Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Tuesday, September 30, 2014

Kahak


Sarah dah berminggu2 duk berkahak. Berair hidung. Beria aku jaga xnak mandi kan dia berendam or apa2 je. Hanya mandi kerbau. Lama dah. Ada la beza. Walaupon tak banyak tapi bila try mandi tub balik, berair balik hdung. Huhuhu. So maintain la mandi kerbau. Sabun. But skali lalu je. 

Tapi bila dah makan minggu iso gak. On off la. Tak la straight. And dah ade ubat pon habis. 

So bila weols coti p lah klinik. 
Akhirnya..
Dapat antibiotic. Ohmy! 

Balik2 je x bg pon. Bagi ubat yg doc bg. Ubat kahak yg agak kuat. Saiko kan x nk bagi antibiotic? Lol. Kampung.com

And.. Dengan izin Allah dah ok pon kahak anak masa bagi 1-2x bagi ubat baru tu.. Syukur..! 

Typical me!

Sunday, September 28, 2014

Iphone 6 Gold


Like finally! 

4 tahun pecah rekod aku duk pkai hp paling lama sekali. Mmg dr sekolah kot suka gadget2 nih. So x le sangkal la kebarangkalian kesukaan kegilaan dia tahap mana. Dr ipad 1 pon, ipad 2. So tak yah lah tanya cemana suka nye terhadap iGadget. Knape Apple? X jugak.. Dlu lepas iphone 2 ade pakai blackberry gak. Lupa nama die. 2 bijik gak la upgred. Last bold2. Lepas tu tujaq iPhone balik. Iphone 4. Sampai la la ni. 

Awat tak pakai android? Palang or anti android ka? Dak aih.. Ok je. Tp belom terfikir nak lari dr ios lagik. Nanti2 lah.   

2 hari pakai i6 ni apa komen? Bole bend????? LOL. 1st tgk vid share dorg kat fb tu ku dh tau tinggi rendah kebenaran nya. Lgpon ko ckp la apa pon.. Takat ni mmg aku ske je igadget ni. Cuma aku ni kan pembeli yg agk bijak and berkira. Aku tak la beli tanpa fikir or asal ade je nak. Sakai nama nye tu. Aku beli i6 ni pon sbb i4 aku dah start buat hal. Sebab tu masa kua i5 aku lansung tak teruja and sgt penyabar utk tunggu i6. Rasa x byk beza sgt i4 and i5. I6 ni yes. Baru la rase umphh kat situ dak? Tp apa2 pon klu terlebih duit n nak beli every keluatan I pon terpulang uols. Hak msing2. 

Cuma aku tak phm pengutuk tegar Apple. Korang kenapa weh?! Asal kua benda baru dr ios or Apple matik kna kutok. Klu korg kua benda baru elok je lovers diam. Siap jaja sana sni. Alalalalala so cute perangai. Well nampak dah kan dua2 fans ni cmne org nye? Huhu. 

Tapi aku tak la bias. Nampak la sejak matinya si SJ tu nampk haruk sne sni sket jadi nye. Mcm dlu kata xnk bsr2. Now dah bsr. Which is aku suka plk bsr2. Well 'people change' dak? Normal la tuw. Dah tu ios8 ni agak terkejut sikit. But ok je dalam beberapa minggu ios8.0.2 sudah ada. So settle dah la masalah2 tu.

Btw lg skalik, 1 hari aku akan pakai gak android. Lansung x palang android. InyaAllah 1 day. 

Well.. This is it. 

Ade rasa nak? Pm gue. Member gue juai. 

Thursday, September 25, 2014

Pengalam setahun pakai Stokke Xplory V3


Alhamdulillah. Hampir setahun sebenarnya. Tapi saja nak gempak kan tajuk. Ahaks. Hoi setahun la dah kot. Sarah pon dah stahun sbulah dah. Awal2 pon pakai buzz.. Ah gasak kat situ.

Menyesal? Tak best? Makin ditinggal2 kan? 

TIDAK SAMA SEKALI.

Alhamdulillah. Memang bermanfaat sampai sekarang. Memang kami ada beli yang senang bawak kulu kilir iaitu babyzen yoyo. TAPI nak cerita selesa mesti lah yang Stokke ni. Tak tau la cemana nak gambar kan. Memang senang cita berbaloi setiap sen. Firm. Comfort. Sarah nampak jauh lebih selesa dalam Stokke ni berbanding Yoyo. Tapi 1 je la. Gedabak. Tapi kalau kami keluar laki bini, most of the time memang kami angkut stokke ni. Sebab anak dan parents slesa. Tapi kalau aku sorang aku bwk yoyo. Memang yoyo tuh untuk aku sorang bwk anak. Somi koje.

And guess what sampai sekarang aku tatau cemana nak fold Stokke ni. Ahaks.Semua hubby yang buat. Yoyo tuh aku petik jari sajo dah pakar.


Yoyo ni memang sebab dia paling kecik bila fold je aku minat. Sbb senang. Sgt senang dibawa kesana kemari. Tapi keselesaan kurang la. Itu semua normal kan? Mana ada benda perfect dlm dunia nih. Fair n square la kan. Material dia pon agak kasar. And bila letak anak aku dalam ni dia selalu melongsot kebawah. Nanti lepas beberapa minit dibetolkan die kebawah balik. Iyan anak mami. Cuma kalau nak ok sikit recline la bagi dia baring. Tapi bdk2 nak ke baring selalu? Yang tegak pon dia tak cukop nak tegak lagi, ini kan nak baringkan. Tapi kadang2 Sarah ok. Anak yg mendengar kata insyaALLAH. Or maybe bole carik padding yang brand2 lain kat luar sana. Aku ada pading tuh tapi lupa nak cuba. Later mami tgk how k manja?

So overall berbaloi sgt2. Syukur alhamdulillah..

Wednesday, September 24, 2014

TIPS : Puasa untuk ibu2 BF


Ye aku tau macam dah basi nak cerita. Tapi aku tak kira. Nak gak cerita buat tatapan aku nanti2. Lagi pon aku berharap untuk setle kan sebulan puasa dulu baru cerita tips ni. Takot la belom apa2 dah cerita kang tak lepas plak, setengah jalan jadiknya. Nauzubillah. Ini dah nak masuk raya haji dah. Meh aku nak cita

Masa aawal2 memang cuak je. Sbb bf kan? Aku ni susu tak la cemerlang mana. Memang tak dan nak pam. memang tak banyak kalau pam. And jarang2 sekali berlaku bengkak susu tuh. Hanya bersaiz biasa aja. Macam tak bf. Tapi dah kata rezeki ALLAH itu ada dan tetap, apa kamu nak pertikaikan? Ye dak? Rezeki Sarah full bf bolat dgn jaya nya rezeki dr Allah. Kalau silap2 lah dengar kata2 org kiri kanan, memang dah tak dapat teruskan mcm sekarang ni. 'bagi je la fm, tak byk susu ko.. lapar bdk tuh' nangis2 lah nak teruskan. Sebab tatau direct feed banyak rupanya susu. Sebab bila pam x keluar. So sila jangan pertikankan direct feed. Phew! Thanks ALLAH.

So bila nak puasa ni aku risau2 lah. Sbab kita tak makan tak minum. Tenaga aku no 2. Tapi cemana nak hasil kan susu? 3-4hari pertama bulan puasa aku hampir tumbang. Sebabnya terasa tak ada. Sarah macam tak puas. And if tekan pon takda. Selalu ada. Aku tak putus2 berdoa. Mintak tlg suami dan ibu doakan utk aku. Alhamdulillah ALLAH bagi jalan.



Lepas berbuka sampai sahur aku akan pastikan habis minum 1.5L air mineral or zam2 dicampurkan sekali. And Buah Kurma. Buah kurma masa buka. Buah kurma masa supper. Buah kurma masa sahur dan nasi la for sure. Jangan sesekali lupa akan buah kurma dan air mineral. Perot buncit? Kembong? Byk kencing.. lantak la kat situ. Untuk anak dan suami pon bg idea. Alhamdulillah sangat sangat sangat berkesan.

Bukan saja berkesan malah sampai bengkak2 susu kalau Sarah lambat minum waktu siang. MasyaALLAH nikmat kejadian mu Ya ALLAH. Bole bertukar saiz? Hari2 biasa takde plak, padahal makan n minum macam2. Pdhal badan kuat n penuh tenaga berbanding puasa. Nampak tak nikmat ALLAH tu tak de tandingan. Huhuhuhu sayu.. Hiba..

Alhamdulillah memang dari mengandung kan Sarah aku memang tak putos2 beli mineral ni. RM8 untuk 12 btl 1.5L. Alhamdulillah.. Murah dah sihat.

Terima kasih ALLAH, suami dan ibu.

Panic attack.. Release.

Monday, September 22, 2014

Homemade Chicken Nugget


Nugget ayam utk sikecik. Buat mkn ptg. Resepi?

Nugget Ayam Tauhu

Recommended for 10mo ke atas 
**RESEPI MENGANDUNGI TELUR**

sumber resepi: rancangan masakan jepun

bahan:
-2 keping daging boneless (bahagian peha atau dada)
*total berat sekitar 400g
-75g tauhu lembut
-1cawan serbuk roti
-1/2 telur (dikocok tlebih dahulu)
-sedikit lada sulah/garam (optional)

utk balut:
1 biji telur + 1/2 biji telur (lebihan td)
breadcrumbs

cara:
1. buang semua kulit dan lemak di ayam. bersihkan dan potong kecil2. blend isi ayam hingga hancur. jika guna blender biasa (mcm saya), blend sikit2.
2. masukkan isi ayam hancur tadi dlm bekas besar, campur tauhu, dan lada sulah/garam (jika guna for 1yo keatas).gaul hingga sebati.
3. kemudian baru masukkan telur dan breadcrumbs dan gaul lagi hingga sebati.
4. bole la bentukkan ikut citarasa masing2. sy buat square and bulat je.
5. celup ngan telur dan golek2 dlm breadcrumbs.
6. panaskan minyak, bila minyak dh panas kecilkan api dan goreng nugget hingga keemasan (api perlahan supaya isi nugget masak sempurna).
7. lebihan bole disimpan dlm sejuk beku (freezer) sbgai stok di saat2 kemalasan melanda. hehehe 

*sekiranya anak masih belum OK ngan telur, simply elakkan telur cuma gantikan ngan air. utk coating pun guna air (spray) then golek dlm breadcrumbs.
*resepi ni sekarang favourite ahli rumah kerana rangup kat luar, dan sangat juicy kat dlm. mcm nugget kt malaysia plak.hihi
*agak penat sbb buat sendiri proses ni, tp bbaloi bila tgk anak mkn dgn bselera ..kepuasan buat sendiri - terjamin keselamatan dan bersih bahan2 yg kita gunakan

Sunday, September 21, 2014

Sarah menulis


Tak de sapa ngajo. Amik pen. Amik kertas, tulis. MasyaAllah.. Smoga manfaat ye nak?