Memang dari awal sebelum pregnant pon aku memang merisau je badan aku yang mantap sgt nih. LOL. Cemana la rupa agaknya kalau aku mengandung sampai tahap 9 bulan nanti. Lagi2 banyak tengok pengalaman kawan2, blogger2 atau sesiapa ja lah semua badan naik bagai kan juara. Paling2 20kg. Hamboih, badan kerengga memang tak da hal la nak naik 20kgs. Tang aku ni nak naik 20kgs? Waaduhhhh.. Bikin ribut. And again syukur dapat suami yang sangat supportive. And positif. And sebenar2nya positif suami tuh lah yang membuatkan aku lagi kuat untuk mencarik jalan untuk tidak makan makan makan.. Ye dak? LOL. Tricks.
1st Trimester memang aku layan je nak makan apa. Walaupon risau akan badan menggembol, aku lagi risaukan kesihatan baby dalam perut ni kalau tak cukop makan plak kan? Biar aku tak cantik, jangan baby yang tak sihat. Tapi dalam pada tuh aku ada tanya gynae, perlu ke makan for two? Jawapan gynae TAK PERLU yaaaa..? Dua orang gynae aku tanya. Sorang lagi tuh bukan aku tanya pon. Dia je yang advice, "baby dalam perut tak pa kalau kurus sikit, nanti dah keluar bagi la dia makan banyak2". Sinis bukan kenyataan doc ituh? Tawar je dengo. Tak pa lah. Yang penting motip yang nak disampaikan aku paham. So since dah 2 gynae cakap macam tuh. Aku pon cekal la untuk jaga makan. Dari awal2 aku bantai makan konon tkot baby tak cukop zat. Rupa2nya bukan begitu ya? Dan terus kan google please. Banyak kan membaca. Yang penting adalah makanan berzat dan jangan skip jadual makan yang penting. Paling2 breakfast jangan sesekali skip. Banyak keburukan skip bfast ni. Kalau nak cepat pon please la bawak susu or roti dalam handbag. Ringan tapi berkhasiat. Sampai tengahari bantai la nasi 1 pinggan. And dinner awal dlm pukul 6pm. Settle. Malam kalau lapar aku bantai lagi susu and buah2an. Susu dutch lady low fat tuh memang disarankan 2 kotak sehari baru bagus. Katenyeh!
Alhamdulillah apa yang aku amal kan menjadi. Perut yang sensitip terhadap pedas, masam dan berempah tu pon sebenarnya banyak membantu aku. Ye la jadi 1 hal plak kan kalau makan lebih2. So aku makan so so je la. Janji kenyang n tak sakit. Alhamdulillah terancang kan segala perancangan ALLAH. Terjawab. Kalau tak diduga dgn perut memulas tuh mahu je aku bantai makan semua. Memang tak dapat la nak maintain kan berat badan dan kesihatan baby n diri ni. Nauzubillah.
So berat aku memang sama macam sebelum ni. Ada la naik, tapi selang beberapa minggu turun mendadak balik. Pastu naik, pastu turun balik. Tak lari jauh. Syukur pada mu Ya ALLAH. Allah maha mendengar.
Kenapa beriya sangat tak nak badan naik? Over kan aku? Beriye2 sangat! Redha je lah. Huhuhuhu.
Bukan la tak nak redha, tapi kita setiap insan kan perlu ada usaha dan tawakal. Mana datang nya nak tawakal tanpa usaha? X jadik kalau gitu. Walaupon usaha nya ciput je, tapi seiring dengan doa apa salahnya. Allah tu maha mendengar.
Dengan kesihatan sedia kala yang tak berapa sihat ni, buat aku lebih gerun kalau berat badan makin naik. Bayangkan lah apa nak jadi kalau berat aku ni naik minima lagi 20kgs? Buruk tuh belakang cerita. Tapi yang penting kesihatan bayi. Mampu ke aku bawak berat badan mcm tuh tanpa ada rasa sakit n lelah atau effect apa2 ke atas diriku dan baby? Nauzubillah. Macam aku cakap la, bukan tak redha kalau tertulis dah nak jadi mcm tuh, tapi kena la ada usaha sikit utk perubahan. Dah terang lagi bersuluh badan dah sedia besar, tak reti2? Huhuhuhuhuhu.. Memang berdoa sangat pada ALLAH agar kesihatan aku boleh steady sehingga ke penghujung. Alhamdulillah dengan izin Allah sehingga hari ni(1minggu lagi nak 9mos) aku masih boleh tersenyum and bercita2 untuk mengandung lagi tahun depan. Yeahhoooo..! Over x? Takpa lah. Zuriat itu rezeki DIA. Pemberian DIA. Kalau ada, dengan hati terbuka aku memegang amanah itu, insyaALLAH. Berat baby pon cantik dan meningkat dengan jayanya tanpa menglemakkan mumynya. Terima kasih Allah.
Kenyataan ni bukan nak meninggi diri. Nak sebut and cerita pon rasa serba salah pada awalnya. Takot ada yang kata aku eksen or apa2 je lah yang tak baik. Bukan mcm tuu k.. Aku memang ikhlas nak kongsi cerita dan pengalaman plus size macam aku ni utk terus mudah dalam waktu kehamilannya. Bukan usaha semata, tapi kehendak ALLAH sebenarnya. Kat sini nak cerita sama2 kita berusaha dan doa, baru jadi. Tapi tak tentu jugak, kadang2 ALLAH tak bagi apa yang kita nak, sbb x smua yang kita nak tuh terbaik buat kita kan? Jadi berpada2 dan beringat2 lah. Jangan sesekali tidak mempercayai DIA. :) Tak plak aku mengata pada sesiapa yang dah cuba sedaya upaya serta doa tapi masih sakit dan tak larat tuh tak mempercayai Allah. Masing2 ada dugaan masing2. Tak semestinya nampak mudah tu bererti tidak diduga, rasanya perit dan dugaan biarlah kita simpan. Kita share yang happy2 je k?
Selain bab2 kesihatan makanan ni aku ada la jugak terikot2, tergoogle2 penjagaan lain. Ecewah. Padahal sebelum ni tak ada pon. Tapi camtu lah kan hidup. Dah meningkat umur ni mahu jugak la terikot tuh. Lagi2 urat2 bakal terputus nanti. Bayangkanlah effect nya kalau tak dijaga rapi. Bkn benda main2..
Earth Mama <3 Angel Baby
Ape guna minyak ni? Memang buta2 aku dapat info dari blogger. Dr Halina. Bukan calang2 blogger ye tak aku follow? Hahahahahah tak hengat punya idola. Hahahaha adeh. Blasah la. Ni semua nak senang cerita punya cerita. Dah la duduk kat Seremban, ceruk nak dapat kan barang2 yg bagus, adik bradik lain dah la dah tua, lama tak membuyongkan diri. Kawan plak seketul je yang pregnant sama. Pon sengal2 ketam sama gak dengan aku. Mana la lagi yang mudah kalau bukan blogger yang influence kan? Memang mahal sikit la. Tapi BAGUS. Aku list kan beberapa benda dan terus beli sekali harung di KL. Ni aku beli di Bebe Haus Bangsar. Sekali usha2 baby stroller. Ahaks. Memula pakai sikit, sebab mahal. LOL. Bukan la berkira sangat, tapi sebenar2nya kalau habis malas aku haih nak p bangsar lagik dengan jadual kerja suami tak menentu. Heh. Tapi memang berbaloi2. Aku pakai dari 3 bulan sampai sekarang dah stop. Hahahahaha. Aku pon tak sure kenapa aku stop. Adakah aku angkuh sebab tak da stretch mark lansung atau pon minyak ni memang mujarab sehinggakan aku tiada stretch mark? So hanya ALLAH yang tahu. Selain tuh buat massage pon sedap gak cuma dia mahal skit la. Takot tak mampu nak gosok tanpa sebab. Huhuhuuhu. Untuk 120ml ni harga nya RM120 di Bebe Haus Bangsar. Ada yang kecik sket tak silap aku. Tapi macam tak berbaloi yang kecik tuh. Lagi mahal kot.
Bersalin & Pantang set from Tanamera
Haaa kali ni bukan terikot2 or influence by mana2 blogger wow! Ini laki aku yang rekemen. LOL. Dari mana? Biarlah rahsia. Alhamdulillah pilihan dia sentiasa bijak. Dia suggest, kami google dan terus beli. Beli set tanamera ni since 7.5bulan kot. Itu pon tak sedar2 lagi kena beli awal. Ingat kan nak bersalin baru kena beli, sekali baca 1 by 1 baru sedar kena pakai seawal 7 bulan mengandung. Untuk memudahkan bersalin. Baca review orang dan kawan2 dengan usaha yang diizikan Allah ni ramai yang tak koyak bawah tuh bila bersalin normal. Lansung tak berjahit. Alhamdulillah kalau dapat rezeki mcm tuh. And again, why not kita cuba dan berusaha. So dari beli kena la rajin pakai dgn cara penggunaan yang betul. InsyaALLAH. Aku beli ni kat agent Tanamera sendiri, dari Serdang. Google je. Cuma set ni susah nak jumpa bersepah2 di kedai jamu macam set2 yang lain. Dia betul2 ada dijual pada agent2 dia je. So aku buat COD. 1 set ni RM360. Ada la free scrub and apa tah lagi, lupa. Tapi macam scrub tuh pon aku beli lebih, dah pakai awal2 untuk hilang kan kesan2 daki hitam kat badan. Ramai yang cakap sabun tuh berkesan. Alhamdulillah memang ada perbezaan dan sedap la pakai. Kasar2 scrub nye. Aku suka. Kalau nak contact num agent sila komen n ask me ek?
Alhamdulillah dengan izin Allah kesihatan aku sehingga ke hari ni baik2 belaka. Ikot check up dengan betul. Minum air gula 2x, amik darah, amik jab segala semua nya teratur dan seperti dirancang. Resultnya pon syukur alhamdulillah. Berat badan maintain dan pernah turun agak banyak sehinggakan gynae ask aku mkn macam biasa semula. Pulak dah! Dia plak risau. Tapi bila scan baby berat naik macam biasa, alhamdulillah.. Tak perlu naikkan berat badan mumy. So ciau.
No comments:
Post a Comment