Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Tuesday, September 30, 2014

Kahak


Sarah dah berminggu2 duk berkahak. Berair hidung. Beria aku jaga xnak mandi kan dia berendam or apa2 je. Hanya mandi kerbau. Lama dah. Ada la beza. Walaupon tak banyak tapi bila try mandi tub balik, berair balik hdung. Huhuhu. So maintain la mandi kerbau. Sabun. But skali lalu je. 

Tapi bila dah makan minggu iso gak. On off la. Tak la straight. And dah ade ubat pon habis. 

So bila weols coti p lah klinik. 
Akhirnya..
Dapat antibiotic. Ohmy! 

Balik2 je x bg pon. Bagi ubat yg doc bg. Ubat kahak yg agak kuat. Saiko kan x nk bagi antibiotic? Lol. Kampung.com

And.. Dengan izin Allah dah ok pon kahak anak masa bagi 1-2x bagi ubat baru tu.. Syukur..! 

Typical me!

Sunday, September 28, 2014

Iphone 6 Gold


Like finally! 

4 tahun pecah rekod aku duk pkai hp paling lama sekali. Mmg dr sekolah kot suka gadget2 nih. So x le sangkal la kebarangkalian kesukaan kegilaan dia tahap mana. Dr ipad 1 pon, ipad 2. So tak yah lah tanya cemana suka nye terhadap iGadget. Knape Apple? X jugak.. Dlu lepas iphone 2 ade pakai blackberry gak. Lupa nama die. 2 bijik gak la upgred. Last bold2. Lepas tu tujaq iPhone balik. Iphone 4. Sampai la la ni. 

Awat tak pakai android? Palang or anti android ka? Dak aih.. Ok je. Tp belom terfikir nak lari dr ios lagik. Nanti2 lah.   

2 hari pakai i6 ni apa komen? Bole bend????? LOL. 1st tgk vid share dorg kat fb tu ku dh tau tinggi rendah kebenaran nya. Lgpon ko ckp la apa pon.. Takat ni mmg aku ske je igadget ni. Cuma aku ni kan pembeli yg agk bijak and berkira. Aku tak la beli tanpa fikir or asal ade je nak. Sakai nama nye tu. Aku beli i6 ni pon sbb i4 aku dah start buat hal. Sebab tu masa kua i5 aku lansung tak teruja and sgt penyabar utk tunggu i6. Rasa x byk beza sgt i4 and i5. I6 ni yes. Baru la rase umphh kat situ dak? Tp apa2 pon klu terlebih duit n nak beli every keluatan I pon terpulang uols. Hak msing2. 

Cuma aku tak phm pengutuk tegar Apple. Korang kenapa weh?! Asal kua benda baru dr ios or Apple matik kna kutok. Klu korg kua benda baru elok je lovers diam. Siap jaja sana sni. Alalalalala so cute perangai. Well nampak dah kan dua2 fans ni cmne org nye? Huhu. 

Tapi aku tak la bias. Nampak la sejak matinya si SJ tu nampk haruk sne sni sket jadi nye. Mcm dlu kata xnk bsr2. Now dah bsr. Which is aku suka plk bsr2. Well 'people change' dak? Normal la tuw. Dah tu ios8 ni agak terkejut sikit. But ok je dalam beberapa minggu ios8.0.2 sudah ada. So settle dah la masalah2 tu.

Btw lg skalik, 1 hari aku akan pakai gak android. Lansung x palang android. InyaAllah 1 day. 

Well.. This is it. 

Ade rasa nak? Pm gue. Member gue juai. 

Thursday, September 25, 2014

Pengalam setahun pakai Stokke Xplory V3


Alhamdulillah. Hampir setahun sebenarnya. Tapi saja nak gempak kan tajuk. Ahaks. Hoi setahun la dah kot. Sarah pon dah stahun sbulah dah. Awal2 pon pakai buzz.. Ah gasak kat situ.

Menyesal? Tak best? Makin ditinggal2 kan? 

TIDAK SAMA SEKALI.

Alhamdulillah. Memang bermanfaat sampai sekarang. Memang kami ada beli yang senang bawak kulu kilir iaitu babyzen yoyo. TAPI nak cerita selesa mesti lah yang Stokke ni. Tak tau la cemana nak gambar kan. Memang senang cita berbaloi setiap sen. Firm. Comfort. Sarah nampak jauh lebih selesa dalam Stokke ni berbanding Yoyo. Tapi 1 je la. Gedabak. Tapi kalau kami keluar laki bini, most of the time memang kami angkut stokke ni. Sebab anak dan parents slesa. Tapi kalau aku sorang aku bwk yoyo. Memang yoyo tuh untuk aku sorang bwk anak. Somi koje.

And guess what sampai sekarang aku tatau cemana nak fold Stokke ni. Ahaks.Semua hubby yang buat. Yoyo tuh aku petik jari sajo dah pakar.


Yoyo ni memang sebab dia paling kecik bila fold je aku minat. Sbb senang. Sgt senang dibawa kesana kemari. Tapi keselesaan kurang la. Itu semua normal kan? Mana ada benda perfect dlm dunia nih. Fair n square la kan. Material dia pon agak kasar. And bila letak anak aku dalam ni dia selalu melongsot kebawah. Nanti lepas beberapa minit dibetolkan die kebawah balik. Iyan anak mami. Cuma kalau nak ok sikit recline la bagi dia baring. Tapi bdk2 nak ke baring selalu? Yang tegak pon dia tak cukop nak tegak lagi, ini kan nak baringkan. Tapi kadang2 Sarah ok. Anak yg mendengar kata insyaALLAH. Or maybe bole carik padding yang brand2 lain kat luar sana. Aku ada pading tuh tapi lupa nak cuba. Later mami tgk how k manja?

So overall berbaloi sgt2. Syukur alhamdulillah..

Wednesday, September 24, 2014

TIPS : Puasa untuk ibu2 BF


Ye aku tau macam dah basi nak cerita. Tapi aku tak kira. Nak gak cerita buat tatapan aku nanti2. Lagi pon aku berharap untuk setle kan sebulan puasa dulu baru cerita tips ni. Takot la belom apa2 dah cerita kang tak lepas plak, setengah jalan jadiknya. Nauzubillah. Ini dah nak masuk raya haji dah. Meh aku nak cita

Masa aawal2 memang cuak je. Sbb bf kan? Aku ni susu tak la cemerlang mana. Memang tak dan nak pam. memang tak banyak kalau pam. And jarang2 sekali berlaku bengkak susu tuh. Hanya bersaiz biasa aja. Macam tak bf. Tapi dah kata rezeki ALLAH itu ada dan tetap, apa kamu nak pertikaikan? Ye dak? Rezeki Sarah full bf bolat dgn jaya nya rezeki dr Allah. Kalau silap2 lah dengar kata2 org kiri kanan, memang dah tak dapat teruskan mcm sekarang ni. 'bagi je la fm, tak byk susu ko.. lapar bdk tuh' nangis2 lah nak teruskan. Sebab tatau direct feed banyak rupanya susu. Sebab bila pam x keluar. So sila jangan pertikankan direct feed. Phew! Thanks ALLAH.

So bila nak puasa ni aku risau2 lah. Sbab kita tak makan tak minum. Tenaga aku no 2. Tapi cemana nak hasil kan susu? 3-4hari pertama bulan puasa aku hampir tumbang. Sebabnya terasa tak ada. Sarah macam tak puas. And if tekan pon takda. Selalu ada. Aku tak putus2 berdoa. Mintak tlg suami dan ibu doakan utk aku. Alhamdulillah ALLAH bagi jalan.



Lepas berbuka sampai sahur aku akan pastikan habis minum 1.5L air mineral or zam2 dicampurkan sekali. And Buah Kurma. Buah kurma masa buka. Buah kurma masa supper. Buah kurma masa sahur dan nasi la for sure. Jangan sesekali lupa akan buah kurma dan air mineral. Perot buncit? Kembong? Byk kencing.. lantak la kat situ. Untuk anak dan suami pon bg idea. Alhamdulillah sangat sangat sangat berkesan.

Bukan saja berkesan malah sampai bengkak2 susu kalau Sarah lambat minum waktu siang. MasyaALLAH nikmat kejadian mu Ya ALLAH. Bole bertukar saiz? Hari2 biasa takde plak, padahal makan n minum macam2. Pdhal badan kuat n penuh tenaga berbanding puasa. Nampak tak nikmat ALLAH tu tak de tandingan. Huhuhuhu sayu.. Hiba..

Alhamdulillah memang dari mengandung kan Sarah aku memang tak putos2 beli mineral ni. RM8 untuk 12 btl 1.5L. Alhamdulillah.. Murah dah sihat.

Terima kasih ALLAH, suami dan ibu.

Panic attack.. Release.

Monday, September 22, 2014

Homemade Chicken Nugget


Nugget ayam utk sikecik. Buat mkn ptg. Resepi?

Nugget Ayam Tauhu

Recommended for 10mo ke atas 
**RESEPI MENGANDUNGI TELUR**

sumber resepi: rancangan masakan jepun

bahan:
-2 keping daging boneless (bahagian peha atau dada)
*total berat sekitar 400g
-75g tauhu lembut
-1cawan serbuk roti
-1/2 telur (dikocok tlebih dahulu)
-sedikit lada sulah/garam (optional)

utk balut:
1 biji telur + 1/2 biji telur (lebihan td)
breadcrumbs

cara:
1. buang semua kulit dan lemak di ayam. bersihkan dan potong kecil2. blend isi ayam hingga hancur. jika guna blender biasa (mcm saya), blend sikit2.
2. masukkan isi ayam hancur tadi dlm bekas besar, campur tauhu, dan lada sulah/garam (jika guna for 1yo keatas).gaul hingga sebati.
3. kemudian baru masukkan telur dan breadcrumbs dan gaul lagi hingga sebati.
4. bole la bentukkan ikut citarasa masing2. sy buat square and bulat je.
5. celup ngan telur dan golek2 dlm breadcrumbs.
6. panaskan minyak, bila minyak dh panas kecilkan api dan goreng nugget hingga keemasan (api perlahan supaya isi nugget masak sempurna).
7. lebihan bole disimpan dlm sejuk beku (freezer) sbgai stok di saat2 kemalasan melanda. hehehe 

*sekiranya anak masih belum OK ngan telur, simply elakkan telur cuma gantikan ngan air. utk coating pun guna air (spray) then golek dlm breadcrumbs.
*resepi ni sekarang favourite ahli rumah kerana rangup kat luar, dan sangat juicy kat dlm. mcm nugget kt malaysia plak.hihi
*agak penat sbb buat sendiri proses ni, tp bbaloi bila tgk anak mkn dgn bselera ..kepuasan buat sendiri - terjamin keselamatan dan bersih bahan2 yg kita gunakan

Sunday, September 21, 2014

Sarah menulis


Tak de sapa ngajo. Amik pen. Amik kertas, tulis. MasyaAllah.. Smoga manfaat ye nak? 

Saturday, September 20, 2014

Sleepsuit vs. Pyjamas

 

Memang dari sebelum lahir kan Sarah aku sangat sukakan sleepsuit ni. Comel. Memang anak buah aku yang bkn di Msia ni pakai sleepsuit ni sangat comel. Padat je. Sedap peluk tengok nye. So aku yang di Msia ni pon haru la nak follow.

Memang semua baju tido aku beli sleepsuit ni. Mak aku menyampah. Susah dia nak tlg tkr2 nappy. Ahaks.

Aku tak pedulik terus menerus aku beli from mothercare. 3psang ada la RM129. Mahal gile kan? Tapi dont worry Aku beli semua yang sale punya. RM80 3psg. LOL. Kain dia sangat tebal dan sangat cotton. Awal2 dulu ada beli yang dekat net tuh. CK tipu tuh. Nice jugak tapi kain nipis sikit. But sesuai jugak dgn aku yang tak tahan ekon sesejuk nih. Ok je. Byk jugak aku beli dulu. Paling mrh aku bole dapat kat net RM41 utk 3 psg. Murah gle kan? Well. Mami Sarah kn? Ahaks. Tapi ck2 tuh dah lama sgt tak beli. Sebab tak boleh pakai lama. Aku fed up. Jadi tak berbaloi plak la kan? So stop sleepsuit ck. Beli mothercare je,

Tapi jgn compare quality. Mothercare punya boleh pakai lama. Walaupon tulis 0-3m, Sarah masih boleh pakai hingga 8m. lol. Yang CK ciplak tuh tak boleh. Genap2 dah tak muat sebab budak memanjang. Mothercare punya tak stokin dia tu ada kelainan pada jahitan dia. CK xde. Lurus bendol je dia jahit. So bila budak besar dah tak boleh pakai. So sgt berbaloi mothercare punya.

Now yang nak cite kat sini pasal pyjama plak. Sarah lansung tak de 2pcs punya baju tido. Aku tak suka. Sebab leceh. Nak kena carik stokin. Pastu bila tido, baju dia ternaik2. Sejuk budak. Tapi baru2 ni ada la beli FOS nye. Sebab cute2. Itu pon beli utk 18M-24M punya size. So beli bukan nak pakai sekarang.

TAPI tah cemana, lepas setahun Sarah demam buat kali pertama. Aku hari mencarik baju tido yg tak panas. Nak kesejukan. Alhamdulillah papa ada beli baju fos tuh. Basuh n pakai. Phew lega. Anak kene sejuk masa tido. Kena disejukkan tpi x bole sejuk sgt. So sleepsuit pakai sgt tak elok. Panas lagi badan anak walaupon ekon sgt sejuk. Dia tebal n panas dlm jadiknya.

Phew. Nasib ada 2pcs. So now nak kena beli banyak 2pcs and stokin. Cute jugak what?


Friday, September 19, 2014

Sedih


Nasib tak menyebelahi... :( semoga anak itu kembali sht seperti sediakala.. 


Thursday, September 18, 2014

Radio Flyer


Terus terang aku cakap. Aku dr dulu kutok radio flyer ni. Sbb mahal! Perlu ke mhl2 sgt? Hahahaha. Mmg lately sedar diri dah. Jgn kutok2. Kang kne btg hdung sendiri. YES! Terpana.. 




Actually terpana disebabkan aku dok hunting keta menan utk sarah. Yg sarah boleh naik. Maybe Cozy Coupe ke yg sll ade kat taska tu. Or sll shopping mall buat troli mak pak ade skali keta menan anak tu. Tapi harga dia rm500+ semua! Bapak la mahal.dah la kena kayuh. Heh. Benda tu dulu ank buah aku yg dr uk dlu main campak2 tah kemana tah. Klu aku tau laaah. Aku dh simpan dah. Bia buat tukun skali pon. Mhl! 

Option lain. 



Aku nak beli keta kecik yg sarah boleh naik jgk. Seat dia bole isik brg tu. Stereg dia cam stereng bas mengadap atas tuh. Kecik konet je. Pg la tgk kat toyrus masa kat empire hari tu. Ingt nk bg beday girl hadiah. Skali tgk rm300. Terjojoi lg mata aku. Dah kenapa semua mhl??? Ade la murah tapi burok. Sgt. lol. Lepas tuh burok2 seratus lebih jugek. Heh tidak la hai.

So jln2 di mydin seremban. Haaaa ade pon keta ni. Burok bia burok betol. Itu perangai aku. RM69 je. Aku nak beli, papa x kata apa2. Aik x nak lettew. Huhuhuhu. Mmg papa Sarah centu sket. Aku ok je. Tp bila dah mcm tu means die hint nak yg bagus sket lah. Ok2. Phm la kan? 

So nak yg bagus kena la betol2 bagus plak kn? Dah tentu la harga rm400+. 

Disini la mulanya nyekodeng radio flyer nih. Haaaaaa pjg kn cite? Sdor x sedor. 




So sgt comel and ade mcm2 rupa. Ade yg rm300-ribu riban. Ko tunjuk je nak apa. So aku pon baru la start mencarik. Tengok cmne. Something yg mcm dlm gmbr ni mgkin. Dr baby sampai ke beso sket bole naik. InsyaALLAH.



Yg ni pon ok. Hahahahaa. Ni maminye. Kbye

Tuesday, September 16, 2014

Wah baby spa at seremban.


Yang benar nih? Lol

Ok la kot. Seremban smakin maju. Nak pegi? Mcm nak. Mcm xnak. 

We'll see. 

Saturday, September 13, 2014

Why i choose Mamy Poko

Sebenarnya aku tatau or tak amik tau pon yang mamy poko ni berapa hengget. Awal2 dlu aku bantai je beli drypers. Sebab aku rasa packaging dia cam cute. Packaging mamy poko ni cam selamber badak je tak de seni lansung. Main letak je gmbr mana2 baby tah. Ahaks.

So aku pakai la drypers untuk beberapa minggu. Tapi kesan dia PADA ANAK AKU kurang memuaskan. Naik rashes. Ini pada anak aku yek? Kang bias plak org kata. Eksen segala. Lepas tuh laki aku kata why not kita try cuba Mamy Poko. Aku pon beli.

Sekali bukak n tengok omakhoiiiiiii berbaloi dengan harga. Nappy dia macam sopenda uwan den. Bosa! Cotton lembut! Memang sana sini dia comfort kan bum2 baby. Aku suka! Sorry anak, sepatutnya mami usha from awal lagik.. Huhuhuhuhu. Sorry uwan. Ese tersebut plak nama mu disini.

So memang terus kekal dengan this brand so far. InsyaALLAH.

Harga paling murah di Aeon. RM43 untuk jumbo size. If dapat time dia ade wat promo RM80 untuk 2 mana2 size jumbo. Aku mula la tamak nak angkut semua. Ahaks.

Or giant and tesco pon selalu gak murah tapi tgk hari. Cuma di aeon aka jj memang selalu murah.

And aku tatau apsal size jumbo kedai2 biasa susah nak juai mamy poko ni. Apsai?

Friday, September 12, 2014

Mykid!

Aku panas hati betul mykids di stop kan ni. Tp aku tatau la parents lain. 

Nak buat apa2. Nak reg apa2 kena bawak srt branak. Dah la gabak.

Ok sabar.. 


Garam


Last week pg cocok Sarah 1thn. 
Tgk kat kedai kpj tu nampak ni. Terus beli. 1 garam. 1 gula. Aku takde la nak gula tu sgt tp yg paling endak nya garam tu dlm food Sarah. 

Sodium dia sgt rendah. Eh nak try lah. 

Thursday, September 11, 2014

Birthday Party di Marrybrown.


Sebenarnya cam malas plak nak cite 1 per 1 sebab malas la kan? X de sebab lain. Tapi rasanya cam bebaloi la plak kalau ade free time and cerita untuk info para googler di luar sana. Sebab aku google tak plak ade yang cite panjang pasal info buat birthday party di MB ni.

1st of all SERIOUSLY memang kami laki bini tak plan pon nak celebrate cenggini utk birthday 1 Sarah. Agak2 la kan baby 1yo mana la dia tau apa2 kan? Itu pemikiran aku di awal usia Sarah. Lepas tuh kami duk tengok2 rumah sekitar taman ni. Kawasan baru di Seremban btw. Saje cuci mata. And makan2 lepak sini 3 beranak. Tgk cantik plak lah kawasan dia. MB dia pon baru n sgt ctk untuk lepak. So lepas dari tuh ada la beberapa kali kami lepak disitu ber3 beranak. Nais place la. Tah cemana ringan mulot nak tanya pasal birthday celebration kat sini. Tanya punya tanya, sekali dia cakap byr makan je. Min dalam 30 org dalam 1 bilik khas utk birthday shj.

Min 30 orang, kita letak la menu utk 1 org snake plate RM10.(contoh) So total berapa? RM300. Yes murah kan? Yang lain semua included. Apa yang hado? Bilik private diberi guna selama 2jam, balloon MB free, 2 games with hadiah, mascot mcm dlm gambar diatas, present for birthday girl/boy, and present for mum(eh!). LOL. Ye tak pasal2 aku skali dpt hadiah. Ahaks. Tq, susah2 je.

Apa yang perlu kita tambah? Deco2 and balloon tambahan tuh buat la sendiri. Nak semua free lebam le. Kira ni ibarat kita panggil org dtg makan, sedekah and berkumpul dgn famly n close friend la. Takde la nak beriya sgt.

Bila masuk dalam budget, aku dan suami kata Y NOT? InsyaAllah. Mari kita choose date and discuss dgn mak. YE MEMANG DULU MASA BELOM TAHU, cakap Sarah tatau apa2. NO ITU SEMUA SALAH. Sarah suka sgt2 pada balloons, Sarah suka tengok bear2(mascot!), Sarah suka food. Eh semua lah. So kenapa tidak sambil mengeratkan silatulrahim kita bersuka2 untuk anak? insyaALLAH.

So this is it.


Cake by Juliza. Sekitar Seremban and seriously sgt berpatutan. 


Jangan ditanya kenapa rambut tu kosong! Sarah tak suka di apa2kan rambutnya. Sempoi la nak dak? 
Mami ok je.


Excuse balloon2 MB yang clr wane wani tuh. Haih






Makcik ni gossip bukan main! Food aku amik with drinks and utk kids aku amik kiddy meals.









KENAPA MB? Sebab MB ni store dia besar and dia sahaja, bkn dalam mall. And baru 2-3thn. So tempat nya sgt moden and cantik lagi. Selesa. 2nd, takkan nak buat mcd? SaveGaza kan? Tak kose lah mcd. Kalau boleh elak, kita elak la dak? A&W? Oldskool sgt kot tempat dia. Malas aku.

Ada ada jugak google and tanya party planner. Basic punya utk 8-12pax(kids) RM2900. Weeeeee! Tapi perfect lah. Dengan balloon. Dengan theme goodie bag. Dengan cupcake etc. Semua ikot theme kita nak. BTW Sarah ni tak de theme. Saje aku amik semua yang takde kene mengena dgn apa2 character. Saje malas. Nanti dia dah besar if ada rezeki kita buat ikot theme apa awak nak ok? So balik pada basic, mami tak mampu nak byr RM3000 untuk tu semua. yang mami mampu ini je, syukur alhamdulillah. Mami suka.

Tak tipu semua ni preparation start on Thursday and only 3 days je aku ada masa untuk siap kan by Sunday. YES. Aku lah beli brg, aku lah beli goodie bag, aku lah packing, aku lah mengemas. Aku lah punya idea. LOL. Papa? Papa jaga Sarah. Hehehehehe. Memang nampak macam 'tah apa2 la buang masa buat semua ni?' Believe me not? Untuk diri sendiri suka, nothing yang membuang. Selain tuh suami dan anak senyum girang. MasyaALLAH... Beyond my expactation. Syukur pada ALLAH. Konon tak nak buat kan? Semua last minute.

Btw sarah birthday is on sept 2nd. Tapi this celebration buat in adv 2 days earlier. 31/08/2014

Kalau Serembanese nak tanya sila emel gua wonderfulretreats@gmail.com


Thursday, September 4, 2014

15/8/14 1st time demam


Menjaga anak demam memang la sgt mencabar. Sgt! Tapi alhamdulillah. Semua ni nikmat hidup. Tak rasa, xtau kan? 

For the 1st time. PANIC! Bila panas je terus ke klinik pakar di senawang. Dapat la ubat demam. Doc check perot, tekak semua ok. Batuk n flu pon xde. Alhamdulillah. Tapi demam biasa lah kot. Sarah bila di check doc cry sampai muntah2 plak. Pity her. Start la dia dh tak larat n lembik. Aduh. Mak scary. Alhamdulillah. Sarah ank yg mendengar kata dan mudah. Makan ubat dan mkn nasi masih mudah. Malam pantau je suhu dia. Ekon full blast. Baju tido masa ni terhegeh2 pakai kan baju tido 2pcs. Nasib baik papa ada belikan di fos. And dh berbasuh. Sebabnya baju tu utk umo 1.5thn. Ingt nak pakai nanti2. Kesudahannya x payah. Pakai masa demam je. Sleepsuit panas.

Makin hari makin lembik ankku. Sian dia. Mkn mkin sukar, ubat mkin payah nk ditelan. Tpi sangat kesian. Nampak sgt dia berusaha utk ikot dan dgr ckp mami. Thanks nak. Mami nampak jelas ur effort. Alhamdulillah. Walaupon sukar nak telan dia terus cuba dan cuba. Hiba weh. Budak kan apa dia tau. Normaly dia nampak je dah xnk kan? Ini x. Dia nak. Tp x bole. Mami tak marah tau. Nanti2 cuba lgi. If bole alhamdulillah. Aku trus berdoa. Yg lebih mencabar suami tiada disisi. Sbb ada perkara yg x bole dielak. Cuma tgk kdaan sarah. Kalau xde perubahan dia akan balik. 

Pejam celik seminggu jgk sarah demam. Itu ini serba tak kena. Meraung saje yg dia tau. Kesian. Cuba nak main. Layan kan je. Bengkak2 mata sbb cry. Sian la hai. 

Start hujung2 tu cirit birit plak. Allahu.. 
Memula start with 'menembak2' masa poo. Bila tgk diapers, air yg kua. Ok dh risau bertambah la kn? Tp ok lg. next day selang 2jam plak dia poo centu. Ok mami kenot wait anymore. Jom ke hosp. Kpj. Alhamdulillah doc kata x de apa. Dgn kdaan sarah yg masa tu almost a week demam, doc bg masa 3 hri. Kalau x ok lg, dtg blk n amik darah. Phew. Cuak! 

Alhamdulillah. Allah maha mendengar. Balik dr kpj sarah nampak better sgt. Memang dr nk ke kpj pon die sgt xtiv wlau ber cool fever di dahi. Berpeluh2 main. Janji peluh tu. Bagus kn? 

Balik kpj alhamdulillah sht dah next day. Ubat kpj pon x berusik. 

Thank u ALLAH. Papa dia dr jauh menangis dlm agaknya. Hai anak papa demam. Mau x seksa. Love u pa. 

Tq Allah

Burt Bees dan Eczema


Alhamdulillah eczema Sarah hanya mild sgt. Tapi dah nama nya anak kan? Kesian yg mendalam tu x bole lari mana la walaupon digigit semut. So selagi mana kita mampu lindungi, kita cuba lidungi sehabis baik. Amanah Allah. 

Dari sebelum lahir lagi memang ready this product utk Sarah. Baca review abt this product kat blog drhalina. So try la. Mmg malas nak carik yg lain. Mana yg ada je. Bila cuba ada beberapa item yg tak suai dgn sarah sbb eczema! Mana la tau sbel lahir die bakal ada eczema kan? So ok la. Byk jgk yg tak boleh pakai. Cuma 1 ni je yg betol2 sarah melekat dan ngam. Which is botol yg paling atas dalam gambar. 

Sangat moisture. Letak sikit pon jadi. Actually eczema sarah ni hanya akan menyerang kalau kulit dia kering. So pasti kan dia selalu lembap. Especially baby explore sana sini. Masuk dlm tempat berhabuk. Memang habuk pon eczema sarah ni pantang. Dia akan naik mata di kulit nya. Awal2 dlu naik mata dan hampir berdarah jgk. Tapi tu awal2 je. Dah pandai cemana nk hadap semua went well. Alhamdulillah. 

Bole je pakai elomet tu. Ubat yg doc bagi. Tapi nama pon ubat. Chemical. And ubat kn? X mau terlalu bergantung dgn ubat. Tapi this product semua is 100% natural. So sebab tu agak pricy. Tapi walaupon pricy sebagai cth botol kecik atas tu 2oz bole pakai hampir 10bln kot. Sbb dia moisture(x oily!) bole apply sikit pon dh cukop. Lama boleh pakai. Harga RM80.80. 

Hari tu penah lah kehabisan. Carik la product lain apa yg ada depan mata. Try sebamed. Ok la. Bagus la. Tp pada pendapat aku die jenis yg merubati. Means, dah naik mata eczema tu letak dia akan ok. Dia bkn jenis apply hari2. Yang burtbees ni aku buat apply hari2. Mencegah! Sgt berbeza. Lepas mandi je letak kat tgn, kaki sarah. Pelipat2 smua. So dgn izin Allah dia takkan naik eczema walaupon dlm keadaan kering dan berhabuk. Bole nampak perbezaan dia. 

Baby lotion ade ke yg moisturize nye? Mgkin aku tatau or tak jumpa la kot. Sukar la nk carik. Nivea org tua ada la. So burtbees ni je yg sgt bagus utk sarah. 

Luckily semalam beli akk SA tu rekemen 1 lg item. Multipurpose oitment tu. Lagi besar, lg bagus sbb multipurpose dan dah tentu lagi mrh sbb bsar n byk. Besar2 tu baru rm80. Aku pon beli. Dgn harapan bole dpn mrh sikit if suai dgn sarah. Sama jgk. Bila pakai dia sgt lembap. Sgt sesuai utk kulit kering. We'll see cemana resultnya nanti. 

Yang lain tu mami yg punya. Kbye. 

Wednesday, September 3, 2014

Kidzooona


1st time semalam on her birthday bawak pi play ctr. Terjumpa. And rm10. Y not kan? Papa work plak. Mami masuk jea. Org pon xdek. Ok je dia dgn kwn2 situ. Cuma pelik2 la perangai anak2 ni. Ade kids yg age dlm 2-3thn duk rampas2 menan dia. Aku naik rimas. APA SAJE yg Sarah usik or ade di tangan dia akan rampas. Tak cukop besar mami sarah ni dorg nk takot? Haih bdk2. Kang aku sengseng lengan baju kang x matang plak. 

Maknye dok panggil2 je nama tapi NO ACTION. Ok mayb memang kot kan? Mayb sarah kecik lagi tatau peel cmna bsr skit lagik. Jgn mcm2 ya nak? InsyaAllah. Mudah2an yg baik2 saja. 

Kidzooona Empire ni not bad. Cute2 je menan dia. Entry RM10 and RM15 for weekend. 
Lama jgk dia main. Sampai mengantok. Aha.