Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Friday, August 16, 2013

Pemakanan

Masuk bab pemakanan ni macam2 la nak cerita. TAPI alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, aku tak da nak mengidam yang bukan2 or minta yang bukan2 pada suami(setakat ini insyaALLAH). Semua aku bedal je. Cuma pada n3 lepas ada la aku cerita sikit sebanyak ragam perut ku yang tak menahan pada pemakanan2 biasa. Contoh macam masam2, pekat2, pedas2.. Kalau silap aku akan diserang gastrik or cirit birit yang terok. Tapi bersyukur boleh makan nasi putih, telor and kicap. Layan wooooooooo.. Tapi apa2 pon ragam2 comel tuh tak lama. Masuk T3 tuh perut beransur selesa. Alhamdulillah.

Meh nak cerita apa tabiat2 pemakanan aku sepanjang pregnancy kali ni..




Susu
Untuk susu awalnya memang aku ada try anmum chocolate, sedap la. Tapi malas kot nak layan. So dah bincang dengan gynae, sepakat... aku pon layan la susu dutch lady kotak kecik2 tuh. Low fat ye? Ahaks. Kenapa tak amik anmum? Sebab pada aku leceh la nak bancuh2. Nak ada air2 panas. Plus yang penting aku risau susu tuh boleh naik kan darah n kegemokan (google) ku yang dah sedia ada ni. Aku dah la memang takot akan kegemokan bertambah. So segala vitamin dan kebaikan yang ada dalam susu ibu, memang dah ada dalam ubat/vitamin yang aku consume dr awal yg diberi oleh doc. Cuma tambahan kalsium yang ada pada susu biasa je aku perlu. Iaitu sedia ada pada susu dutch lady biasa tuh. Siap low fat, high kalsium. Ye ke tidak kesohihannya itu? Kita tawakal la. huhu. Alhamdulillah dari awal memang aku amik susu ni memang mengenyangkan perut yang sentiasa lapar. Kalau time free tuh gatal perut nak mengunyah, sila songlap 1 n minum, confirm sebu perut ni. Alhamdulillah kenyang. Tapi meals yang penting jgn sesekali ngelat. Sian baby tak cukop zat nanti. Walaupon tak pernah suka susu putih ni, tapi tak la dasyat sangat rasa dia. Untuk kebaikan anak, aku sanggop apa saja. InsyaALLAH. 1 set of 6s kat market RM7.50-RM9. Terpulang la uols nak servay kat mana. Kalau merayau sakan dgn hubby, sekurang2nya ada 3 kotak susu ni dalam handbag, dalam kereta. Jangan dibiarkan berpanas plak ya dalam kereta. Tak elok.




Mineral Water
Kelassssssssss tak air putih aku? Hahahahhahahha ini mengada2 ke suratan? Rihanna sangat kan? Hampes je kawan aku kutok aku Rihanna bila tgk aku bedal air ni. Bukan la nak Rihanna sangat. Tapi perut aku ni kan manja2 sensitip? Kang kot2 kotor ke apa ke kan susah? Lagi plak air2 ni jual gile murah, senang dibawak kemana2 since kami ni kesana kesini kan? So memang tak putus2 la hubby ku belikan air ni. Sekali beli 2-3dozen. Sehari aku minum atleast 1 botol 1.5L tuh. Memang terror la kan drp before ni pandang pon idak. Tapi kalau sebenar2nya kene 3L. Huhuhuhuh semput acik weih. Takpe lah. Pelan2 try ek? So air ni pon kalau jalan jauh2, dating dengan hubby mesti ada dalam pelukan aku dalam kereta. Pon sama jugak macam susu, jangan biarkan air ni lama2 sangat berpanas dalam kereta ya? Tak elok. Selalu2 lah habis kan n buang. Untuk 1 dozen 1.5L ni RM10 je. Hehehhehe 1 botol besar tak sampai RM1. Gila murah kan? So apa salahnya? Dekat dan mudah plak nak dapatkan. Da la tuh boleh menggalakkan suami minum air putih jugek ;p



Nestum
Aku bukan penggemar 3 in 1 segala nih. Tapi dek kan nak senang n kenyang, aku try la nestum ni. So far ok la. Tapi cam biasa la 3 in 1 ni bukan nye boleh bajet sedap pon. Tawar je. And ade dengo2 tak berapa sihat sbb kandungan lemak dia terlalu tinggi walaupon tak berapa nak manis drp kita bancuh sendiri. Tapi kalau jarang2 minum tak pa. So since mengandung aku bantai ni kalau malam2 lapar sangat2. Or perut rasa tak sedap walaupon selepas minum susu panas. Benda alah ni amat melegakan selain cepat dan ringan kandungan dia kalau nak dibayangkan dengan nasi berlauk lah! Huhuhuhu. Sampai sekarang masih amik kalau lapo malam2..



Yogurt Drinks / Orange
Macam kat n3 lepas pon aku ade stated kan peel pregnant aku yang 1 ni. Iaitu sembelit. Memang pancaroba and sinetron habis kalau desakan yang 1 ni melanda. Selain sedap, yogurt drink ni pon berlipat gak lemak dia, so hati2 la minum. Dah la sekali start susah nak stop. Mau aku lesap kan sebotol tuh skali minum. Selain yogurt drinks ni terlalu sedap dan membahayakan aku (berlemak) aku selalu beli limau. Ye buah limau orange tuh. Ada 1 kedai berhampiran rumah ku jual. RM10 untuk 6 bijik. Besar2 n sangat manis. Selalu aku makan sebijik sehari waktu petang. Memang mujarab sangat pada aku. Kalau tak amik, mula la nak mengeras. Tapi yang tak best nya sekarang ni limau tuh dah tak de musim ahpek tuh cakap. Limau murah and kecik2 size biasa tuh ada la. Alahai, ada cuba tapi tak jalan. So nak tak nak terpaksa la aku layan bliss yg maha sedap and bahaya nih. Tapi pelan2 la.. Harap sgt tak de apa2 effect atas kemanisan dan kelazatannya. Amin.



Kurma / Kurma Nabi
Kurma2 ni ada la aku putus2 makan, sebab susah nak carik. Lagi2 kurma nabi yang harga nya agak tinggi. Yang kurma biasa pon macam sebelum puasa pon agak sukar la nak carik kan? So tak la mcm yang lain2 tak putus2 aku makan. Kurma ni siapa2 pon tahu banyak zat nya. Manis, lemak dia smua membawa kepada kebaikan. Takda lansung keburukan dia. Lagi pon ia 1 sunnah. Tak perlu la cerita apa faedah ikot sunnah ni kan? Sendiri tahu lah. Kalau malam2 mata celik tuh sila makan 1-2 ulas kurma dengan susu. Syahdu..
Kurma Nabi beli half kg dalam RM100+ kalau nak sila komen and aku akan pas num pakcik tuh kat uols. InsyaALLAH.






Ubat ubatan
Ni la dia ubat2an yang aku setia consume dari pregnant 3 bulan lagi. Awal2 pregnant doc bagi duphaston untuk kuat kan rahim and folic acid yang biasa tuh. Agak2 dah masuk 3-4bulan upgrade ke ubat2 ni plak. And terus stop la folic acid and duphaston. Alhamdulillah so far tak pernah lagi kot missed makan ubat ni. Setia menconsume demi kebaikan bersama. InsyaALLAH. Kita merancang, ALLAH yang menentukan.


Yang lain2 maacam biasa lah. Pantang kuat jugak. Bukan sebab terlalu percaya dgn orang2 tua tapi dah terkena batang hidung ni baru tahu apa rasa? So dari menyusahkan diri, baik la aku berpantang yang  mana boleh tuh. Cuma hujung2 ni perut makin tahan lasak. Boleh dah slow makan macam2. Alhamdulillah. Semua nya try and error and banyak berserah serta berusaha demi kebaikan. Kalau main blasah je and 'ah lantak lah' pon tak boleh jugak kan? Nauzubillah. Nak jadi ibu pon perangai leklok sket ek? Huhuhuhuhu..

Nanti next entry cerita kesihatan plak. insyaALLAH

No comments: