Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Wednesday, September 24, 2014

TIPS : Puasa untuk ibu2 BF


Ye aku tau macam dah basi nak cerita. Tapi aku tak kira. Nak gak cerita buat tatapan aku nanti2. Lagi pon aku berharap untuk setle kan sebulan puasa dulu baru cerita tips ni. Takot la belom apa2 dah cerita kang tak lepas plak, setengah jalan jadiknya. Nauzubillah. Ini dah nak masuk raya haji dah. Meh aku nak cita

Masa aawal2 memang cuak je. Sbb bf kan? Aku ni susu tak la cemerlang mana. Memang tak dan nak pam. memang tak banyak kalau pam. And jarang2 sekali berlaku bengkak susu tuh. Hanya bersaiz biasa aja. Macam tak bf. Tapi dah kata rezeki ALLAH itu ada dan tetap, apa kamu nak pertikaikan? Ye dak? Rezeki Sarah full bf bolat dgn jaya nya rezeki dr Allah. Kalau silap2 lah dengar kata2 org kiri kanan, memang dah tak dapat teruskan mcm sekarang ni. 'bagi je la fm, tak byk susu ko.. lapar bdk tuh' nangis2 lah nak teruskan. Sebab tatau direct feed banyak rupanya susu. Sebab bila pam x keluar. So sila jangan pertikankan direct feed. Phew! Thanks ALLAH.

So bila nak puasa ni aku risau2 lah. Sbab kita tak makan tak minum. Tenaga aku no 2. Tapi cemana nak hasil kan susu? 3-4hari pertama bulan puasa aku hampir tumbang. Sebabnya terasa tak ada. Sarah macam tak puas. And if tekan pon takda. Selalu ada. Aku tak putus2 berdoa. Mintak tlg suami dan ibu doakan utk aku. Alhamdulillah ALLAH bagi jalan.



Lepas berbuka sampai sahur aku akan pastikan habis minum 1.5L air mineral or zam2 dicampurkan sekali. And Buah Kurma. Buah kurma masa buka. Buah kurma masa supper. Buah kurma masa sahur dan nasi la for sure. Jangan sesekali lupa akan buah kurma dan air mineral. Perot buncit? Kembong? Byk kencing.. lantak la kat situ. Untuk anak dan suami pon bg idea. Alhamdulillah sangat sangat sangat berkesan.

Bukan saja berkesan malah sampai bengkak2 susu kalau Sarah lambat minum waktu siang. MasyaALLAH nikmat kejadian mu Ya ALLAH. Bole bertukar saiz? Hari2 biasa takde plak, padahal makan n minum macam2. Pdhal badan kuat n penuh tenaga berbanding puasa. Nampak tak nikmat ALLAH tu tak de tandingan. Huhuhuhu sayu.. Hiba..

Alhamdulillah memang dari mengandung kan Sarah aku memang tak putos2 beli mineral ni. RM8 untuk 12 btl 1.5L. Alhamdulillah.. Murah dah sihat.

Terima kasih ALLAH, suami dan ibu.

Panic attack.. Release.