Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Thursday, October 31, 2013

1 month

Syukur Sarah membesar depan mata. Seronok and puas ati tengok ank membesar depan mata. Macam2 peel yg kita nampak. Makin hari makin kita memahami sidia. Alhamdulillah.

Perkembangan Sarah macam anak2 yang lain. Syukur. Cuma kadang2 lain anak, lain perangai. Macam anak korang pon mesti ada macam2 peel kan? Omei!

2 minggu
2 minggu pertama Sarah dah pandai sengih. Bukan senyum shj. Sengih. Hilang2 mata dia. Mak n nenek ku bukan main suka ngagah.. Memang laju je Sarah senyum. Macam la paham. Macam la jelas sgt dah pandangan tuh.

3 minggu
Banyak lah dalam bulan pertama Sarah tunjukkan perangai dia. Mumy memang teruja. Lepas satu, satu. Diantara nya bila dr jauh panggil nama Sarah, mata dia melilau carik. Dengan kepala2nya sekali. Sapa lagi kat rmh tu kalau bukan uwa n nyen nya yg selalu mengagah. Angkat kepala jgn cakap lah. Mcm budak tuo kato uwan nya. Risau memang risau. Iya la kita ibu baru, Sarah plak baru belajar mcm2. Risau tersilap plak. Ingat kan dh besar. Pdhal baru berapa hari. Tapi selalu diingatkan, tengkok dan pinggangnya sentiasa ditampung. Walau apa pon terjadi. InsyaAllah. Agar Allah sentiasa lindungi Sarah.

Genap sebulan sarah dah pandai beborak. Memang aku dari awal suka sgt becakap dgn Sarah. Nampak mcm tak paham. Tp aku tau dia paham apa yg kita cakap kan. Dia utusan Allah. Dia sgt istimewa. Kenali lah dia dr awal. Kalau nak elak Sarah dr menangis, borak la dgn dia. Apa2 saja. Sure dia diam n tengok. Itu mula2. Dh genap sebulan dia sahut plak. Mcm2 la di bebelkan. Tapi for intro, kebanyakannya dia mengadu. Lagi2 masa benda yg dia taknak. Or tak suka. Lepas cry kita pujok, n msa tu dia bebel2. Aku pon sahut la dgn sahutan pujok. MasyaAllah dengar la kebesaran Allah masa tu. Dgn kejadian sikecil itu. Sayu. Hiba. Seronok. COMEL!



Thursday, October 24, 2013

Flu -1month old

Gitu la bunyi nya. Iyann manja mmy. Flu plak. Tapi alhamdulillah flu nya jenis yg dalam hidung je. Tak da yang meleleh2. Nauzubillah. Bila 1st time kena biasa la mmy drama lebih. Panic attack. Dah tengok hidung anak penuh n berbunyi bila bernafas. Mau x cuak? Baby lagi kan? Celah mana dia nak nafas nanti? Nak buang dia x pandai. Nak sedut pon.

Mumy bole je tlg sedut kan tapi cam aku ckp tdi. Ni bkn lelehan. Ini sekepok penuh kat dalam nuh. Mak aku aja korek la lalaj dh teruk. Aku koreng dgn sepit weih. Sepit rambut itam kecik2 tu. bahaya la kalau tak berani. Aku berani je. Alhamdulillah berjaya.

TUPTUP!

Esok nya ada lagi aisey. Lagu mana ni? Memang kami pasang ekon. Tp aku ji tak kuat sejuk. Bukak tutup bukak tutup. Tu pon 23-25'c agak nya. Hahahaa. X tahan sejukkkk! Penah 1 hari aku risau n off terus ekon. Hahaha sian papanya. Berpeluh2. Aku steady je. Sebab masoh dalam pantang. Sejuk sampai ke tulang. Last2 masa chk up aku adu jgk pd paed. Finally dapat la ubat ni.

Sterimar. Spray je kat idung Sarah bila2 suka. Garam bodoh je doc ckp. Lansing x merbahaya.

And bila balik rmh n cuba guna memang terbahek! Bila spray je sarah akan bersin. Habis semua keluar. Or sarah cry n bernafas laju pon habis smua keluar. Itu jam aku tangkap la lelaju. Panas je hati Sarah tgk perangai mumy. huhhhhuhu. And paling cool skali if x nangis n tak bersin, hingus gabak tu akan cair n sarah akan telan n keluar ikot poo dia. Cool en? Memang mujarab!

Sila beli.. Jgn risau. No chemical. Dan selamat digunakan. InsyaAllah.

Tuesday, October 22, 2013

On9 shopping


Masih dalam perbincangan ;p

Tak bole disangkal lagi. Makin hari makin sangat aku membeli barang2 Sarah on9. Especially baju. Tapi tak la banyak sangat. Most aku minat tapi x memuaskan hati servicenye or else bila compare terlalu mahal or lambat ETA. hahahha cerewet la poik. Tapi memang dah biase beli on9 brg2 mami so x la menyusahkan org. Cuma buat calculate sendiri. Idok le sampai di blacklist beli. Huhuhuhu.

Semua benda tengok comel. Cantik. Geram. Semua nak. Huru hara jadik. Walaupon kadang2 tak de masa nak makan pon tapi ade je masa nak belek fb or ig si penjual2 brg bb ni. Aha. Itu la social aku sepanjang berpantang ni. Apa lagi kan? Kalau x de mati akal ugak.


Sleepsuit beli on9 dan tertipu

Tapi yg tak best beli on9 ni kte x bole nk rsa n pegang brg n nilai dr segi quality. Haih. Xde experience la katakan. (Brg bby) Ingat kan dah ttu lah cotton kan for babies. Alaaahai. X yah ckp pon patot tau la. Tapi tidak rupanya. Aku salah. Huhuhu depa jual kain tah apa2. Nasib beli 2 je. Agak mahal jgk la die jual utk quality kain mcm tu. nasib baik aku pilih utk 6-9mos. So Sarah dah bsr sikit. Boleh la pakai. If sekarang mmg kene buang je la baju tu. x sampai hati nak sruh Sarah pakai bukan cotton. Hai apa la meniaga ye dak? Lepas tu sipolan ni up lagi baju cantik2. Mmg ctk gile la di mata ku. Tapi quality sama. Ceh. Dah2 la tuh..

Beli sendiri kat kodai lebih puas ati!
     
So kadang2 berbalik pada old pesen. Beli benda depan mata. Lebih puas ati. Or else beli dr terus dr website baju2 baby dr overseas. Senang.

So memang sekarang ni masih tak jemu2 intai barang2 baby. Haih. Rusak!




Wednesday, October 16, 2013

Kembong perot

Alhamdulillah sehingga hari ini Sarah smua baik2 shj. 6 minggu dah umur Sarah. Syukur. Pada awalnya memang lari2 sikit jadual mumy n papanya. Sebab Sarah kecik sgt lagikan? Baru nak rasa2 selesa. Alhamdulillah lama2 Sarah semakin selesa dan bijak mengatur sendiri bangun tido nya..

Macam awal dulu tak kira pagi petanf n tak kira 24jam sehari. Bila masa Sarah nak tido, Sarah tido je. Bile rasa nak mengamok Sarah mengamok je. Tak lagi sekarang ni. InsyaAllah makin bijak ank mummy ni nanti.

Sekarang Sarah masih tido spanjang har mcm dlu. Kejap2 je bangun main. Cuma sekarang ni peak hour utk Sarah tido bila lepas magghrib. Sampai la sebelum subuh esok. Ngam2 la tu time Sarah baru lepas mandi ptg. Ye Sarah mandi 2x 1 hari pagi 10am. And ptg 6am. Lepas mandi ptg, dah selesa mula la zzzz dengan nyaman. Sampai esok pagi. Nyenyak betol. Buat la apa pon. Mata x le bukak. Hahahaha omei. Cuma aku akan pastikan Sarah akan di bf setiap 2-2.5jam spanjang tidonya. And ada la 3-4x tukar pampers.
Mudah bukan?

CUMA!

Sehari dua ni malam nyenyak Sarah terganggu oleh beberapa dugaan. Cian sikecil ni. Ade la kot lepas midnight Sarah akan rse tak selese. Merengek dalam tido nya sambil mengeliat n meneran2. Merah2 muka. Mata lelap. Lepas tu lelap blk. Ada la selang 15min Sarah mcm tuh. Ya Allah bantulah anak kecil ni :( dalam sejam Sarah meneran2 sambil lelap baru la meletos bom atom nya. Poo! Menembak poo nya and tahdaaa! Sarah lega and sambung tdo dgn nyenyak. TAPI yg tak best nya bila malam Sarah poo 2x. Adoh 2 round jugak la Sarah diserang pedih perot tuh. Sian sgt2..



Aku yg tgk ni dah hiba. Nangis jugek. Nak diusik takot terbangun. Nak dibiarkan, anak.. Tapi bila terlalu kerap mengeliatnya aku akan amik Sarah n tangkop kan Sarah kat dada. Biar dia lega. Alhamdulillah menjadi.

Dah berhari juga benda ni jadi. Aku pon decide utk beli Gripe water ni.

Selain sapu minyak angin kat perot, dad, belakang, betis n kaki. Aku ikhtiar dan terus ikhtiar.

Erm cian anak mummy. Be strong ya sayang. Mintak bantuan pada Allah.


Baby Rocker/Swing

Ini kira tak termasuk sangat dalam keperluan. Cuma kehendak yang 1 ni bakal jadi keperluan bila Sarah dah besar sikit. Ye dak? Cumanya perlu grab sekarang sebab tengah ade promotion. Ahaks. Asal ade promo je nak kene grab ye dak? Adolaaaa.. Bukan aku tapi hubby. Hihihihi.



Pasal baby rocker memang aku nak terbeli 1 dah dulu masa sarat mengandung. Ramai kot bakal2 ibu or ibu diluar sana yg tahu pasal rocker yg 1 ni. Fisher price yg femes jual kat net nuh. Kat market biase almost 400. Tapi hak yg ni juai 150-160 je. Mana tak menggila kan? So aku rasa nak la angkut 1 masa aku stay kat kl utk shop brg baby hari tu. deal punya deal. Dah confirm nak cod bila on the way back to seremban tiba minah bangi ni sepi. Meniaga lagu mana la depa nih. Sepi la haih. So lansung x jadik.. Tak penting pon kan. Gasak ko lah.

So terkubur la niat utk memiliki baby rocker masa tuh. Tup2 mekar segar balik niat tu bilamana nak usha baby carseat tempoh hari di kiddie garden. Memang lama dah hubby duk sebot nuna leaf and mamaroo. Lagi sekali, aku ni kan kalau simple, memang simple betol. Fisher price sudehhh.. Tapi laki aku berkenan dengan 2 brand ni. Kiut agaknye pada pandangan dia. Selalu jugak hubby google 2 brand ni and tgk2 sambil terangkan pada ku. So aku diam je la. Bole je. Nanti kita tengok la cemana penggunaan dia. Sebab Sarah kecik lagi. Belum nak guna. Hari tu dok sebok nak cod sebab tgh murah kan? Da tuh kali ni tak sempat tengok pon. Terus hubby grab. Dtg nye nak beli baby carseat. Balik nya bawak mamaroo and pre order carseat. Bantai la labuu..

Rezeki Sarah. Alhamdulillah.

So ini la dia 4moms mamaroo. Ada 5-6 cara buai dia. And bole pasang mp3 dr iGadget kat bawah nuh. Sangat sweet. Sarah terlelap bila naik. Huhuhu. Nanti dah bessr sikit kita lepak makan2 solid food atas mamaroo ye manja? InsyaAllah.





Mamaroo ni letric. Memang smooth sangat bila bergerak. Ada banyak style buai boleh pilih kat screen nuh. Ada yang seolah2 baby dalam kereta yang bergerak and mcm2 lagi lah style swing yang mamaroo ni ado. Memang cute n seronok nengoknye.. Music yang tenang macam bunyik ombak pon ada.. Cuma tak penah pon pakai time Sarah naik. Kami duk pasang mp3 hp je. Ngaji is the best. Sarah pon leka.

Saturday, October 12, 2013

Susut

Tak kelakar!
Sikit2 tercampak. Ni la cincin risik papa kamu ke mummy Sarah wey, dari awal ngam2 ke sendat ke tercampak balik. Gitu la gamaknye naik turun kehidupan mummy Nak. Sekarang kembali tercampak akibat susut. Terima kasih Sarah. Ahaks.

Susut 18kgs! Tak de apa yg nak diherankan kalau naiknye plak slamber badak ke 23kgs. Tu la dia. Dah jadi x ada apa dah. Sebenarnya yg penting tahan ke idok nafsu makan? Bole ke idok nak maintain. Bkn boleh ke idok kurus. Alhamdulillah bdan jenis cepat turun naik. Tapi tu lah. Dah kurus klu makan cam xde hari esok x guna ugok. So tepuk dado tnyo selero.

Klu tanya selera aku gini la dia.

*2:18am Sarah baru je titun semula. Mumy tercongok x tau wat apa. Tadi dah puaz tido berdua..

Friday, October 11, 2013

Cradle

Akhirnya....

Memang kalau boleh tak nak buai untuk Sarah. (Poyo. Xnk2 hantam gak). Tapi apa kan daya..? Sarah alhamdulillah ok. Manja mummy memang suka tido kat ketiak2 and celah2. So memang aku bwk kat katil je la tido sekali bila papa dia koje. Bila papa balik nuh kat cot diam nye. Iyaan mumy rindu Sarah sebab tido jauh walaupon sebilik. Tapi itu tengah peak hour si Sarah bole lah cerita kan? Asal bau ketiak aku je tido la Sarah. Tapi cuba time siang? Jarum jatuh pon dia boleh terkujat.

Memang salah aku la dari awal bedung elok aku p lepas kan. Sarah dah sedap lepas and nk bedung lagi? Memang x la. So tido nye nampak x sedap. Jap2 bangun.. So nak x nak kami decide untuk beli buai. Bia tido lama sikit.

Memang ank2 buah aku pon berbuai masa kecik. Buat syarat je sebab Buai awal2 lepas tu off kan.. InsyaAllah nyenyak. And aku guna jika perlu. Lain2 sesi, mummy pok2 dah berdengkor.. Syukur.

Memang agak kelam kabut nak uruskan anak tanpa suami. Baru sorang. InsyaAllah tahun dpan nak lagik. :)





Electric cradle ni siap remote. Over tak? Over la aku kan? Pemalas betol. Huhuhuhu.. 
Canggih2 betol kan sekarang? Dulu buai paling2 letric je.. Tapi time tu pon canggih sangat dah. Sekarang ni up lagi dengan ada nya remote plak.. Erm cam tu lah musim.

Harga tak sampai RM240

Wednesday, October 9, 2013

Baby Car Seat


Cite2 dan impian memang kena meninggi langit. Kalau tak, tidak la cita2 namanya kan? Huhuhuhuhu. Cantik kan? Tapi tahap keselamatan nya aku tak google lagi. Lagi pon malas lah. NB belom boleh naik Cosatto ni. Chewah alasan. Padahal x mampu. Suka color funky2 ni. Ceria. Hidup. huuhuhuhu.. If tak silap model Cosatto yang ini berharga 3k. Ok jom balik menabung..



Cita banyak tak guna. Jom ukur baju badan sendiri. Alhamdulillah rezeki anak. Maxi Cosi Pebble ni di dapatkan di Kiddie Garden. Kan aku dah kata toke tuh sure sayang laki aku. Asik2 ke kedai dia. Asik la bagi special price. Ecewah. Kok iyyo.

Maxi Cosi Pebble ni memang untuk NB up to 6 ke 9 mos tah. Lupa aku. Korang google la yek? Tapi tak la semantap and sebagus yang ada Isofix. Cuma NB car seat ni boleh la berikat dengan seat belt. InsyaALLAH selamat. Amin. Nak jadi kan cerita cemana dapat Spicy pink ni? Ini semua laki aku punya kerja. Kalau nak ikot kan aku, nak apa yang ada NOW je. Merah ready stock kat kedai tuh. kalau nak cantik sikit, pink ni kena order kate toke kedai. Ada la 2-3hari. Berkat kesabaran suami, aku akur. Hehehehe.. Memang suami penyabar and dia suka sesuatu yang berbaloi2. Tunggu lama sket pon dia ok. Aku? Hehehhee kadang2 je boleh. Hahhaha. Ni dah berlaki, harus la dengar cakap dia sambil2 belajar bersabar. So berkat sabar, kami dapat la pink ni. Berbaloi2. Cantik pada pandangan mata aku.

Padahal dulu2 tak pandang pon Maxi Cosi ni segala. Ye la orang tak beranak kan? Sekarang dah start belajar menatang ni ada banyak jenis rupanya. Ahaks.


Cantik ke tidek? Sarah akur je dengan pilihan papa and mumy beliau. Hehehhe esok dah besar Sarah pilih la yek? Skarang ni biar lah kami je yang over. Ahaks. Seperti yang dilihat, Maxi Cosi carseat nih boleh plak dikawinkan dengan quinny stroller tuh. Cantek la kan? Daripada stroller color blue dah bertukar jadi spicy pink. Suka! Yang original blue tuh simpan. So kaki quinny, badan Maxi Cosi.


Lagi sekali, alasan untuk membeli biarlah Sarah ada keselamatan lebih sikit bila naik kereta dengan mummy nye nanti kalau papa kerja lah. Tak la asik berdukung je kan klu ada papa pon? Lagi pon memang aku awal2 dah plan biar anak2 ni biasa dari kecik dengan car seat, stroller bagai ni. Sebab kalau dah besar sikit p beli, takot beli tapi dorang tak mahu pakai. Sebab tak biasa. Ramai je anak2 kawan aku macam tuh. Tapi Sarah ni tak tahu la if dah besar sikit suka ke tak. Atleast cuba. AND sedar x sedar, bila naik je car seat ni dia berdengkor. Alaaa omei manja mummy. Lama tido nye.



Sedap tido dalam carseat ye? Makin hari makin berubah muka dia. Kejap cam cina, kejap cam india. Mana2 la nak. Yang penting mumy bersyukur. Hehehehhe. Ye kami laki bini ada darah cina dan india.


Ataupon kegunaan lain, ia juga boleh mengendong barang2 shopping para ibu. Ahaks. Ni menggile shop kat mothercare sales baru2 ni. Hancus!

**ada sapa2 nak Q untuk dapat kan carseat spicy pink yang HOT ni selepas tak digunakan lagi? Huhuhuhu Sarah dah besar sikit dah tak leh guna dah. So sape mahu sila2 lah. Boleh dah rasanya nak installment dari sekarang. Wah promo!

Stroller

Cite pasal stroller ni memang seronok. Pada awal lagi memang super excited nak beli tapi tahannn je. Laki suruh beli awal, aku plak cakap nanti2 lah lepas anak keluar baru kita beli. Bukan apa, biar lah beli yang betul2 penting dulu kan? Dah setle pantang nanti baru lah kita shop stroller dan yang lain.

NOT!

Nanti tuh tak boleh pakai dah, bila lepas pantang nak kena bawak baby check up. Padan muka aku. Boleh je if nak kendong baby dlm pelukan ke spital untuk check up. Tapi cam kesian plak nak tunggu berjam2 untuk turn kami. Statement nanti tu memang tak boleh pakai! Untuk sekian kali nya kami last minute shopping n menggelabah 1hari before check up. Which is 6 hari lepas discharged la kan? Ha padan muke terkial2.

Alhamdulillah Seremban ni WALAUPON yang hadooo tapi boleh dikatakan selamat lagi lah untuk kami nak mencantikkan diri dalam bidang terjun. Thank you Kiddie Garden S2, ngam2 aku mengandung ada kedai baby yang agak style dibuka di Seremban. Boleh di katakan dia ni je yg style la kat Seremban. Bawak brg best2. Tak perlu ke KL lagi. Kato eh! So kami ke Kiddie Garden je untuk mencarik stroller. Ye KAMI. Dengan aku2 skali. Tapi aku duduk dalam keto je. Hubby turun n dah mcm attend class stroller dah dgn toke Kiddie tuh. Lepas satu, satu toke terang kan stroller2 yang dorg ada.

Dalam niat memang kami tak ingat dunia nak Origami 4moms. Tolong la jgn kata aku berlagak. Poyo memang sikit ada la. Tapi sebetulnya aku kurang upaya and memang memerlukan auto folded stroller tika aku keseorangan nanti. Masalah nya Origami ni plak utk NB ( newborn ) tak boleh. 6mos ke atas. So aku kena la carik option lain sebelum ke Origami. Here we go..

Quinny Buzz 3

Bosan je Quinny kan? Semua pon pakai Quinny. Heh bersyukur je la hai..! Banyak cite plak. Huhuhu.. Tapi aku minat je Quinny Modd Britto. Tapi xde la edition tuh kat kedai ni. Kene beli kat net. Masalah nya nak pakai lagi esok, bila plak laaa pre order kat net. So belasah sajo di Kiddie Garden. Nasib ada buzz ni. Senonoh sikit. Dari zapp tuh aku tak leh terima betul. Ramai beno orang pakai. Motip x suka? Saje la ngengada aku tuh. Tapi boleh je kalau dah tak de pilihan. Ahaks.

Sebijik dalam gambar ni kami beli. Ye blue. Kalau ada pink or merah (atleast) memang kami pilih merah. Tapi tak do. Ini je ada. Biru masam2 sket color. So jalannnn.. 

Quinny Buzz 3 ni function dia korang bole google la kot.. Yang penting newborn boleh and baby bole facing kita. Tu yang penting. Keburukan dia plak gabak mcm xde benda lain nak letak dlm boot kereta. Tapi smooth dia jangan cakap la. Confident je nak drive. Ahaks. Ala2 stokke wannabe bila memandu. Jadila! 

Lepas angkut ni settle 1 masalah. Bawak Sarah check up dengan selesanya. Tapi kami beli extra padding untuk Sarah more comfort. 


Sebab Sarah NB kan? Banyak space dalam stroller. Tak best untuk dia. Jadi papa nya add on padding ni. So Sarah macam kena peluk la kat dalam. Empuk je. Padding ni harga dalam RM69. Mothercare pon hado. 



Selesa ke idak nak? Selesa kan? Muke Papa!


Moral of the story?! Beli je la stroller sebelum bersalin. Ataupon redha je kena tunggu 2-3jam pangku NB baby masa check up nanti. Cian dia sakit2 badan. 

**ada sapa2 nak Q untuk stroller ni once Sarah dah besar sikit nanti? Ye masih berniat untuk Origami. Berat la Quinny ni bile sorang2. Tip top condition jangan cakap lah. Confirm. Selamber baru beli dah iklan nak jual. LOL. Sebab tuh beli barang2 yang dikenali biar senang nak berjual beli kelak. We'll see. 

Tuesday, October 8, 2013

Sarah binti Sukri

Sarah Sukri. Memang simple dan pendek tapi panjang kami amik masa untuk mencarik. Sampai la dah hari ke 7 kami masih x tahu nak letak nama apa. Tak tipu! Aku mmg x ada nama pilihan bunga2 macam bini2 kat luar sana. Aku serahkan betul2 pada suami. Itu kan lebih afdal? Lagipon aku tak kesah. Janji sedap di dengar, ada makna, and yg paling penting nama Islam lah. Heh.

Until dh melahirkan pon kami main pandang2 laki bini. Nk letak nama apa ni? Lol. Tapi takpa. Kami pon tahu seelok2nya pilih and beri nama selepas hari ke 7 kelahirannya. Itu yang wat dunno dulu. Huhuhu


8 September

Menjelang hari ke 7 kami dh ready. And alhamdulillah kami selesai kan juga niat utk bertahnik n cukur rambut sekali pada hari ke 7 ni. Tak la buat besar2an. Cuma jepot 10org jiran tetangga dan sorang imam masjid. Alhamdulillah nama pon diberi terlebih dahulu. Simple Sarah. Syukur betol dapat selesai kan hajat utk melakukan perkara2 sunat nih. Alhamdulillah. Rambut yg dicukur, ditimbang dan beratnya ditukarkan dgn harga emas masa kini. Total akan dihulurkan pada yg memerlukan.

Semoga diberkati Sarah.

Sebelum dan selepas botaks.


Sebelum dibotak licin oleh Papa nya sendiri. Mummy gerun.. 


Alhamdulillah lepas selesai, made by Papa. 

Selamat..

Alhamdulillah..

Anugerah dan Amanah dr yg maha Esa.







Tanggal Sept 02 2013 aku selamat melahirkan hamba Allah yg sgt istimewa buat kami ini. Terima kasih ya Allah. Later aku cerita saat2 yg x kan aku lupakan ini dgn uols. InsyaAllah.

And part paling best aku nk cerita part yg seronok bila shopping brg2 keperluan dan kehendak Sarah lepas dilahirkan. Stroller, carseat, dropolene, ubat flu, poopoo cair, baju2, n breastfeed segala lah. Yg mana boleh dikongsikan aku kongsi nah..

Maklumlah ibu baru. Semua excited, emo, paranoid, aha..

Love u baby Sarah.
Uncles n aunties yg visit all tanya nama 'Sarah je? Sarah je ke?'

Sarah.