Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'
Showing posts with label Sarah gadgets. Show all posts
Showing posts with label Sarah gadgets. Show all posts

Saturday, January 4, 2014

Exersaucer




Cantiknyaaaa..

Semua cantik2. Geram!
Nowdays walker dah x pakai sgt kn? But then lebih kurang je tapi rasa mcm selamat sket pergerakan baby dlm ni then walker yg agak merbahaya n banyak komen tak elok ttg walker. Lagi skali kecik2 dlu kita walker je dak? Cantik je jalan. Ctk je tlg kaki. Alhamdulillah.. 

Tapi kalau ade yg lebih elok y not. Nampak la xde kelebihan pon benda mcm ni berroda/tayar. Wat semak je and bahaya pada anak. Exersaucer ni lebih straight forward kan? Letak situ, dah! Sampai terus matlamat. 

Ini tunggu la Sarah dah keras n tegap sikit badan tu. Weee tak sabar. But then normal la. Sedikit mahal. Huhuhu. So mari menabung dari sekarang. Ye nak jadi kan rumah as a tadika oso can! Nak semua kan? 

Tapi ok la. X la dasyat sgt aku ni. Mengkaji jauh jgk b4 beli. Hahaha. Ade je play gym sarah termurah aku beli. Org kata paling mrh 70 penah jumpa. Aku jumpa 60! Settle. Pon benda yg straight forward and x boleh simpan lama aku x suka mahal2. Yg mcm ni xpe mahal sket. Boleh simpan utk anak yg lain. 

Eh ade yg 800 eh benda alah ni? Weeee!

Wednesday, October 16, 2013

Baby Rocker/Swing

Ini kira tak termasuk sangat dalam keperluan. Cuma kehendak yang 1 ni bakal jadi keperluan bila Sarah dah besar sikit. Ye dak? Cumanya perlu grab sekarang sebab tengah ade promotion. Ahaks. Asal ade promo je nak kene grab ye dak? Adolaaaa.. Bukan aku tapi hubby. Hihihihi.



Pasal baby rocker memang aku nak terbeli 1 dah dulu masa sarat mengandung. Ramai kot bakal2 ibu or ibu diluar sana yg tahu pasal rocker yg 1 ni. Fisher price yg femes jual kat net nuh. Kat market biase almost 400. Tapi hak yg ni juai 150-160 je. Mana tak menggila kan? So aku rasa nak la angkut 1 masa aku stay kat kl utk shop brg baby hari tu. deal punya deal. Dah confirm nak cod bila on the way back to seremban tiba minah bangi ni sepi. Meniaga lagu mana la depa nih. Sepi la haih. So lansung x jadik.. Tak penting pon kan. Gasak ko lah.

So terkubur la niat utk memiliki baby rocker masa tuh. Tup2 mekar segar balik niat tu bilamana nak usha baby carseat tempoh hari di kiddie garden. Memang lama dah hubby duk sebot nuna leaf and mamaroo. Lagi sekali, aku ni kan kalau simple, memang simple betol. Fisher price sudehhh.. Tapi laki aku berkenan dengan 2 brand ni. Kiut agaknye pada pandangan dia. Selalu jugak hubby google 2 brand ni and tgk2 sambil terangkan pada ku. So aku diam je la. Bole je. Nanti kita tengok la cemana penggunaan dia. Sebab Sarah kecik lagi. Belum nak guna. Hari tu dok sebok nak cod sebab tgh murah kan? Da tuh kali ni tak sempat tengok pon. Terus hubby grab. Dtg nye nak beli baby carseat. Balik nya bawak mamaroo and pre order carseat. Bantai la labuu..

Rezeki Sarah. Alhamdulillah.

So ini la dia 4moms mamaroo. Ada 5-6 cara buai dia. And bole pasang mp3 dr iGadget kat bawah nuh. Sangat sweet. Sarah terlelap bila naik. Huhuhu. Nanti dah bessr sikit kita lepak makan2 solid food atas mamaroo ye manja? InsyaAllah.





Mamaroo ni letric. Memang smooth sangat bila bergerak. Ada banyak style buai boleh pilih kat screen nuh. Ada yang seolah2 baby dalam kereta yang bergerak and mcm2 lagi lah style swing yang mamaroo ni ado. Memang cute n seronok nengoknye.. Music yang tenang macam bunyik ombak pon ada.. Cuma tak penah pon pakai time Sarah naik. Kami duk pasang mp3 hp je. Ngaji is the best. Sarah pon leka.

Friday, October 11, 2013

Cradle

Akhirnya....

Memang kalau boleh tak nak buai untuk Sarah. (Poyo. Xnk2 hantam gak). Tapi apa kan daya..? Sarah alhamdulillah ok. Manja mummy memang suka tido kat ketiak2 and celah2. So memang aku bwk kat katil je la tido sekali bila papa dia koje. Bila papa balik nuh kat cot diam nye. Iyaan mumy rindu Sarah sebab tido jauh walaupon sebilik. Tapi itu tengah peak hour si Sarah bole lah cerita kan? Asal bau ketiak aku je tido la Sarah. Tapi cuba time siang? Jarum jatuh pon dia boleh terkujat.

Memang salah aku la dari awal bedung elok aku p lepas kan. Sarah dah sedap lepas and nk bedung lagi? Memang x la. So tido nye nampak x sedap. Jap2 bangun.. So nak x nak kami decide untuk beli buai. Bia tido lama sikit.

Memang ank2 buah aku pon berbuai masa kecik. Buat syarat je sebab Buai awal2 lepas tu off kan.. InsyaAllah nyenyak. And aku guna jika perlu. Lain2 sesi, mummy pok2 dah berdengkor.. Syukur.

Memang agak kelam kabut nak uruskan anak tanpa suami. Baru sorang. InsyaAllah tahun dpan nak lagik. :)





Electric cradle ni siap remote. Over tak? Over la aku kan? Pemalas betol. Huhuhuhu.. 
Canggih2 betol kan sekarang? Dulu buai paling2 letric je.. Tapi time tu pon canggih sangat dah. Sekarang ni up lagi dengan ada nya remote plak.. Erm cam tu lah musim.

Harga tak sampai RM240

Wednesday, October 9, 2013

Baby Car Seat


Cite2 dan impian memang kena meninggi langit. Kalau tak, tidak la cita2 namanya kan? Huhuhuhuhu. Cantik kan? Tapi tahap keselamatan nya aku tak google lagi. Lagi pon malas lah. NB belom boleh naik Cosatto ni. Chewah alasan. Padahal x mampu. Suka color funky2 ni. Ceria. Hidup. huuhuhuhu.. If tak silap model Cosatto yang ini berharga 3k. Ok jom balik menabung..



Cita banyak tak guna. Jom ukur baju badan sendiri. Alhamdulillah rezeki anak. Maxi Cosi Pebble ni di dapatkan di Kiddie Garden. Kan aku dah kata toke tuh sure sayang laki aku. Asik2 ke kedai dia. Asik la bagi special price. Ecewah. Kok iyyo.

Maxi Cosi Pebble ni memang untuk NB up to 6 ke 9 mos tah. Lupa aku. Korang google la yek? Tapi tak la semantap and sebagus yang ada Isofix. Cuma NB car seat ni boleh la berikat dengan seat belt. InsyaALLAH selamat. Amin. Nak jadi kan cerita cemana dapat Spicy pink ni? Ini semua laki aku punya kerja. Kalau nak ikot kan aku, nak apa yang ada NOW je. Merah ready stock kat kedai tuh. kalau nak cantik sikit, pink ni kena order kate toke kedai. Ada la 2-3hari. Berkat kesabaran suami, aku akur. Hehehehe.. Memang suami penyabar and dia suka sesuatu yang berbaloi2. Tunggu lama sket pon dia ok. Aku? Hehehhee kadang2 je boleh. Hahhaha. Ni dah berlaki, harus la dengar cakap dia sambil2 belajar bersabar. So berkat sabar, kami dapat la pink ni. Berbaloi2. Cantik pada pandangan mata aku.

Padahal dulu2 tak pandang pon Maxi Cosi ni segala. Ye la orang tak beranak kan? Sekarang dah start belajar menatang ni ada banyak jenis rupanya. Ahaks.


Cantik ke tidek? Sarah akur je dengan pilihan papa and mumy beliau. Hehehhe esok dah besar Sarah pilih la yek? Skarang ni biar lah kami je yang over. Ahaks. Seperti yang dilihat, Maxi Cosi carseat nih boleh plak dikawinkan dengan quinny stroller tuh. Cantek la kan? Daripada stroller color blue dah bertukar jadi spicy pink. Suka! Yang original blue tuh simpan. So kaki quinny, badan Maxi Cosi.


Lagi sekali, alasan untuk membeli biarlah Sarah ada keselamatan lebih sikit bila naik kereta dengan mummy nye nanti kalau papa kerja lah. Tak la asik berdukung je kan klu ada papa pon? Lagi pon memang aku awal2 dah plan biar anak2 ni biasa dari kecik dengan car seat, stroller bagai ni. Sebab kalau dah besar sikit p beli, takot beli tapi dorang tak mahu pakai. Sebab tak biasa. Ramai je anak2 kawan aku macam tuh. Tapi Sarah ni tak tahu la if dah besar sikit suka ke tak. Atleast cuba. AND sedar x sedar, bila naik je car seat ni dia berdengkor. Alaaa omei manja mummy. Lama tido nye.



Sedap tido dalam carseat ye? Makin hari makin berubah muka dia. Kejap cam cina, kejap cam india. Mana2 la nak. Yang penting mumy bersyukur. Hehehehhe. Ye kami laki bini ada darah cina dan india.


Ataupon kegunaan lain, ia juga boleh mengendong barang2 shopping para ibu. Ahaks. Ni menggile shop kat mothercare sales baru2 ni. Hancus!

**ada sapa2 nak Q untuk dapat kan carseat spicy pink yang HOT ni selepas tak digunakan lagi? Huhuhuhu Sarah dah besar sikit dah tak leh guna dah. So sape mahu sila2 lah. Boleh dah rasanya nak installment dari sekarang. Wah promo!

Stroller

Cite pasal stroller ni memang seronok. Pada awal lagi memang super excited nak beli tapi tahannn je. Laki suruh beli awal, aku plak cakap nanti2 lah lepas anak keluar baru kita beli. Bukan apa, biar lah beli yang betul2 penting dulu kan? Dah setle pantang nanti baru lah kita shop stroller dan yang lain.

NOT!

Nanti tuh tak boleh pakai dah, bila lepas pantang nak kena bawak baby check up. Padan muka aku. Boleh je if nak kendong baby dlm pelukan ke spital untuk check up. Tapi cam kesian plak nak tunggu berjam2 untuk turn kami. Statement nanti tu memang tak boleh pakai! Untuk sekian kali nya kami last minute shopping n menggelabah 1hari before check up. Which is 6 hari lepas discharged la kan? Ha padan muke terkial2.

Alhamdulillah Seremban ni WALAUPON yang hadooo tapi boleh dikatakan selamat lagi lah untuk kami nak mencantikkan diri dalam bidang terjun. Thank you Kiddie Garden S2, ngam2 aku mengandung ada kedai baby yang agak style dibuka di Seremban. Boleh di katakan dia ni je yg style la kat Seremban. Bawak brg best2. Tak perlu ke KL lagi. Kato eh! So kami ke Kiddie Garden je untuk mencarik stroller. Ye KAMI. Dengan aku2 skali. Tapi aku duduk dalam keto je. Hubby turun n dah mcm attend class stroller dah dgn toke Kiddie tuh. Lepas satu, satu toke terang kan stroller2 yang dorg ada.

Dalam niat memang kami tak ingat dunia nak Origami 4moms. Tolong la jgn kata aku berlagak. Poyo memang sikit ada la. Tapi sebetulnya aku kurang upaya and memang memerlukan auto folded stroller tika aku keseorangan nanti. Masalah nya Origami ni plak utk NB ( newborn ) tak boleh. 6mos ke atas. So aku kena la carik option lain sebelum ke Origami. Here we go..

Quinny Buzz 3

Bosan je Quinny kan? Semua pon pakai Quinny. Heh bersyukur je la hai..! Banyak cite plak. Huhuhu.. Tapi aku minat je Quinny Modd Britto. Tapi xde la edition tuh kat kedai ni. Kene beli kat net. Masalah nya nak pakai lagi esok, bila plak laaa pre order kat net. So belasah sajo di Kiddie Garden. Nasib ada buzz ni. Senonoh sikit. Dari zapp tuh aku tak leh terima betul. Ramai beno orang pakai. Motip x suka? Saje la ngengada aku tuh. Tapi boleh je kalau dah tak de pilihan. Ahaks.

Sebijik dalam gambar ni kami beli. Ye blue. Kalau ada pink or merah (atleast) memang kami pilih merah. Tapi tak do. Ini je ada. Biru masam2 sket color. So jalannnn.. 

Quinny Buzz 3 ni function dia korang bole google la kot.. Yang penting newborn boleh and baby bole facing kita. Tu yang penting. Keburukan dia plak gabak mcm xde benda lain nak letak dlm boot kereta. Tapi smooth dia jangan cakap la. Confident je nak drive. Ahaks. Ala2 stokke wannabe bila memandu. Jadila! 

Lepas angkut ni settle 1 masalah. Bawak Sarah check up dengan selesanya. Tapi kami beli extra padding untuk Sarah more comfort. 


Sebab Sarah NB kan? Banyak space dalam stroller. Tak best untuk dia. Jadi papa nya add on padding ni. So Sarah macam kena peluk la kat dalam. Empuk je. Padding ni harga dalam RM69. Mothercare pon hado. 



Selesa ke idak nak? Selesa kan? Muke Papa!


Moral of the story?! Beli je la stroller sebelum bersalin. Ataupon redha je kena tunggu 2-3jam pangku NB baby masa check up nanti. Cian dia sakit2 badan. 

**ada sapa2 nak Q untuk stroller ni once Sarah dah besar sikit nanti? Ye masih berniat untuk Origami. Berat la Quinny ni bile sorang2. Tip top condition jangan cakap lah. Confirm. Selamber baru beli dah iklan nak jual. LOL. Sebab tuh beli barang2 yang dikenali biar senang nak berjual beli kelak. We'll see.