Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Friday, August 16, 2013

Shopping

Kalau sebut pasal shopping semua bakal ibu suka kan? Tak kira la bakal ibu ke, bakal bini ke, bakal kering tengah bulan ke, semua suka shopping. Tak de kesedaran gak lagi tuh walaupon tahu semua benda sekarang ni mahei. Ahaks. Tapi untuk kali ni memang lain dari yang lain. Tak boleh tidak untuk tidak meng shopping barang2 baby. Bukan selalu. Malah ditunggu2 lagi ada lah bagi ibu2 membuyong cam kami ni. Semua excited, semua nak yang terbaik buat anak2 dan zuriat. Betul tak? Asal kan tak tersasar, ikot korang lah nak berbelanja macam mana. Besar duitnya besar lah belanja nya. Tak semestinya membazir. Bersangka baik. Ye dak?

For us aku start shopping barang baby start 7 bulan setengah. Itu pon slow2 je. Hanya berserah pada Ilahi. Kalau boleh lambat, nak lambat lagi. Bukan la tak excited, gile ke x excited? Cuma risau buat persiapan awal2 sangat nih. Tapi banyak kan berdoa, banyak kan dengar nasihat dari suami dan ibu, akhirnya aku jadi super excited plak. LOL. Perasaan takot2 tuh semua orang ada, lagi2 aku yang dah beberapa kali keguguran. Tapi aku jugak kena fikir sepositif mungkin, sebab masa pon dah tiba. Bukan terlebih awal pon, jika dibiarkan lagi bila plak aku nak start membeli? Silap2 nanti tak larat. Adan uke aku gak nanti. Kan?

So begitu begini kami decide beli sekali harung. Tak la harung mana sangat. Banyak beli betul2 keperluan je dari kehendak. Walaupon keperluan tu comel2 terlebih. Ahaks. Kami decide ke KLCC je, check in sekitar KL untuk 2 malam, sakan melepet la kami berpusing keliling klcc and The Garden. Settle. Tak sia2 plan kami. Kumpol duit dari awal dan beli sekali harung.


Banyak kaler cuak2 kan? Haha masa ni masih ragu2 baby apa. Tak kesah apa2 pon. Tapi tidak la aku mahu kalau lelaki baby aku terpaksa pakai pink plak. Biar girl pakai biru. Ye dak? Walaupon baby tak tahu apa2, tapi tah, x mo lah.  


Mothercare KLCC

Alhamdulillah nak dijadikan cerita date yang kami plan tu plak Mothercare memang tengah sales gila. Summer sales gitu. Banyak la baju2 pon sesuai untuk anak Malaysia ni kan. Macam bathtub ni aku dapat offer brapa puluh je dari beratus2 ringgit. Aku pon tatau la ape pasal mahal sangat. FYI bukan la jenama sangat pon nak di endah kan. Tapi memang benda alah ni mahal. Kalau korang selalu survey korang tau la kot. Even Parkson pon sampai 200+. Haih dasyat betul. Hampir2 aku nak beli yang kat kedai plastik tuh. Haha. Tapi laki aku tidak memberi. Hahahhahahahhaahaaa.. Sian anak mak. 

Untuk baju2 memang plan asal aku nak beli yang lengan2 pendek je smua. Ade la sebutir dua lengan panjang sebab panas kan? Dah tuh nak bedung lagi dengan napkin segala. Sian anak berpoloh2 nanti. Melainkan yang sebutir dua lengan panjang tuh IF kami plan nak check in kat mana2 nanti. Hamboih planning bukan main ye dak? Tak salah kot. Aha. Yang lain2 kami tak beli. Semua beli betul2 newborn and 12mos ke bawah. Yang cantik2 berangan lebih tunggu baby dah lahir, mumy dah habis pantang, kita shopping k anak?


Burt Bee's The Garden

Untuk baby skin care plak aku memilih Burt Bees, memang betul2 aku follow beberapa blogger and terus choose this product selain buat servay la sket kat net. Apa lagi barang2 yang almost 100% natural sekarang ni? Malas nak pusing kepala, malas nak google lebih2 beli je apa yang banyak review positive. Kan senang? Nak try pon baby nye belom keluar ye dak? Tutup mata saja and berharap ia sesuai dengan anak. InsyaALLAH. Ni pon ada 1-2 product yang aku nak tapi dah habis. Siap kena waiting list plak and kena tunggu plak seminggu dua. Da tuh nak datang balik? Oh malas. Aku dah kata aku nak beli semua dalam masa aku menetap 2 malam je kat KL ni. Dah balik nanti malas dah aku nak ulang alik. So beli je apa yang ada. Lagi pon rasanya ni pon dah cukop.

Semua plan settle kami pon pulang dengan jayanya. Alhamdulillah semua dapat. Asal ko datang bawak duit dapat la kan? Cume datang bawak air liur? Haih duittt duittt...!

Apa yang jayanya dalam plan KL ni hanya setengah je kot dari keseluruhan list kami. Iaitu betul2 barang yang kami wajib beli yang tak dijual di seremban. Sedih kan seremban? Hahahhaha.. Macam pampers, ciktot ciktit segala tuh ada je kat Seremban nuh jual. Lagipon tak la jauh sangat Seremban KL ni tapi dek nak ulang alik dengan memerut ni, keje plak lagi, rasanya baik la plan betul2 mcm yang kami plan ni kan? List betul2, plan betul2 then settle. Lepas tuh baru hunting barang2 di Seremban plak. Baru la nampak terurus skit hidup.

Lepas settle di kl baru lah kami chill2 beli barang sekitar Seremban plak. Kalau2 incase dah terberanak awal aku dah tunjuk kat hubby mana2 barang nya yang patut di grab. Dan alhamdulillah aku amat bersyukur dgn rezeki pemberian Allah yang 1 ni pada aku, iaitu suami yang sangat2 suami. Alhamdulillah.


Haaaa tak banyak kan? Tak banyak kan? Kat sini termasuk lah baju dari FOS, Mothercare, H&M. 

Sampai ke hari ni ada beberapa lagi barang yang tak berapa nak penting yang kami belum beli. Tak penting dari segi masa kot. Means, belom masa nya lagik. Tunggu dah keluar nanti baru beli. Selain benda tuh mahal, nak kumpul duit lagik sekali then baru beli. Contoh barang mcm breast pump, stroller.. Itu tunggu nanti ok?

Deco bilik plak aku celaru. Haha. Sekarang ni memang totally kami duduk rumah mak yang tak jauh dari rumah kami. Masuk 8 bulan memang tak pernah dah aku tido situ. Memang tido rumah mak je. Hubby pon alu2kan. Dia tak mo aku susah2 masak segala. Mana la susah nye kan? Selagi bahagia tengok suami telan satu2 nasi air tangan kita. Tapi bila hubby bentang kan plan dia, aku akur kan saja. Aha. So bila dah kira 101% lepak rumah mak ni aku jadi tak tentu la nak deco bilik anak. Penyudahnya kami deco bilik kami di rmh mak je. Deco nya tak la sangat pon. Cuma beli kan almari baby untuk baju2 dia yang dah siap dibasuh rapi. Baby cot plak recycle je yang ada melambak kat rmh mak tuh. Berapa ramai plak anak2 buah aku yang dah dara2 kan? Ikot kan aku memang tak mo baby cot, lagi2 pakai sekadar dalam pantang nanti je. Tapi dah mak siap bukak kan baby cot yang sempurna kat dalam store tuh. Kami akur kan je la. Lagipon nak bagi nampak semangat bilik tuh jadi comey. Hehehe. Suami pon pasang kan.

So bilik kami rumah mak ni dah ready la jugak. Dah siap basuh and rendam curtain kami, cuci habuk2 bilik. Baby cot, almari comey. Tilam2 segala. InsyaALLAH. Yang kami mati akal ni rumah kami ni cemana nanti ni? Haha dah habis pantang nanti for sure nak balik rumah sendiri? Takda 1 pon barang baby kat rumah tu. Yang lagi bestnya kami plak bakal pindah rumah baru nanti. Itu lagi la kelam kelibut. Tapi takpa. Pelan2 kayuh. So untuk sementara waktu ni kita bagi fullblast kat rumah wan ye nak? InsyaALLAH.

No comments: