Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'
Showing posts with label MyBad. Show all posts
Showing posts with label MyBad. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Kena air panas


Tadi bfast mcm biasa dgn sarah di cafe. Papa Sarah went for werk. Kami berdua je lah. Biasa Sarah dh mkn dulu baru mami mkn. Now my turn. 

Sampai cafe mmg kalau berdua je mami akan amik food terus sblm ddk. Wlaupon  table penuh, mami terus amik food and bru crik table. Mcm tdi pon. Tgh target table tibe mami terlanggar ada sorang pakcik ni. Mami dukung sarah. Air panas teh o pakcik tu kena Sarah :'(( Sarah tak nangis. Cuma Sarah merengek. Mami blur!!!!! Mami terus letak food mami tah kat mane and mami berlari pg kitchen mtk ais. Masa tu Sarah diam je mcm biasa. Rengek sekali je masa kena. Mami masa tu dh bergenang air mata. Mami masih tak sure kena kat mana. Yg penting skrang ni is AIS! 

Dapat ais mami duduk je kat table tah sapa. Mami raba2 badan Sarah syukur hanya kena kaki. Wlaupon hanya kaki tapi tetap Sarah. Mami tak leh berfikir dah. Tekap ais. Sarah x mo. Mami sejuk kan tgn dan usap pada tmpt yg kena. Merah nak.. Mami nangis. Mami sorry. Mami selalu janji mami akan jga Sarah wlau apa skali pon hanya kerana Allah. 

Ini pon kerana Allah nak. Mami tak boleh elak. Mami janji mami terus berdoa utk Allah selalu pelihara anak2 mami. Mami takkan berhenti. 

Kita naik mandi, letak ubat and tido ya? 

The best moment bila kita sayu.. Sedu dan sedan dia duk gesel2 muka n kepala kat kita. Itu tanda sayang. Alhamdulillah. Mami pon syg sarah. 

Sorry nak.

Wednesday, April 16, 2014

Kenzo sweater



(Pic:google)

Aku gerammm sgt akan sweater ini. Utk mak pak beribu rege nya. Klu beli kat blog below 1k. Itu hak masing2 la dak if nak beli. Kita kate mhl. Dah org tu kate mrh pd dia. Nk wat cmna? Subjektif jgk kn? Tgk purata income kita dan dia lah.  Sama juga kita kate rm2xx beli groceries tu ngam2. Cantik sgt harga tu. Tapi org ssh tgk bergenang air mata 2xx habis centu je. Sama kan?! Tapi tak bole jgk pertikaikan kehendak org kaya tu. Kalau groceries dia kata 5xx tu biasa2. Dah mmg tu pakaian dia. Dont compare! X selamat hidup nanti. Biar kita dgn cara yg kita ada. Bole pg jauh jgk. InsyaAllah. Semua sama. Cara je berbeza. Jgn pertikaikan. Jgn berangan nak jadi org lain. Itu yg dtg sakit jiwa! 

Woh pjg mukadimah! 

So sweater ni beli pkai org tgh dlm 4xx utk baby. Boleh lg la pd aku kalau yg memakainya aku! (Walaupon baju xde yg harga 150 ke ats!!) tp nk reward diri skali dua bole la kn??? TAPI ini kalu nak beli utk sarah. Aduh! Berat nye hati. Tapi rase ringannnn je tgn nk mbeli. 

Sebab dh jji dlm diri ini utk tdk melebih2 pd anak. Kesian anak jadi tempat nk menunjuk semata. Sbb baju kn? Selain kuality (pdhal yg mrh pon bkuality je) ape lagikk klau bkn nk show off. Pengakuan aku ni. Knapa mata sdap memandang?? Kerna org lain pon suka. 

Barang aku tak kesah sgt. Sbb most gear sarah boleh pakai sampai ke tua. So berbaloi! Beli sekali. InsyaAllah. Ini baju?! Adeh.. 

Lets pray for me and my decision. 

*kata2 ini semua utk diri ini. Mengata diri sendiri. Tak pulak aku nak kata sipolan bg baju anak beribu2 dia nk show off. Lain! Dan hak masing2. Aku x penah compare. 

Wednesday, April 9, 2014

Tulang baby bunyik2!

Assalam sore..

Ni masalah yg bermain di minda gue. 

Kenapa tulang Sarah selalu ruprapp bunyik if kita angkat dia? Tulang badan lah, tangan lah. Cuak nyeeeee. Kadang2 dada. Tak dengar la bunyik tapi tgn yg mendukung ni trasa. Normal ke tu ha? 

Penah tanya doc dulu lagik. Paed Sarah ckp takde apa. Tu biasa. Ok lega.. 

Tapi sejak Sarah membesar activ ni makin kerap. Ya Allah peliharalah Sarah. 

Tiap2 hari kot. Walaupon berhati2 sgt dukung dia.

Ada sapa2 tahu x? Why n xpe ke?

Tuesday, February 11, 2014

Mak Budak


Alhamdulillah. Sarah 5 bulan ni mmg byk perubahan drastik pd Sarah dan aku maknye.. 

Paling obvious tido malam Sarah. Masuk 5mos ni Sarah dah selesa tido mlm. Gerak2 tukar position dgn selamber je n smbg blk tdo. Omei. Cam org bsr. Sll dia klu bgerak dah tjga. Skrg lebih peka dgn kdaan skeliling and dah confident. Mcm dah x tkot. Alhamdulillah.

Sebut pasal takot memang aku ingat anak2 ni takot dtg dr mak pak dan persekitaran. Rupanya tidak eh? Memang dtg sendri. Huhuhu. Sarah kalau tgk benda2 pelik dia cuak n cry. Cth mcm try2 pakai carrier b4 beli dia tgk benda tu bertali2 dia takot. Muke cuak n cry. Sian. Pujok pon xmo. Aku ingt takot ni mak pak yg tkot2 kan. Cth mcm 'amikkk momok die niii' cth lah. Aku x kenan tol sikap mcm tuh. Dgn Sarah yg baru lahir ni tentu2 la x penah lnsg bwk die ke lembah takot. Apatah lagi nk tkot2 kan. Ermm kejadian Allah tu unik dan istinewa. Memang ada dlm diri baby.

Mak budak nye cite plak. SINDROM PELUPA aku smakin berkurang. Alhamdulillah. Lupa bukan sikit2. Bila suami tanya mana itu ini? Aku jadi blank. Kosong. Xle fikir!!! Allahu. Scary. Mmg scary. Padahal baru buat 1-2jam lepas. Kronik kan??? 

Brg tetinggqal lah. Sungguh bukan aku kalau mcm tu. Alhamdulillah suami awal2 dia tanya sebab some benda2 tu mmg tugas aku if keluar rmh or apa2 je lah. But then bila dah jadi mcm tu hubby amik alih terus tugas aku tu tanpa disuruh. Die simpati kot dgn aku. Huhuhu. Sian plak dgn dia. Kerja dia dah banyak kene plak tmbh lg tggjwb aku kat bahu dia. Tp aku janji la akan perbaiki n cuba lawan. Benda mcm ni kalau dibiarkan bermaharajalela n syaitan suka. Aku perbanyakkan zikir dan doa. Memang betol2 terase perubahan ni. Ya Allah segala kuasa ditangan Mu ya Allah. 

Gugur rambut dah kurang. 
Makan meluap2 tp control. 
Badan naik 10kg. Wek!
Kulit masih kering. Megering. Ngeri! Penuaan ke apa? Tiba2 bsyukur muka berminyak dulu. Oh takot!

Lain2 cam biasa. 

Love u nak...