Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Comparison between Recaro Easylife and Babyzen Yoyo






Ok mak2 diluar sana. Pasti tercarik2 kan stroller yang kecil and memudahkan para2 anak dan ibu tu sendiri. Ni ada review sikit dari akak penjual stroller di ig kita nih. Kalau nak beli sila ke ig dia ya? ILOVEBABYSHOP. Dia tatau pon aku buat review ni. Tapi memang gmbr kredit to her. And alang2 meh aku promo skali ig shop dia.. 

Harga tak silap aku harga PROMO RM12xx. 
Memang rata2 tengah buat PROMO.
And banyak ready stok

Kalau babyzen yoyo plak RM15xx.
Dan preorder.

recaro easylife  
bigger
5.7 kg
stand alone 
no cabin all. 

reclined 
6+..
.

babyzen yoyo
 smaller
 6.7 kg
strap to carry
cabin approved
reclined
from 6m+ ada from NB pon ada. Tambah accesories je

Kalau tanya aku.. Tentu2 aku pemakai yoyo and choose yoyo lah kot. Sbab terang2 nampak yoyo masih kecil compare to mana2 kan? So WIN la kat situ. Lagipon aku tengok yoyo much cuter and cool bentuk die berbanding recaro yang pacak keras je aku tgk. Boring. Aku ni memang kalau pilih barang nak yang bagus, selamat and cantik. So yoyo WIN.

Ha cuma roda recaro ada double. So cam more firm la. So pilih pilih dipilih!

Tepuk dada tanya selera

Monday, May 12, 2014

Everyday is Mothers Day



Aku penah baca yg mothers day ni yahudi sambut sebab yahudi2 punya sapa tah punya birthday. Mother apa tah. So aku xmo tersasul akidah yg sedia goyah dan mahu diberbaiki. Aku juga tidak mengucapkan pada sesiapa mahupon menerima ucapan mothers day dari sesiapa.

Lain2 orang lain cara dan pemahaman. NO ofens yaw.

Friday, April 25, 2014

Cara menghukum anak yg dilarang Islam

Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”


2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."


3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."


4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”


5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Kita menghukum anak-anak yang membuat kesilapan ini bukan untuk menyeksa dan membinasakan mereka tetapi lebih kepada memberi pengajaran bahawa apa yang dia lakukan ini adalah sebuah kesalahan. Kanak-kanak bukan dia tahu pekara itu elok atau tidak maka kita ajarlah mereka. Dia menghukumnya sekadarnya untuk dia tahu pekara itu salah dan di masa akan datang tidak akan mengulangi pekara yang sama. 

Tuesday, April 1, 2014

Infos

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAYI

1 BULAN
• mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 BULAN
• menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"
NO

3 BULAN
• mengangkat kepala sehingga 45°
• mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• mengukir senyuman sosial
DAH LAMA (SARAH 2WEEKS DAH SMILE BILA DIAGAH)

4 BULAN
• mengangkat kepala sehingga 90°
• duduk dengan sokongan
NO
• berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang) YES
•mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki YES

5 BULAN
• mula tumbuh gigi
YES (DUA HARI B4 6MOS)

6 BULAN
• menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
YES
• menggapai dan menggenggem objek DAH LAMA
• duduk sendiri dengan sokongan yang minima YES
• berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula) DAH LAMA

7 BULAN
• mengajuk bunyi-bunyian
• menyuap sendiri makanan
• duduk tanpa sokongan

8 BULAN
• menghisap objek DAH LAMA (4MOS)
• memanggil 'ibu" atau "ayah"
• mula merangkak
• bertindakbalas terhadap nama sendiri DAH LAMA (6MOS)

9 BULAN
• mengangkat perut untuk duduk
• berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• memahami keadaan kekal objek

10 BULAN
• mengambil objek menggunakan 2 jari
• merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 BULAN
• menepuk tangan
• melambai
• berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri DAH LAMA SANGAT YANG NI. (3MOS)
• memahami maksud "tidak"

12 BULAN
• menggeleng
• memahami arahan mudah
• berjalan dengan bantuan

13 BULAN
• mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• berdiri dengan sempurna

14 BULAN
• makan menggunakan jari
• melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 BULAN
• gemar melihat dan menyelak buku
• berjalan dengan sempurna
• memanjat tangga

16 BULAN
• bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 BULAN
• bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 BULAN
• mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• minum menggunakan cawan
• makan menggunakan sudu

19 BULAN
• boleh menggunakan sudu dan garfu
• berlari dengan sempurna

20 BULAN
• membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 BULAN
• berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 BULAN
• mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• memahami 2 arahan yang berturut (contoh: ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• boleh mengawal pundi kencing

23 BULAN
• menggunakan 50-70 patah perkataan
• menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• menuruni tangga dengan bantuan

24 BULAN
• memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• sesetengah ucapannya boleh difahami
• membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan


tuan tanah : perlu diingatkan lain anak lain pencapaian nya. tak semestinya anak kita pandai sokmo anak org lain tak. itu semua kerja ALLAH, yang penting jgn berhenti mengajar. 

Sunday, January 12, 2014

Bakul changing diapers



Ni pasti semua parents ada bila baby dorg masih 'baby'. Style ni memang turun temurun la dari anak buah aku sampai ke Sarah. Bebudak tu pon dah abih skolah da pun. Tp tatau la uols cemana. Rasanya sama je dak? Senang put in 1. Teratur dan tak la melarau nak carik bila nak pakai.. Apa details dlm bakul comel ni? 


1st of all wajib ada semprot. Bhahaha penyembur comel tuh. Dulu bibik akak aku panggil natang tu semprot. Lansung melekat sampai ipar2 n hubby pon panggil semprot. WAJIB bagi org Islam lalukan air pada private part anak. Wipes je x jadik. Lagi elok bawak ke toilet. Kalau pakai semprot ni di spray lepas lap poo dia. Dah lap semua poo bg clear dgb wipes, spray lagi sekali. Lenjun Sarah ku spray. Haha. Jgn ckp la wipes tu brapa byk aku pakai. 1 wipes kecik tu boleh tahan 2hari or senang cita 2x poo! Yg kecik la. Sebab tu kalau hubby ostesen, kami p sopping wipes x hengat. Yela, xkosa aku nk kua p beli wipes klu msa hubby xde. 

PALING PENTING!!!! Semua ni kene basuh dalam besen air paling2 seminggu sekali! Dgn sabun detol! Sebab teori n mata kasar aku nampak mcm ada poo or shi Sarah yg tggl2 kat stiap brg ni. Pandangan kasar. Hakikatnya? Pasti lebih dr itu pon ade tggl kat stiap benda ni. X susah pon. Asal bersih. 

Yg lain2 rasanya aku dah penah cite details dlm n3 lepas2. 

*sarah tido dari lepas mandi pg tadi, mami x de keje. Dobi dah! Masak dah! Basuh toys dah! Papa ostesen! What else to do?! Blog. 

Wednesday, January 8, 2014

Info : Kenali tangisan anak



PERIHAL TANGISAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK ANAK

Hari ini ramai ibu bapa menjadi tenggelam punca untuk menundukkan anak-anak mereka agar mendengar arahan. Anak-anak suka berkeliaran tanpa kawalan dan sukar ditegah untuk melakukan apa sahaja sesuka hati walaupun sewaktu bertamu di rumah orang. Lebih sedih lagi ada ibu bapa yang tidak langsung berusaha mencegah anak-anak ‘mengusik’ dengan sesuka hati apa sahaja yang ada di rumah yang diziarahi. Anak-anak dibiarkan melompat-lompat di atas kerusi, memanjat meja, mengusik kereta dan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa sangat menitikberatkan disiplin kita apabila ada tetamu bertandang. Pantang sekali bagi orang tua dahulu melihat anak menyibuk ketika mereka melayani tetamu. Hari ini banyak kes anak yang meramas buah dan makanan yang disajikan ibu bapa untuk tetamu sehingga tetamu jadi serba salah. Malang sekali kerana ia berlaku depan ibu bapa sendiri tanpa sebarang usaha mencegah dan mendisiplinkan mereka. Tetamu pun berbasa basi dengan kata-kata biarlahhhh… budak-budak tahu apa? Ermmmm…

Setiap hari kami didatangi oleh berbagai-bagai tetamu atas pelbagai urusan. Ramai juga yang bertanya apakah rahsia RPWP dapat menundukkan anak-anak jagaan tatkala terlihat mereka mula menunjukkan tabiat yang kurang elok itu. Hanya dengan satu jelingan, satu tanda ‘psttt… ‘ anak-anak sudah faham dan berhenti serta merta. Demikian yang diluahkan oleh para tetamu yang memerhati dengan matahati yang tajam.

Ingin kami kongsikan bahawa asnaf yang diserahkan kepada kami bukanlah yang asalnya baik-baik belaka. Di kalangan kami juga ada banyak belang dan parut dalam sejarah kekeluargaan yang berbagai rupa. Ramai suami isteri yang tidak sefaham, sering bertelagah dan bercakaran. Ramai anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat yang buruk, degil, tidak berdisiplin, tidak menyahut panggilan, tidak datang bila dipanggil, pemalas dan sebagainya. Kami cuba berfikiran positif dan menjadikan segalanya satu asbab untuk saling mengkaji dan membuat pembaikan.


AJARLAH ANAK SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRANNYA

Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Bagaimana kita harus menggunakan sepenuhnya sensitiviti deria pendengaran dan pengelihatan untuk mendidik anak sejak hari pertama kelahirannya.

Perhatikan Surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur”.

Banyak kes anak yang tidak pekak dan bisu tetapi tidak pandai bercakap seolah-olah mereka bisu, hanya kerana dilahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu. Banyak kes anak yang cukup sifat namun lebih teruk dari orang cacat, pemalas dan tiada kreativiti sama sekali. Ini kerana pendengaran dan pengelihatan mereka tidak didedahkan untuk bekerja, menjadi rajin dan kreatif walaupun ibu bapa mereka rajin. Apatahlagi jika ibu bapa sendiri memang jenis pemalas atau pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa proses pembelajaran dan pembentukan akhlak anak sudah bermula dari hari pertama kelahirannya. Tumpuan harus dilakukan khasnya dalam tahun pertama dan ke dua usia bayi itu. Inilah tahap awal yang kritikal di mana kita harus memperkenalkan diri kepada si bayi bahawa kita adalah pengatur mereka yang bertanggungjawab dan prihatin. Tunjukkan yang kita ingin mendidik mereka untuk menjadi anak yang bertanggungjawab dan peka.

Sewaktu bayi lahir, deria mata tidak berfungsi dengan baik lagi. Yang ada adalah deria rasa dan pendengaran. Bayi tidak boleh bertutur melainkan hanya berkomunikasi melalui bahasa tangisan dan gerak tubuh. Inilah tahap di mana kita harus meneliti dan menghalusi setiap respon yang ditunjukkan dalam bahasa tubuh dan tangisan bayi terhadap kita. Dengan itu kita mampu mengenali bayi kita dengan baik.

Al-Baqarah Ayat 146

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami telah berikan mereka)
الكتب (Al Kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenal/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka)
وإن (dan sesungguhnya mereka)
فريقا (segolongan)
منهم (dari mereka)
ليكتمون (sungguh mereka menyembunyikan)
الحق (kebenaran)
وهم (dan mereka)
يعلمون (mereka mengetahui)

Al-An'am Ayat 20

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami berikan kepada mereka)
الكتب (Al-kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenalnya/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka sendiri)
الذين (orang-orang yang)
خسروا (merugikan)
أنفسهم (diri mereka)
فهم (maka mereka)
لا (tidak)
يؤمنون (beriman)

Kata kunci yang ingin kami kongsikan dari ayat ayat di atas ialah AL-KITAB (yang merujuk kepada satu KETETAPAN) dan ARIF (sangat KENAL). Ingin kami mengajak pembaca memerhatikan juga mengapa kedua-dua ayat yang membawa mesej yang lebih kurang serupa ini diletakkan di SURAH HAIWAN, iaitu al-BAQARAH (sapi betina) dan al-AN’AM (binatang ternak).

Ringkasnya jika kita membela anak dengan tabiat haiwan, maka kita akan melupakan elimen pendidikan dan tarbiah sepanjang kita memelihara anak-anak kita. Kita hanya mementingkan makan minum dan menjadikan anak kita besar panjang sahaja. Namun pembangunan minda dan akhlak anak-anak kita akan terabai.


MENGENALI ANAK MELALUI TANGISAN DAN GERAK BADAN

Hasil kajian dan pengalaman kami terhadap subjek menunjukkan ramai ibu bapa yang kurang sensitif terhadap tangisan anak. Ramai yang sudah melahir dan membesarkan sehingga 8 orang anak masih tidak mampu mengenali bentuk tangisan anak sendiri. Kami rujuk pula perihal tangisan anak ini kepada fakta quran, sunnah dan sains

Inilah seni dalam memelihara anak yang tidak begitu ditekankan dengan penuh minat oleh para ibu bapa. Akhirnya kesemua anak-anak mereka membesar dalam pemeliharaan yang sebanding dengan haiwan ternak sahaja, atau mudahnya mereka tidak lebih dari menternak anak. Tiada unsur pendidikan yang diterapkan dengan teliti semasa memelihara anak itu.

Terlalu panjang jika ingin kami tuliskan jenis tangisan dan gerak tubuh anak di sini. InsyaAllah akan kami huraikan secara khusus pada siri parenting tips khas nanti. Cukuplah jika kami katakan ada banyak yang perlu diperhatikan terhadap bentuk tangisan dan gerak tubuh bayi ini ketika ia berumur 1-4 bulan, 4 bulan hingga setahun, 1-2 tahun dan seterusnya.

Antara contoh yang kita harus kenali ialah,

• Bagaimana bentuk, intonasi dan nada tangisan? Merengek? menjerit? selang seli? berterusan? Terkawal atau luar kawalan seperti sawan?
• Apakah iringan gerak tubuh waktu menangis? Menggeliat, menggaru kepala, menggosok mata, meronta-ronta?
• Apakah tanda lain atau perubahan pada tubuh mereka semasa bayi menangis? Contohnya kembung, kejang, badan jadi panas, mata jadi merah dan sebagainya.
• Anda juga harus tahu bila terakhir anak anda diberi susu atau makan? Bila terakhir anak anda buang air dan dibersihkan?
• Bila masanya anak anda tumbuh gigi?
• Adakah anda sendiri merasa panas dan rimas sehingga mungkin anak anda juga ikut merasa panas dan tidak selesa?
• Bagaimana mengenal tangisan mengada-ngada? Adakah air mata yang keluar semasa anak menangis?
• dan banyak lagi tanda-tanda.


KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah 'Universal Language', satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habitat anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya.

Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.


KESIMPULAN

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Nabi s.a.w. telah menyarankan, “belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad”. Kelalaian kita menangani panggilan dan seruan bayi melalui tangisan mereka itu telah mengajar anak menjadi orang yang juga tidak bersegera apabila dipanggil, jadi bodoh, pemberontak dan degil. Sebaliknya, kita pula yang terpaksa mengikuti kehendak anak sebegini apabila ia besar nanti.

Demikianlah juga bagaimana Isa a.s. selaku nabi yang hebat telah dikisahkan mampu berbicara sejak dalam buaian lagi. Malangnya kita sebagai ibu bapa Islam ini tidak ada ilmu pengetahuan dalam mengenal bahasa universal anak itu lalu ianya berlalu menjadi satu pembaziran yang amat merugikan anak kita. Apa yang kita selalu rungutkan ialah tangisan itu memberi kesan negetif terhadap persekitaran, terhadap emosi jiran dan ibu bapa yang menjadi stress akibat tangisan anak. Kita tidak langsung fikir kesan negatif terhadap anak itu sendiri.

Ironinya, ibu yang jahil ini tidak mendapat pendidikan dan pembetulan yang penuh siyyasah dari para suami kerana mereka selaku abal hakam dalam keluarga juga jahil. Ramai suami yang membiarkan sahaja sang isteri berkelakuan yang ‘tidak wajar sebagai isteri’ tanpa teguran. Akhirnya isteri membentuk tabiat liar dan lagho. Isteri begini kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap anak, iaitu tidak sensitif dengan seruan bayinya. Isteri akhirnya terkontang-kanting mengendalikan segalanya dalam penuh kebingungan dan kesukaran. Maka terhasillah generasi anak-anak yang liar dan berkeliaran.

Kami ada terlalu banyak bukti. Anak-anak darjah 3-5 masih tidak kenal huruf, tidak pandai berbicara dan mengurus diri. Anak tingkatan 1- 4, yang baru kematian ayah setahun lalu tapi menjadi begitu dan begini. Sebenarnya semua itu sudah lama berlaku, semasa si ayah masih ada. Inilah hakikat anak yang yatim sebelum yatimnya. Oleh itu, mari kita pelihara anak kita dengan teliti, penuh minat dan kasih sayang seperti keluarga manusia. Jangan biarkan anak kita membesar sepertimana haiwan yang diternak untuk diherdik setelah kita tiada.

Kudap kudap
WARGA PRIHATIN

KREDIT FB WARGA PRIHATIN (PRIHATIN.NET.MY)

Tuesday, December 10, 2013

Baby Carrier

Ok, mmg semua benda mahu. Normal kot. Lagi2 jenis duk bandor n target nk buat mcm2.. Kesana kemari semua nak mudah! Termasuk la salah 1 alasan utk memiliki baby carrier. Huhu

Hari tu masa Sarah 2bln lbih ada ke kiddie utk nak beli carrier ni. Sbb masa tuh rasa2 x sabar dh nak habis pantang and keluar bawak Sarah dgn sewenang2nya. Anak papa n mami ni suka gak berkepit, apa kata carik carrier! Lets. Tu la intro nye. Sblm tu since pregnant lg dh survay2. 

Ikot cantik mata ni pandang nk baby bjorn. Sebab colorfull n sgt dikenali. Aku ni kan gile color. Agak otai jugak brand ni. Tup2 ada plak brand agak baru dikenali di Msia, ergo baby.. Boba n snuggbaby. Yang baru2 ni besar2 belaka and mcm bwk backpack kt dpan perut pls! Tak seksi langsung! Color pon alahai. Kecuali snuggbaby, its custom made! Yibbah!

Memula tu wat dunno dulu. Tau2 gitu je.  Tp bila nak beli ni baru la terhegeh2 kan? Pegi kiddie, ivy the lady cerita la whats good n not. Seperti biasa lah nothing yg perfect. But atleast jgn sesekali choose yg x elok. Apa yg x elok? 

Lets! 

See! 

Nampak tak perbezaan carrier baby bjorn dan sekutu dgn nya dengan carrier yg baru2 skrg ni. Ye yg buruk besar tuh bagus! Yang bjorn or mcm dolu2 tu semua tak elok!!! Kononnye..! Tapi mmg ada betol nya. Style lama tu mcm tergantung. Tak rileks. Yg baru tu walaupon terkangkang, ia mcm kerusi. Kangkang dodok kerusi gituh. 


Ni ade penjelasan sket sbyk yg mber aku stalk dr if bini apex fb. So terpulang la pada kita ibubapa si anak. Nak cantik ke nak yg baik? Haha

Mesti la nak yg baik dan bagus utk keselesaan anak yg selamat. InsyaAllah. 

BUT!!!!! 

Sorry to say, brand2 yg bagus ni tak bole utk baby pulakkkkk. NOT! Actually bole je. Tapi some brand kene beli 1 lagi bag dlm tu utk pegang baby nya kepala n blablabla. Sbb baby belom keras kan? And ade yg bole baby tapi baby tu x le juntai kaki. Kena cangkong kat dalam karung tu. Kononnya mcm baby dalam perut ibu dulu. 

Oh my! Tidak la aku. Sian Sarah. Nak kene berlipat lutut plak dalam tuh. Tak mo lah. Xde apa pon yg nak sgt2 beli skrg kn? So bole je tgu Sarah bsr sket. Kalau Sarah dah keras dalam 4-5bln baru bole pakai cm biase. Which is kaki terjuntai. 

So kita tunggu yek? Nanti papa sure beli 1 if ada rejki. InsyaAllah. 

Hope info ni help u guys. Night..