2 anak wat dek je. Dah dia ngantuk, bedal la tido. Lagi skali mak paranoid nakk.. Tapi so far alhamdulillah nak kejutkan anak 1 je. hehehhehe bagi dia dengar recording mengaji dalam fon. Lagi2 kalau recording tuh suara papa dia. Erm sakan dia. Melompat2. Begegor2 haih perut mak.

Yang lain2, dia masih dalam rahim kan, so dah tentu dia selesa kat dalam nih. Cuma kadang2 kalau aku bz, aku sakan active keluar sana sini aku akan rasa rindu sgt kat dia. Cepat2 baring ngereng untuk rasa dia bergelembong dalam perot aku nih. Ya ALLAH nikmat. Bila bz rasa jugak anak active tapi tak la se active bila kita berehat dan hadap dia kan? Lain.

Itu cita anak, cite mak? Alhamdulillah mak active. Masih active di bulan yang ke 8 nih. Kasi ronda 1 klcc pon masih boleh ni. Tapi dah lepas tuh terkangkang atas katil la. Hehehehe. Tapi yang bestnya mengandung ni sarat2 cemana pon akan kembali fresh bila kita dpt tidur or nap siang hari dlm 30menit sehingga 1jam. Memang segar bugar bangun. Syukur ada ubatnya disitu. Lagi terima kasih ALLAH.

Friday, July 26, 2013

Perot

Alhamdulillah semua berjalan lancar, harap2 semua dipermudahkan olehNYA. Excited? Tipu la kalau tak rasa excited kan? Nak excited sangat pon takot jugak. Tapi kita berserah dan percaya pada kejadian DIA, insyaALLAH.

Trimester I
Masa awal2 T1 memang sakan sikit, hati2 sangat. Ada bleeding 2x dan terus dikejarkan ke hosp, alhamdulillah dapat jab kuatkan rahim dan semua ok semula. Untuk T1 ramai kawan2 yang alami muntah2 yang teruk kan? Alhamdulillah aku ada gak rasa tapi tak teruk. Ada la 3-4x kot diserang muntah2. Alhamdulillah ada jugak rasa kan? Rugi if tak rasa ;) Cuma baru2 tuh aku dilanda gastrik dan cirit birit. Memang itu la ragam perut aku senang sangat melekat dgn 2 penyakit ni. Jadi tak da la susah sangat nak control, cuma tak boleh makan mcm org mengandung biasa. Kena berpantang kau2. Kalau tidak memulas. Memulas utk diri sendiri aku tak kesah, cuma aku risau baby effect so aku larat kan untuk berpantang beberapa ketika. Alhamdulillah aku berjaya. (3bln sebelum pregnant dan selepas pregnant aku tak minum ice. Sebelum pregnant pon aku OFF terus minum coke!)

Trimester II
Masuk T2 aku masih menjaga makan. Tipu la kalau kata semangat aku kuat, tak kuat mana. Ada jugak terlepas2. Lagi2 kalau lepak rumah mak. Pedas tak leh masuk lansung kat perot. Kat tekak ni nak saje ape2 pon. Tapi demi kandungan aku tahan. Kalau terlepas sikit2 tuh memang kauuu la aku berlipat sakit perot bila malam nya nanti. Senang cerita aku makan nasi putih dengan telur mata je la. Or nak variety sikit goreng ikan or ayam kunyit bodo2 tuh. Alhamdulillah syukur. Sedap tuh. Or else sup2. Iyye makan mcam suap budak2 tuh. Nasib baik la aku ni jenis telan semua. Untuk T2 pon masiha da saki baki aku kena jaga makan. Sampai la bulan ke 4 nak masuk 5. Baru aku boleh bedal sket. Itu pon sikit. Sampai ke hari ni (32wks) aku masih tak boleh bedal benda terlalu pedas, masam or any benda pekat2. Nanti die krokkk krekkk krookk kreeek. Selain jaga makan, T2 ni aku ada la sembelit pon. Cuma amik ubat je kat kpj, dgn izin Allah baik la dia.

Trimester III
Masuk T3 dah makin excited nak tengok perot membesar. Mula2 tak sabar. Tak tahu la kenapa perut ni slow sikit nak naik. Maybe sebab aku dah sedia besar, so bila dia membesar ni tak la nampak sangat. Sebab lemak dah sedia ada kan? huhuhuhu. Tapi lama2 bagai kan juara jugak dia membesar. Alhamdulillah. Macam tak percaya plak aku dapat rasa semua nih. Terima kasih ALLAH. T3 semua perjalanan ini semakin lancar. Tak la mcm T1 and T2. Memang ramai ibu2 diluar tuh selesa pd kandungan T2. Tapi aku plak selesa pada T3. Mungkin ni masih di tahap baru masuk T3 kot. Suspen plak rasanya. Kita mintak yang baik2 yek? InsyaALLAH.


5 bulan


6 bulan


7 bulan


And latest beberapa hari nak masuk 8bulan.

Ni diantara komen rakan2 yang baru tahu tentang kewujudan insan bernyawa dalam rahim ku ini. Tak ramai yang tahu. Close friend and family members sajo. Ada la 4-5org yang dapat agak. And u guys sangat positive. Thank you so much. Hanya ALLAH sj yang dapat membalas doa2 dan niat2 baik korang. Tqs.




Masalah berat? Alhamdulillah setakat ini aku jaga berat ku betul2 supaya tak naik mendadak. Jaga makan dan minum. Demi anak dalam perut. Dah la kegemokan, kalau tak jaga aku takut plak la kan? Cuba berhati2 dan berjaga2.. Yang penting usaha. Lain2 kita berserah. :)



8.5 bulan

Assalammualaikum..

Punya la alim intro. Eh kata nak berubah kepada kebaikan. So apa salahnya. Betapa besar nya zat2 memberi salam pada sedara sesama islam tau. Apa kebaikan dia? P check sendiri..

Tunggang terbalik, melepet, uwek sane uwekk sini alhamdulillah wujud jugak 1 lagi blog baru aku ni. Blog syiok sendiri namanya. Tak mengharapakan ada yg memollow, apatah lagi pengharapan untuk dibaca. Sekadar untuk mengisi memory lama untuk masa hadapan, insyaALLAH.

Most kawan2 blogger dah tau kot mana menghilang nye aku beberapa bulan ni.. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana aku diberi lagi peluang untuk mengandung macam tahun2 yang sudah. Ye tiap2 tahun aku mengandung. Tanpa rasa penat aku terus mencuba lagi dan lagi.. Hingga ke hari ni aku dah pon hamil 32 minggu. Alhamdulillah. Kenapa sekarang baru nak bercerita pada umum? Mengandung kan, awal2 tuh biarlah rahsia.

Setelah minta kebenaran, suami pon bersetuju untuk aku ujud kan blog lagi 1 nih. Alhamdulillah. Cuma ada syarat2 la. Normal la. Ada la limit. Tak boleh la nak cerita semua. Itu dah masuk dalam kategori x ada malu la plak.

So enjoy la ye topic2 yang di share oleh ku. Plus size pregnant lady.