Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Friday, July 26, 2013

Perot

Alhamdulillah semua berjalan lancar, harap2 semua dipermudahkan olehNYA. Excited? Tipu la kalau tak rasa excited kan? Nak excited sangat pon takot jugak. Tapi kita berserah dan percaya pada kejadian DIA, insyaALLAH.

Trimester I
Masa awal2 T1 memang sakan sikit, hati2 sangat. Ada bleeding 2x dan terus dikejarkan ke hosp, alhamdulillah dapat jab kuatkan rahim dan semua ok semula. Untuk T1 ramai kawan2 yang alami muntah2 yang teruk kan? Alhamdulillah aku ada gak rasa tapi tak teruk. Ada la 3-4x kot diserang muntah2. Alhamdulillah ada jugak rasa kan? Rugi if tak rasa ;) Cuma baru2 tuh aku dilanda gastrik dan cirit birit. Memang itu la ragam perut aku senang sangat melekat dgn 2 penyakit ni. Jadi tak da la susah sangat nak control, cuma tak boleh makan mcm org mengandung biasa. Kena berpantang kau2. Kalau tidak memulas. Memulas utk diri sendiri aku tak kesah, cuma aku risau baby effect so aku larat kan untuk berpantang beberapa ketika. Alhamdulillah aku berjaya. (3bln sebelum pregnant dan selepas pregnant aku tak minum ice. Sebelum pregnant pon aku OFF terus minum coke!)

Trimester II
Masuk T2 aku masih menjaga makan. Tipu la kalau kata semangat aku kuat, tak kuat mana. Ada jugak terlepas2. Lagi2 kalau lepak rumah mak. Pedas tak leh masuk lansung kat perot. Kat tekak ni nak saje ape2 pon. Tapi demi kandungan aku tahan. Kalau terlepas sikit2 tuh memang kauuu la aku berlipat sakit perot bila malam nya nanti. Senang cerita aku makan nasi putih dengan telur mata je la. Or nak variety sikit goreng ikan or ayam kunyit bodo2 tuh. Alhamdulillah syukur. Sedap tuh. Or else sup2. Iyye makan mcam suap budak2 tuh. Nasib baik la aku ni jenis telan semua. Untuk T2 pon masiha da saki baki aku kena jaga makan. Sampai la bulan ke 4 nak masuk 5. Baru aku boleh bedal sket. Itu pon sikit. Sampai ke hari ni (32wks) aku masih tak boleh bedal benda terlalu pedas, masam or any benda pekat2. Nanti die krokkk krekkk krookk kreeek. Selain jaga makan, T2 ni aku ada la sembelit pon. Cuma amik ubat je kat kpj, dgn izin Allah baik la dia.

Trimester III
Masuk T3 dah makin excited nak tengok perot membesar. Mula2 tak sabar. Tak tahu la kenapa perut ni slow sikit nak naik. Maybe sebab aku dah sedia besar, so bila dia membesar ni tak la nampak sangat. Sebab lemak dah sedia ada kan? huhuhuhu. Tapi lama2 bagai kan juara jugak dia membesar. Alhamdulillah. Macam tak percaya plak aku dapat rasa semua nih. Terima kasih ALLAH. T3 semua perjalanan ini semakin lancar. Tak la mcm T1 and T2. Memang ramai ibu2 diluar tuh selesa pd kandungan T2. Tapi aku plak selesa pada T3. Mungkin ni masih di tahap baru masuk T3 kot. Suspen plak rasanya. Kita mintak yang baik2 yek? InsyaALLAH.


5 bulan


6 bulan


7 bulan


And latest beberapa hari nak masuk 8bulan.

Ni diantara komen rakan2 yang baru tahu tentang kewujudan insan bernyawa dalam rahim ku ini. Tak ramai yang tahu. Close friend and family members sajo. Ada la 4-5org yang dapat agak. And u guys sangat positive. Thank you so much. Hanya ALLAH sj yang dapat membalas doa2 dan niat2 baik korang. Tqs.




Masalah berat? Alhamdulillah setakat ini aku jaga berat ku betul2 supaya tak naik mendadak. Jaga makan dan minum. Demi anak dalam perut. Dah la kegemokan, kalau tak jaga aku takut plak la kan? Cuba berhati2 dan berjaga2.. Yang penting usaha. Lain2 kita berserah. :)



8.5 bulan

No comments: