Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Friday, September 12, 2014

Garam


Last week pg cocok Sarah 1thn. 
Tgk kat kedai kpj tu nampak ni. Terus beli. 1 garam. 1 gula. Aku takde la nak gula tu sgt tp yg paling endak nya garam tu dlm food Sarah. 

Sodium dia sgt rendah. Eh nak try lah. 

Thursday, September 11, 2014

Birthday Party di Marrybrown.


Sebenarnya cam malas plak nak cite 1 per 1 sebab malas la kan? X de sebab lain. Tapi rasanya cam bebaloi la plak kalau ade free time and cerita untuk info para googler di luar sana. Sebab aku google tak plak ade yang cite panjang pasal info buat birthday party di MB ni.

1st of all SERIOUSLY memang kami laki bini tak plan pon nak celebrate cenggini utk birthday 1 Sarah. Agak2 la kan baby 1yo mana la dia tau apa2 kan? Itu pemikiran aku di awal usia Sarah. Lepas tuh kami duk tengok2 rumah sekitar taman ni. Kawasan baru di Seremban btw. Saje cuci mata. And makan2 lepak sini 3 beranak. Tgk cantik plak lah kawasan dia. MB dia pon baru n sgt ctk untuk lepak. So lepas dari tuh ada la beberapa kali kami lepak disitu ber3 beranak. Nais place la. Tah cemana ringan mulot nak tanya pasal birthday celebration kat sini. Tanya punya tanya, sekali dia cakap byr makan je. Min dalam 30 org dalam 1 bilik khas utk birthday shj.

Min 30 orang, kita letak la menu utk 1 org snake plate RM10.(contoh) So total berapa? RM300. Yes murah kan? Yang lain semua included. Apa yang hado? Bilik private diberi guna selama 2jam, balloon MB free, 2 games with hadiah, mascot mcm dlm gambar diatas, present for birthday girl/boy, and present for mum(eh!). LOL. Ye tak pasal2 aku skali dpt hadiah. Ahaks. Tq, susah2 je.

Apa yang perlu kita tambah? Deco2 and balloon tambahan tuh buat la sendiri. Nak semua free lebam le. Kira ni ibarat kita panggil org dtg makan, sedekah and berkumpul dgn famly n close friend la. Takde la nak beriya sgt.

Bila masuk dalam budget, aku dan suami kata Y NOT? InsyaAllah. Mari kita choose date and discuss dgn mak. YE MEMANG DULU MASA BELOM TAHU, cakap Sarah tatau apa2. NO ITU SEMUA SALAH. Sarah suka sgt2 pada balloons, Sarah suka tengok bear2(mascot!), Sarah suka food. Eh semua lah. So kenapa tidak sambil mengeratkan silatulrahim kita bersuka2 untuk anak? insyaALLAH.

So this is it.


Cake by Juliza. Sekitar Seremban and seriously sgt berpatutan. 


Jangan ditanya kenapa rambut tu kosong! Sarah tak suka di apa2kan rambutnya. Sempoi la nak dak? 
Mami ok je.


Excuse balloon2 MB yang clr wane wani tuh. Haih






Makcik ni gossip bukan main! Food aku amik with drinks and utk kids aku amik kiddy meals.









KENAPA MB? Sebab MB ni store dia besar and dia sahaja, bkn dalam mall. And baru 2-3thn. So tempat nya sgt moden and cantik lagi. Selesa. 2nd, takkan nak buat mcd? SaveGaza kan? Tak kose lah mcd. Kalau boleh elak, kita elak la dak? A&W? Oldskool sgt kot tempat dia. Malas aku.

Ada ada jugak google and tanya party planner. Basic punya utk 8-12pax(kids) RM2900. Weeeeee! Tapi perfect lah. Dengan balloon. Dengan theme goodie bag. Dengan cupcake etc. Semua ikot theme kita nak. BTW Sarah ni tak de theme. Saje aku amik semua yang takde kene mengena dgn apa2 character. Saje malas. Nanti dia dah besar if ada rezeki kita buat ikot theme apa awak nak ok? So balik pada basic, mami tak mampu nak byr RM3000 untuk tu semua. yang mami mampu ini je, syukur alhamdulillah. Mami suka.

Tak tipu semua ni preparation start on Thursday and only 3 days je aku ada masa untuk siap kan by Sunday. YES. Aku lah beli brg, aku lah beli goodie bag, aku lah packing, aku lah mengemas. Aku lah punya idea. LOL. Papa? Papa jaga Sarah. Hehehehehe. Memang nampak macam 'tah apa2 la buang masa buat semua ni?' Believe me not? Untuk diri sendiri suka, nothing yang membuang. Selain tuh suami dan anak senyum girang. MasyaALLAH... Beyond my expactation. Syukur pada ALLAH. Konon tak nak buat kan? Semua last minute.

Btw sarah birthday is on sept 2nd. Tapi this celebration buat in adv 2 days earlier. 31/08/2014

Kalau Serembanese nak tanya sila emel gua wonderfulretreats@gmail.com


Thursday, September 4, 2014

15/8/14 1st time demam


Menjaga anak demam memang la sgt mencabar. Sgt! Tapi alhamdulillah. Semua ni nikmat hidup. Tak rasa, xtau kan? 

For the 1st time. PANIC! Bila panas je terus ke klinik pakar di senawang. Dapat la ubat demam. Doc check perot, tekak semua ok. Batuk n flu pon xde. Alhamdulillah. Tapi demam biasa lah kot. Sarah bila di check doc cry sampai muntah2 plak. Pity her. Start la dia dh tak larat n lembik. Aduh. Mak scary. Alhamdulillah. Sarah ank yg mendengar kata dan mudah. Makan ubat dan mkn nasi masih mudah. Malam pantau je suhu dia. Ekon full blast. Baju tido masa ni terhegeh2 pakai kan baju tido 2pcs. Nasib baik papa ada belikan di fos. And dh berbasuh. Sebabnya baju tu utk umo 1.5thn. Ingt nak pakai nanti2. Kesudahannya x payah. Pakai masa demam je. Sleepsuit panas.

Makin hari makin lembik ankku. Sian dia. Mkn mkin sukar, ubat mkin payah nk ditelan. Tpi sangat kesian. Nampak sgt dia berusaha utk ikot dan dgr ckp mami. Thanks nak. Mami nampak jelas ur effort. Alhamdulillah. Walaupon sukar nak telan dia terus cuba dan cuba. Hiba weh. Budak kan apa dia tau. Normaly dia nampak je dah xnk kan? Ini x. Dia nak. Tp x bole. Mami tak marah tau. Nanti2 cuba lgi. If bole alhamdulillah. Aku trus berdoa. Yg lebih mencabar suami tiada disisi. Sbb ada perkara yg x bole dielak. Cuma tgk kdaan sarah. Kalau xde perubahan dia akan balik. 

Pejam celik seminggu jgk sarah demam. Itu ini serba tak kena. Meraung saje yg dia tau. Kesian. Cuba nak main. Layan kan je. Bengkak2 mata sbb cry. Sian la hai. 

Start hujung2 tu cirit birit plak. Allahu.. 
Memula start with 'menembak2' masa poo. Bila tgk diapers, air yg kua. Ok dh risau bertambah la kn? Tp ok lg. next day selang 2jam plak dia poo centu. Ok mami kenot wait anymore. Jom ke hosp. Kpj. Alhamdulillah doc kata x de apa. Dgn kdaan sarah yg masa tu almost a week demam, doc bg masa 3 hri. Kalau x ok lg, dtg blk n amik darah. Phew. Cuak! 

Alhamdulillah. Allah maha mendengar. Balik dr kpj sarah nampak better sgt. Memang dr nk ke kpj pon die sgt xtiv wlau ber cool fever di dahi. Berpeluh2 main. Janji peluh tu. Bagus kn? 

Balik kpj alhamdulillah sht dah next day. Ubat kpj pon x berusik. 

Thank u ALLAH. Papa dia dr jauh menangis dlm agaknya. Hai anak papa demam. Mau x seksa. Love u pa. 

Tq Allah

Burt Bees dan Eczema


Alhamdulillah eczema Sarah hanya mild sgt. Tapi dah nama nya anak kan? Kesian yg mendalam tu x bole lari mana la walaupon digigit semut. So selagi mana kita mampu lindungi, kita cuba lidungi sehabis baik. Amanah Allah. 

Dari sebelum lahir lagi memang ready this product utk Sarah. Baca review abt this product kat blog drhalina. So try la. Mmg malas nak carik yg lain. Mana yg ada je. Bila cuba ada beberapa item yg tak suai dgn sarah sbb eczema! Mana la tau sbel lahir die bakal ada eczema kan? So ok la. Byk jgk yg tak boleh pakai. Cuma 1 ni je yg betol2 sarah melekat dan ngam. Which is botol yg paling atas dalam gambar. 

Sangat moisture. Letak sikit pon jadi. Actually eczema sarah ni hanya akan menyerang kalau kulit dia kering. So pasti kan dia selalu lembap. Especially baby explore sana sini. Masuk dlm tempat berhabuk. Memang habuk pon eczema sarah ni pantang. Dia akan naik mata di kulit nya. Awal2 dlu naik mata dan hampir berdarah jgk. Tapi tu awal2 je. Dah pandai cemana nk hadap semua went well. Alhamdulillah. 

Bole je pakai elomet tu. Ubat yg doc bagi. Tapi nama pon ubat. Chemical. And ubat kn? X mau terlalu bergantung dgn ubat. Tapi this product semua is 100% natural. So sebab tu agak pricy. Tapi walaupon pricy sebagai cth botol kecik atas tu 2oz bole pakai hampir 10bln kot. Sbb dia moisture(x oily!) bole apply sikit pon dh cukop. Lama boleh pakai. Harga RM80.80. 

Hari tu penah lah kehabisan. Carik la product lain apa yg ada depan mata. Try sebamed. Ok la. Bagus la. Tp pada pendapat aku die jenis yg merubati. Means, dah naik mata eczema tu letak dia akan ok. Dia bkn jenis apply hari2. Yang burtbees ni aku buat apply hari2. Mencegah! Sgt berbeza. Lepas mandi je letak kat tgn, kaki sarah. Pelipat2 smua. So dgn izin Allah dia takkan naik eczema walaupon dlm keadaan kering dan berhabuk. Bole nampak perbezaan dia. 

Baby lotion ade ke yg moisturize nye? Mgkin aku tatau or tak jumpa la kot. Sukar la nk carik. Nivea org tua ada la. So burtbees ni je yg sgt bagus utk sarah. 

Luckily semalam beli akk SA tu rekemen 1 lg item. Multipurpose oitment tu. Lagi besar, lg bagus sbb multipurpose dan dah tentu lagi mrh sbb bsar n byk. Besar2 tu baru rm80. Aku pon beli. Dgn harapan bole dpn mrh sikit if suai dgn sarah. Sama jgk. Bila pakai dia sgt lembap. Sgt sesuai utk kulit kering. We'll see cemana resultnya nanti. 

Yang lain tu mami yg punya. Kbye. 

Wednesday, September 3, 2014

Kidzooona


1st time semalam on her birthday bawak pi play ctr. Terjumpa. And rm10. Y not kan? Papa work plak. Mami masuk jea. Org pon xdek. Ok je dia dgn kwn2 situ. Cuma pelik2 la perangai anak2 ni. Ade kids yg age dlm 2-3thn duk rampas2 menan dia. Aku naik rimas. APA SAJE yg Sarah usik or ade di tangan dia akan rampas. Tak cukop besar mami sarah ni dorg nk takot? Haih bdk2. Kang aku sengseng lengan baju kang x matang plak. 

Maknye dok panggil2 je nama tapi NO ACTION. Ok mayb memang kot kan? Mayb sarah kecik lagi tatau peel cmna bsr skit lagik. Jgn mcm2 ya nak? InsyaAllah. Mudah2an yg baik2 saja. 

Kidzooona Empire ni not bad. Cute2 je menan dia. Entry RM10 and RM15 for weekend. 
Lama jgk dia main. Sampai mengantok. Aha.