Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Friday, January 10, 2014

1st time outing w/o papa


Caaaaakkkk...

Hari ni tadi kua p mydin. Ye mydin sban bru bukak. Sbulan da la tapi! Sarah n mami baru thegeh2 nk p. bkn apa, saje je coci2 mata. Mydin mall sban 2 ni rsa nya mydin yg tbsr di donia. Msia je la tuh. Mne mydin smpi lua pon heh. 

Feduliks dgn mydin. Nak cite ni 1st time kami outing lama tanpa papa disisi. Papa koje. Challengging jgk. Tapi x brapa suspen la sbb mak ada. Aha. Klu xde mak aku blom berani. Especially dalam kereta. Kat mall ok je. Sbb kereta nak letak carseat kt blakang. Sian dia sorang2. Letak depan bhya la. Dekat2 pon bhya sbnr nya. Ya Allah lindungi kami. Huhuhu. Takot!

Tadi sbb xde apa sgt aku dukung je Sarah. 1st time jgk jln2 bdukung ni. Selalu duduk stroller. Mmg aku nak latih Sarah berstroller selalu. Sbb tu la. TAPI kali ni stroller quinny Sarah dah ade buyer. Dh letak deposit pon. So dah officially hak org la kan? Tinggal nam pass ke dia je lg next week. Amanah org dah la. Letak depo terus aku lap2 bg berkilat sikit and simpan. Alhamdulillah ada buyer. Untung si pembeli. Memang x da cela lansung. Hari tu cakap n feel je x rosak x buruk. Tp x usha 1 per 1. Ni dah ada buyer bila simpan n kilat kan sket baru sedar kuasa dua, mmg cantik sgt lgik. Huhuhu. Sama2 untong. Alhmdlh..    

So sorry Sarah sayang.. Kita berdukung dulu ya sementara beli stroller baru. And memang nak kena beli sgt2 carrier. We'll usha dah. Sma ada ergo, boba or snugg. Later cita k!

So overall ok. Sarah gooooooood girl. Asik tergelak gelak n gelak. Pastu duk isap jari. Chrotttt chrottt chrottt die isap jari. Habih bib basah! Lenjun. Ada la dalam 3jam baru sampai rumah n zzzzz. 

Alhamdulillah Sarah dah besar n mkin independent. InsyaAllah..

Oh gambar diatas gambar Sarah tgh tunggu wan siap2 nak p Mydin loh. 
Gambar bawah ni plak gambar Sarah dgn wan kat mydin. Makan!


Wednesday, January 8, 2014

Info : Kenali tangisan anak



PERIHAL TANGISAN DAN PEMBENTUKAN AKHLAK ANAK

Hari ini ramai ibu bapa menjadi tenggelam punca untuk menundukkan anak-anak mereka agar mendengar arahan. Anak-anak suka berkeliaran tanpa kawalan dan sukar ditegah untuk melakukan apa sahaja sesuka hati walaupun sewaktu bertamu di rumah orang. Lebih sedih lagi ada ibu bapa yang tidak langsung berusaha mencegah anak-anak ‘mengusik’ dengan sesuka hati apa sahaja yang ada di rumah yang diziarahi. Anak-anak dibiarkan melompat-lompat di atas kerusi, memanjat meja, mengusik kereta dan apa sahaja yang ada di sekelilingnya.

Sewaktu kita kecil dahulu, ibu bapa sangat menitikberatkan disiplin kita apabila ada tetamu bertandang. Pantang sekali bagi orang tua dahulu melihat anak menyibuk ketika mereka melayani tetamu. Hari ini banyak kes anak yang meramas buah dan makanan yang disajikan ibu bapa untuk tetamu sehingga tetamu jadi serba salah. Malang sekali kerana ia berlaku depan ibu bapa sendiri tanpa sebarang usaha mencegah dan mendisiplinkan mereka. Tetamu pun berbasa basi dengan kata-kata biarlahhhh… budak-budak tahu apa? Ermmmm…

Setiap hari kami didatangi oleh berbagai-bagai tetamu atas pelbagai urusan. Ramai juga yang bertanya apakah rahsia RPWP dapat menundukkan anak-anak jagaan tatkala terlihat mereka mula menunjukkan tabiat yang kurang elok itu. Hanya dengan satu jelingan, satu tanda ‘psttt… ‘ anak-anak sudah faham dan berhenti serta merta. Demikian yang diluahkan oleh para tetamu yang memerhati dengan matahati yang tajam.

Ingin kami kongsikan bahawa asnaf yang diserahkan kepada kami bukanlah yang asalnya baik-baik belaka. Di kalangan kami juga ada banyak belang dan parut dalam sejarah kekeluargaan yang berbagai rupa. Ramai suami isteri yang tidak sefaham, sering bertelagah dan bercakaran. Ramai anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat yang buruk, degil, tidak berdisiplin, tidak menyahut panggilan, tidak datang bila dipanggil, pemalas dan sebagainya. Kami cuba berfikiran positif dan menjadikan segalanya satu asbab untuk saling mengkaji dan membuat pembaikan.


AJARLAH ANAK SEJAK HARI PERTAMA KELAHIRANNYA

Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. Bagaimana kita harus menggunakan sepenuhnya sensitiviti deria pendengaran dan pengelihatan untuk mendidik anak sejak hari pertama kelahirannya.

Perhatikan Surah 16. An Nahl 78. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu PENDENGARAN, PENGLIHATAN dan HATI, agar kamu bersyukur”.

Banyak kes anak yang tidak pekak dan bisu tetapi tidak pandai bercakap seolah-olah mereka bisu, hanya kerana dilahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yang pekak dan bisu. Banyak kes anak yang cukup sifat namun lebih teruk dari orang cacat, pemalas dan tiada kreativiti sama sekali. Ini kerana pendengaran dan pengelihatan mereka tidak didedahkan untuk bekerja, menjadi rajin dan kreatif walaupun ibu bapa mereka rajin. Apatahlagi jika ibu bapa sendiri memang jenis pemalas atau pengotor.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa proses pembelajaran dan pembentukan akhlak anak sudah bermula dari hari pertama kelahirannya. Tumpuan harus dilakukan khasnya dalam tahun pertama dan ke dua usia bayi itu. Inilah tahap awal yang kritikal di mana kita harus memperkenalkan diri kepada si bayi bahawa kita adalah pengatur mereka yang bertanggungjawab dan prihatin. Tunjukkan yang kita ingin mendidik mereka untuk menjadi anak yang bertanggungjawab dan peka.

Sewaktu bayi lahir, deria mata tidak berfungsi dengan baik lagi. Yang ada adalah deria rasa dan pendengaran. Bayi tidak boleh bertutur melainkan hanya berkomunikasi melalui bahasa tangisan dan gerak tubuh. Inilah tahap di mana kita harus meneliti dan menghalusi setiap respon yang ditunjukkan dalam bahasa tubuh dan tangisan bayi terhadap kita. Dengan itu kita mampu mengenali bayi kita dengan baik.

Al-Baqarah Ayat 146

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami telah berikan mereka)
الكتب (Al Kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenal/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka)
وإن (dan sesungguhnya mereka)
فريقا (segolongan)
منهم (dari mereka)
ليكتمون (sungguh mereka menyembunyikan)
الحق (kebenaran)
وهم (dan mereka)
يعلمون (mereka mengetahui)

Al-An'am Ayat 20

الذين (orang-orang yang)
ءاتينهم (Kami berikan kepada mereka)
الكتب (Al-kitab)
يعرفونه (mereka mengenalnya/arif)
كما (sebagaimana)
يعرفون (mereka mengenalnya/arif)
أبناءهم (anak-anak mereka sendiri)
الذين (orang-orang yang)
خسروا (merugikan)
أنفسهم (diri mereka)
فهم (maka mereka)
لا (tidak)
يؤمنون (beriman)

Kata kunci yang ingin kami kongsikan dari ayat ayat di atas ialah AL-KITAB (yang merujuk kepada satu KETETAPAN) dan ARIF (sangat KENAL). Ingin kami mengajak pembaca memerhatikan juga mengapa kedua-dua ayat yang membawa mesej yang lebih kurang serupa ini diletakkan di SURAH HAIWAN, iaitu al-BAQARAH (sapi betina) dan al-AN’AM (binatang ternak).

Ringkasnya jika kita membela anak dengan tabiat haiwan, maka kita akan melupakan elimen pendidikan dan tarbiah sepanjang kita memelihara anak-anak kita. Kita hanya mementingkan makan minum dan menjadikan anak kita besar panjang sahaja. Namun pembangunan minda dan akhlak anak-anak kita akan terabai.


MENGENALI ANAK MELALUI TANGISAN DAN GERAK BADAN

Hasil kajian dan pengalaman kami terhadap subjek menunjukkan ramai ibu bapa yang kurang sensitif terhadap tangisan anak. Ramai yang sudah melahir dan membesarkan sehingga 8 orang anak masih tidak mampu mengenali bentuk tangisan anak sendiri. Kami rujuk pula perihal tangisan anak ini kepada fakta quran, sunnah dan sains

Inilah seni dalam memelihara anak yang tidak begitu ditekankan dengan penuh minat oleh para ibu bapa. Akhirnya kesemua anak-anak mereka membesar dalam pemeliharaan yang sebanding dengan haiwan ternak sahaja, atau mudahnya mereka tidak lebih dari menternak anak. Tiada unsur pendidikan yang diterapkan dengan teliti semasa memelihara anak itu.

Terlalu panjang jika ingin kami tuliskan jenis tangisan dan gerak tubuh anak di sini. InsyaAllah akan kami huraikan secara khusus pada siri parenting tips khas nanti. Cukuplah jika kami katakan ada banyak yang perlu diperhatikan terhadap bentuk tangisan dan gerak tubuh bayi ini ketika ia berumur 1-4 bulan, 4 bulan hingga setahun, 1-2 tahun dan seterusnya.

Antara contoh yang kita harus kenali ialah,

• Bagaimana bentuk, intonasi dan nada tangisan? Merengek? menjerit? selang seli? berterusan? Terkawal atau luar kawalan seperti sawan?
• Apakah iringan gerak tubuh waktu menangis? Menggeliat, menggaru kepala, menggosok mata, meronta-ronta?
• Apakah tanda lain atau perubahan pada tubuh mereka semasa bayi menangis? Contohnya kembung, kejang, badan jadi panas, mata jadi merah dan sebagainya.
• Anda juga harus tahu bila terakhir anak anda diberi susu atau makan? Bila terakhir anak anda buang air dan dibersihkan?
• Bila masanya anak anda tumbuh gigi?
• Adakah anda sendiri merasa panas dan rimas sehingga mungkin anak anda juga ikut merasa panas dan tidak selesa?
• Bagaimana mengenal tangisan mengada-ngada? Adakah air mata yang keluar semasa anak menangis?
• dan banyak lagi tanda-tanda.


KESILAPAN MERAWAT TANGISAN BAYI BOLEH MENJADIKAN ANAK DEGIL, LEMAH DAN DUNGU

Inilah yang menjadi penekanan dalam isu yang ingin kami ketengahkan. Hasil kajian kami menunjukkan ramai ibu bapa yang tidak kreatif dalam mengenal tangisan dan gerak tubuh bayi mereka, biarpun sudah ramai melahir dan membesarkan anak.

Sebelum anak mampu berkata-kata dan menggunakan komunikasi melalui kalam, ia belajar melalui alam. Tangisan dan jeritan anak adalah 'Universal Language', satu-satunya cara mereka menyampaikan mesej kepada ibu bapa. Secepat mana kita menyahut seruan atau doa mereka melalui tangisan itulah yang akan mendidik mereka untuk menyahut seruan dan panggilan kita secepat itu juga kemudian nanti. Itulah pendidikan awal yang sangat berbentuk alami bagi mereka. Tindakbalas kita sedang mengajar mereka tanpa kita sedar.

Kami menetapkan di RPWP jika boleh kita didik bayi kita dengan menyahut panggilan mereka melalui tangisan itu dengan kadar segera. Sebaiknya jangan sampai melebihi 10 saat. Rasakanlah kekesalan dan berdosa yang mendalam jika kita tidak dapat hadirkan diri untuk menenangkan anak yang diamanahkan kepada kita itu melebihi 30 saat setelah mendengar tangisannya.

Pada peringkat awal tangisan itu, anak masih dalam keadaan tenang dan sedar. Tangisan hanyalah merupakan bahasa mereka sahaja. Namun apabila anda gagal menghadirkan diri, maka intensiti tangisan itu akan bertambah. Akhirnya anda akan dapati anak anda akan seolah-olah marah kepada anda. Waktu ini minda anak akan jadi bercelaru, sangat beremosi dan penuh dendam. Inilah punca penyakit hati yang mula anda tanamkan ke jiwa mereka tanpa sedar.

Para saintis sepakat merumus bahawa habit membiarkan bayi menangis yang berpanjangan tanpa rawatan akan menyebabkan bayi mengalami berbagai bentuk tekanan (stress). Ini juga menjadi antara punca terhasilnya habitat anak yang dungu, degil, emosional, pemarah dan sebagainya.

Hormon stress yang dipanggil cortisol ini boleh terhasil dan terhimpun di otak bayi. Ia boleh merosak dan membantutkan pembangunan struktur penting otak mereka. Membiarkan anak terus menerus menangis juga akan merosak sistem saraf bayi. Ia boleh menjadikan mereka terlalu sensitif dan mudah mengalami trauma hanya dengan cabaran yang kecil. Ia juga memberi kesan yang besar kepada kemampuan anak untuk menerima maklumat pembelajaran dan berdarah gemuruh (nervous).

Kesan dari segi kesihatan pula akan menjadikan bayi ini anak yang mudah stress. Peningkatan tekanan darah dan nadi akan menyebabkan ketidak-stabilan bekalan oksigen, nutrisi, hormon dan antibodi dalam darah. Ini secara langsung menyebabkan anak menjadi kurang daya tahan dan mudah berpenyakit. Bahkan saintis telah menetapkan bahawa ia boleh memberikan kesan yang berat terhadap penyakit otak yang dipanggil ‘meningitis’. Mungkin ada kes terpencil yang tidak menepati ketetapan ini dan terserah samada kita mahu perjudikan nasib anak kita atau mahu mengikuti ketetapan dan petunjuk yang ada.


KESIMPULAN

Hasil kajian kami menunjukkan sesetengah ibu sengaja membiarkan anak mereka menangis begitu lama. Mungkin mereka sedang masak, membasuh, bergayut di talian atau bermuka buku. Mereka tidak sedar kesan dan bahaya yang terlalu parah dari segi kesihatan rohani dan jasmani yang bersifat kekal pada anak itu. SANG SUAMI yang sedar akan keadaan itu juga seperti tidak merasa bimbang dan tidak menegur isteri untuk berbuat sewajarnya terhadap anak mereka.

Nabi s.a.w. telah menyarankan, “belajarlah dari buaian sampai ke liang lahad”. Kelalaian kita menangani panggilan dan seruan bayi melalui tangisan mereka itu telah mengajar anak menjadi orang yang juga tidak bersegera apabila dipanggil, jadi bodoh, pemberontak dan degil. Sebaliknya, kita pula yang terpaksa mengikuti kehendak anak sebegini apabila ia besar nanti.

Demikianlah juga bagaimana Isa a.s. selaku nabi yang hebat telah dikisahkan mampu berbicara sejak dalam buaian lagi. Malangnya kita sebagai ibu bapa Islam ini tidak ada ilmu pengetahuan dalam mengenal bahasa universal anak itu lalu ianya berlalu menjadi satu pembaziran yang amat merugikan anak kita. Apa yang kita selalu rungutkan ialah tangisan itu memberi kesan negetif terhadap persekitaran, terhadap emosi jiran dan ibu bapa yang menjadi stress akibat tangisan anak. Kita tidak langsung fikir kesan negatif terhadap anak itu sendiri.

Ironinya, ibu yang jahil ini tidak mendapat pendidikan dan pembetulan yang penuh siyyasah dari para suami kerana mereka selaku abal hakam dalam keluarga juga jahil. Ramai suami yang membiarkan sahaja sang isteri berkelakuan yang ‘tidak wajar sebagai isteri’ tanpa teguran. Akhirnya isteri membentuk tabiat liar dan lagho. Isteri begini kemudiannya melakukan perkara yang sama terhadap anak, iaitu tidak sensitif dengan seruan bayinya. Isteri akhirnya terkontang-kanting mengendalikan segalanya dalam penuh kebingungan dan kesukaran. Maka terhasillah generasi anak-anak yang liar dan berkeliaran.

Kami ada terlalu banyak bukti. Anak-anak darjah 3-5 masih tidak kenal huruf, tidak pandai berbicara dan mengurus diri. Anak tingkatan 1- 4, yang baru kematian ayah setahun lalu tapi menjadi begitu dan begini. Sebenarnya semua itu sudah lama berlaku, semasa si ayah masih ada. Inilah hakikat anak yang yatim sebelum yatimnya. Oleh itu, mari kita pelihara anak kita dengan teliti, penuh minat dan kasih sayang seperti keluarga manusia. Jangan biarkan anak kita membesar sepertimana haiwan yang diternak untuk diherdik setelah kita tiada.

Kudap kudap
WARGA PRIHATIN

KREDIT FB WARGA PRIHATIN (PRIHATIN.NET.MY)

Tuesday, January 7, 2014

Trauma



If tak silap hari tu ade ku selitkan sikit topic pasal Sarah dah kenal org. And paling best bercampur gerun bila kenal org Sarah dah taknak kat sesiapa melainkan mami n papanya JE! Ok thats scary. Alhamdulillah dr 1 sudut pandangan aku achieve sesuatu. Mengikut ajaran Islam target achieved! Sebab apa bf diperlukan. Sebab ini la. Attach dengan mak. Kenal mak. So bila tahu n kenal mak maka dia akan selamat selagi mana mak nya bawa dia ke arah yg selamat. InsyaAllah. 

TAPI! 

Yang tak bestnya bila Sarah nak mami sahaja disebabkan takot pada yg lain. Perasaan takot ni yg tak ku mahu. Even uwan dia pon dia tak mo. Meronta nangis. Padahal lahirnya Sarah terus stay kat rumah uwan nih. Rumah uwan ni ramai plak org. Ade nyang, ada cousins, ada aunties kadang2. Kan? So memang hari2 dia kenal muka2 ni. But some uncle dia x smile n buat muke keras lah! Atleast dia x nangis or meronta bila jumpa org tak kenal kan. But this time meronta nak mami. Aduhh kesian and sedih sgt. Sedih la bile fikir anak takot dgn sekeliling. X perlu takot nak.. ALLAH ada.. Papa ada..

Agak lama jugak kami bermain dgn perasaan Sarah masa tuh. Masa yg sama aku duk fikir why why and why! Then baru la aku terfikir ada 1 time ni Sarah join crowd yg ok la. Not that 'crowd' sgt pon tp ramai la dr biasa. And most of people duk sana sini Sarah! Sarah! Sarah! Semua dukung, kiss, timang n blablabla.. And ada yg main2 dgn dia mcm main dgn anak patung. Dek terlalu geram dgn 'kebabyan' Sarah tanpa disedari org duk henyak2 dia. Memula aku lepas kan. Takkan nak peluk je anak sendiri. Kang org kata apa. Tapi mmg dlm hati Allah je tahu. Tp dek percya biar lah dorg nk main2 dgn Sarah. Walaupon mata aku melilau je pandang anak aku kat tgn org. Huhuhu.. 

Then dh buat mcm anak patong aku pon amik la anak aku. (Sampai now rasa menyesal and geram lepaskan Sarah pd org. Lepas ni no more! Biarlah org nak kte kerek or whaat. Mami mtk maaf syg.)

Memula aku rasa xda apa. Teori aku mayb salah. Tapi bila aku baca blog and masa tu plak ada org duk heboh share pasal paychology baby ni memang benar teori aku tuh. Sarah jadi takot dan rasa tak selamat dengan semua org accept mami n papa dia! Heee lagi la aku bengang! Tapi x pa lah. Pengajaran. Nak salah kan org xboleh. Tapi kesian anak.. Respon jdi pada anak kita yg tanggung. Kalau rengek2 takot org. Melekap je pada kita tu xde hal lah! Yg takot mental anak2 ni jadi penakot etc. Nauzubillah! 

This time jumpa ramai2 org. Nak dukung Sarah boleh! But 2-3mins je. 'Ek'eleh kerek.. Kedekot! Mcm hot. Mcm anak ko cute!' WHATEVER! Ank ku tanggungjawab ku... Gituh!

Alhamdulillah.. 

Sekarang dah ok. Amik masa jugak Sarah nak ok balik dgn strangers. Erm dah la Sarah ni lahir2 je kuat senyum. Panggil nama je pon senyum nganga2. Agah apa tah lagi. Kalau penat cemana pon kita bila tepuk dia ke, susu kan dia ke.. Bile die tengok kita, kita senyum je die senyum balik dgn penuh ikhlas. MasyaAllah. Kadang2 terharu! Sayu! Berbaloi2.. 

So bila dia jadi takot. Mmg obvious terasa sgt2. Dah la suke senyum n gelak, happy go lucky sokmo! Tibe2 berubah. Mau x terasa? Mau tak geram, sedih, blablabla! 

Lesson learn!

Moms : Rambut gugur



Erm tu la die! Gerunnnnn..

Mmg masalah rambut gugur yg menakotkan selalu kot terjadi kat semua wanita. Semua! Lagi2 masa remaja nak masuk wanita dulu. Tu x kena ini tak kena. Takut2 je tgk rambut sendiri kat cernin. Kan??? 

Kali ni semua tu sayur2 je xde apa bila dibandingkan dgn apa yg aku rasa n lihat sekarang ni. OHMY! Pengalaman dulu hari2 gugur. Sekarang ni bukan hari2 dahh.. Setiap masa. Sehari berkali2. Sekali usik plak berpuluh putos nya. Ya Allah, scary kuasa 8! 

Tgk gmbr tuh sampai jelas kelihatan rambut2 depan aku semua drop dah. Aku baca katanya hormon lepas bersalin. Sebab masa pregnant hormon cantik berlebih2. Rambut x gugur segala. So bila dah bersalin pay back time! Rasakan.. Bila share di ig ada mothers yg ckp benda ni akan berakhir sampai baby 10bln camtu. Weee Sarah 4mos ni startnya. And baru beberapa minggu kesan botak kat kepala ni dh jelas. Cemana nak tggu lagi 6mos ni?????! 

Bertabahlah.. :)

Saturday, January 4, 2014

Exersaucer




Cantiknyaaaa..

Semua cantik2. Geram!
Nowdays walker dah x pakai sgt kn? But then lebih kurang je tapi rasa mcm selamat sket pergerakan baby dlm ni then walker yg agak merbahaya n banyak komen tak elok ttg walker. Lagi skali kecik2 dlu kita walker je dak? Cantik je jalan. Ctk je tlg kaki. Alhamdulillah.. 

Tapi kalau ade yg lebih elok y not. Nampak la xde kelebihan pon benda mcm ni berroda/tayar. Wat semak je and bahaya pada anak. Exersaucer ni lebih straight forward kan? Letak situ, dah! Sampai terus matlamat. 

Ini tunggu la Sarah dah keras n tegap sikit badan tu. Weee tak sabar. But then normal la. Sedikit mahal. Huhuhu. So mari menabung dari sekarang. Ye nak jadi kan rumah as a tadika oso can! Nak semua kan? 

Tapi ok la. X la dasyat sgt aku ni. Mengkaji jauh jgk b4 beli. Hahaha. Ade je play gym sarah termurah aku beli. Org kata paling mrh 70 penah jumpa. Aku jumpa 60! Settle. Pon benda yg straight forward and x boleh simpan lama aku x suka mahal2. Yg mcm ni xpe mahal sket. Boleh simpan utk anak yg lain. 

Eh ade yg 800 eh benda alah ni? Weeee!

Friday, January 3, 2014

Meniarap 2.0


3/1/14
(4mos 1day)

B4 ni kan ade ckp yg sarah dh pndi niarap? Ye pandai tapi sekali tu je plak. Pastu sepi. Terus bebel je smakin beriya. Anak oh anak.. Bebel mkin kuat. 

Niarap hari ni bagaikan johan.. Mula nya mlm tadi. Tido sbelah mami mengiring. Alih2 mami tgk lpas bbrapa jam niarap plak. Uish tekejot mami! Elok tido tiarap. Wah tibe pandai. 

Seterusnya bgun pg gigih terus sarah menyarap. Yg bestnya terus menerus sampai la mlm ni. Tu yg snap n blog. 

Good job baby

Wednesday, January 1, 2014

Hello 2014



Hello Sarah 4mos. Cucuk la apa lagi. Makin besar makin kuat nangis cucuk manja mami ni. Iyannn dia! Cemek2 kne cocok. Mami hiba tgk. Iyye nak..mami nak bg elok. Sabar ya manja.. 

Pneumococcal done. 

Rota virus x! X halal kata paed. Hope semua ok. Vaksin ni is 1 jln or usaha. Bukan pasti. Tapi sekurang2nya kita cuba. 

More to go sayang..