Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Monday, March 31, 2014

Sarah!!!!!!!!!!!!!!!!



Yeeeeee! Anak kesayangan sy berdiri atas high chair! Sentap nak tekeluo jantung. Nasib depan mata. Memang dah latih diri xkan sesekali tinggalkan anak dalam keadaan x pasti hilang dr mata. Walaupon 1 saat! Pesan sesama laki bini. Haish. Ini nasib depan mata. 

Actually ada cushion dia. Accesories cushion tuh. Basuh. So pakai je boleng mcm ni. Sebab memang boleh je. Nanti dah besar akan pakai mcm ni witout cushion. Tapi x plak tau anak lady like saya ni berdiri tegak lagu ni. MasyaAllah anakkkkk! 

So lepas ni kena add another accesories cum safety. Harness. 

And klu bercushion mcm biasa tu dia sempit. X dan nak diri. Ini kosong. Tu yg pjg akal dia. 

Hai anak.. 

Bumbo seat


Benda alah ni aku heran awal2 dlu. Knape rmi yg beli. Mhl plk tu. Kodahkenapa kn? Utk ddk je kot. 

Ok sekarang Sarah duduk2 jatuh. Aku baru teringin benda ni tapi mhl sgt utk benda spt ini. Haih. Da tuh pkai x lama. 

Cuba fikir la kan. Dduk bawah lantai ke sofa ke cemana utk baby? Pegang? Klu bole nak buat benda lain. 

ALASAN!

Duduk la dlm highchair tuh, walker tuh, mamaroo tuh ;p

Sini RM260, paling murah rm200. Ada la brand lain tapi x se lembut brand ni. 

Kat amazon brapa? 

RM100! 

Click 'buy now' or click 'x' to Amazon web? 

Zzzzzzzzz


Sunday, March 30, 2014

Walker

Dah sebulan beli. Lupa nk blog.


Simple sajo! Kenapa walker? 

Ingat nak exersaucer or jumperoo bagai kan? Tapi last min beli walker. Erm sebab musibab dia ingat tak penting n hold la dlu sbb nak mencarik nya di curve. Jauh kan? Sbb survay dpan mata smua tak memuaskan hati. Harga punya lah. 500 bagai. Walaupon yg aku teringin di curve tu 800. Hahahaa. Mahal gilos. So tu pon mayb sbb musibab hold2 la konon. Nak ke curve nk kne check in bagai. Sbb memang nak ke ikea pon. Later lah! 

Bila later lah! Later lah! Ini lah yg jadi. Bila Sarah itu bosan ini bosan. Aku plak tgh duduk sorang kat rmh wan masa tu. Erm dalam tempoh yg lama jugak. Susah nak wat kerja rumah kan? So lets capai apa je yg dpt! So ini la dia. 

Tapi cute la. Kaki dia x sampai. Haha. Omei. Kena letak bantal. Ok2. Sarah cute. So bole jgk la jadi exersaucer kan? Sbb bawah dia berlapik tuh and bole berbuai mcm naik kuda. Lipat je kaki dia tuh. Apa2 je lah haih. Sbb x dpt apa yg diinginkan kn? Haha. 

Ni diantara gambar2 yg di test sbelom2 ni. Harga mahal tapi mate mami nmpk x cantik dan x berbaloi dgn harga. Menan dia sikit!


Rm500! Tapi x meriah mana pon. Apsal mahal sgt? Haih melampau! Lol


Jumperoo rm450. Ni x de dlm list. Tapi sarah suka and lompat. Cuma masa tgk harga ni aku terfikir. Kat blog rasanya ada harga 3xx. So tak beli. Hahaha. Penyudahnye? Walker tu lah!


Benda bulat ni ade sound mcm2. Memule naik cembeng. Xmo! Kuat sgt kot. Haha. Lama2 ok.. 

So itu la dia walker. Kesudahannye. 

Saturday, March 29, 2014

Diaper Bag

Finally!!!





Kaaaaan? Kesudahannye Sarah 6mos baru beli. Kan aku dah kate aku ni berkira. Ahaks. Aku x kan beli klau aku x pakai. Walau ctk cemana pon. See! Bagus kn? X boros kn? Teeepooo! Ahaks.

Kenapa baru sekarang? Padahal aim dah lama. Mungkin dulu belum ada keperluan. And lg 1 ada free gift beli breast pump dulu, diaper bag vkool kot nama nya. Tote biasa je. Tu pon jarang guna. Sbb lebih senang bawak bag uncang biasa cm dpt kt kenduri tu. Gulung2 nappy, letak semprot. Sumbat smua bag uncang tu dlm handbag. Thatz it. Senang! Tisu wipes mmg dh standby dalam kereta. 

Sarah kan full bf? So no need bakul thermos! No need botol ayaq sgala dak? Sooo! Nak wat pe diaper bag? 
Apa beza plak dgn sekarang? Beza diaaaaaaa Sarah dah mamam! Mana nak bwk changing thing dia, mana nak bawak botol air kosong dia, mana nak bwk thermos fooood dia?! Da tuh skrg ni dah pandai berpeluh sakan. Selang bbrapa jam tukaq baju, jika perlu. Pampers plak mandi pagi skali, tengahari tukaq skali, ptg skali and mandi waktu ptg skali, mlm plak b4 tdo 9-10pm skali lgik tukaq. Haaaa kauuu byk alasan nak kena beli diaper bag ni kan? So kira nya kalau keluar 1-2jam pon posibility nk kna tkr pampers, baju, makan, minum itu adalah besarrr. So itu la dia makanya memiliki ini. 

Tania bee hot pink. 

Before ni kuat ati ni teringin kan storksak poppy. Nampak classy. Da tuh into gila2 akan stokke changing bag. Memang dah nak tekan klik buy dah kat amazon. Cheaper 100 dr sini btw. Tapi tapi tapi nasib baik last min tgk utube bag tu cmna. Gila sempoi n simple sgt2. Aku dont like. Org nak letak mcm2. Kn? Huhu so tolak stokke ketepi!

Poppy plak dia jenis mcm ada bentuk. Mcm box. Kompem2 ada limit nak ltak brg. X dan if nk tenyeh2 ikot suka. N if x silap kenot sling kt bahu. Ah leceh! 

So tania bee the best. 

Bole letak telekong kot. Besoooo! 


Friday, March 28, 2014

Salmon



Kukus couliflower. Kukus salmon. Blend together with ebm! 

Sedap! 

Thursday, March 27, 2014

Manja 2.0

Msuk 6bln ni mmg obvious manja nya sarah mami ni. Ini pon mami prasan rupa2nya manja ni pon dtg dr dlm diri bb. Ingatkan kita parents yg pupuk lebih2..

Sarah tido mmg dr kecik tak suka ada benda kiri kanan dia. Senang cerita dia rimas. No blancket. No pillow. No bolster. Paling2 pon pillow la kdg2. Memule nak tdo is ok with those bantal mantal sgala. Tp ble dah lelap dia rimas n merengek kalau ada yg terkena or tersentuh dia. So mmg aku ketepikan. And lgpon mmg aku dah diaja utk tdk kaco2, cium2, peluk2 baby terlampau2. Sebab nak dia selesa n x mo ganggu. Ada la part kiss2. Tp x la spanjang msa. Rasa tu mmg la nak peluk cium stiap msa. Tp xmo kaco dia. So berterusan la mcm tu. Selesa. 

Tapi. Nowdays sarah plak turn into manja to the max. Siap buat sore cute n kiss2 mami. Gesel2 muka yg mlampau. Omei! Mami suka. Hebat kan kasih syg Allah cipta? Mmg hebat. X di ajar pon. Xde yg pupuk pon bahkan dia plak yg mngajar. MasyaAllah. Tdo pon sma. Msuk 6bln ni tdo nk ketiak mami shj! Dh nak dkt 7 bln ni lg la. Genggam baju, tgn mami dlm tdo. Nyelit2. Bkn kdg2. Hari2 ya! Sbgi mak sure la suka. Kita nak dia selesa. Selesa dia plak yg mcm tu. Mak mne yg x suka. Hai nikmat.. 

Kalau main2 tu tahan sarah ddk kat riba mami selama2 mungkin. Bkn main toys tp main dgn mami. Kiss mami. Hug mami. Menung2 smbil dlm riba mami. Isap jari smbil dlm dakap mami. Pdhal dia anak yg cepat bosan. Lg2 dgn toys. Tpi ble hadap n ddk dlm riba mami. Sepi.. 

Syukur ya Allah. Ksh syg anak kpd ibu. Dan ksih syg suami pd isteri. Nikmat. 

Alhamdulillah. 

Dah pandai panggil



Obot mami yg cerdik ni dh pandai bebel lain2 pesen. Klu x tu sama je. Skrg ni bebel pggil org lain bunyik nya, bebel fed up lain, bebel manja plak lain. Mcm2 sebutan yg keluar dr mulot. Omei sungguh la kejadian Allah nih. 

Monday, March 24, 2014

Mh 370


Hanya Allah yg tahu apa yg benar2 terjadi. Semoga korang aman disana. 


Thermos - Solid Food


Dah bbrapa kali sbnr nya keluar merayau time Sarah makan. Memule konon2 'ala jap je ni. Sempat blk bg anak mkn' tup2 tah cane lansung x balik2. P mkn lua bagi sarah nasik penyek. Balik bole sambung mkn bubur sarah. Sian kn? Jadi dia confuse and bila makan sedap dia sekadar makan nasik penyek2. X byk plak tu. So feel quilty tu menyelubungi. 

Tahda!!! Kami jumpa thermos yg betol2 cute and sesuai for Sarah. InsyaAllah. Ni semu jual sekali. Tapi 2 box packing in 1. Kalau agak2 nak pakai semua bole la pakai bag dia yg mcm dalam gambar ni. Tapi kalau nak pakai yg bsr tu sebijik je or yg kecik tu 2, bole alter bag tu n zip bhgian bawah dia. So bag tu akan jdi kecik half dr dalam gmbr. Eazy peazy n comel kn? Color plak menusuk kelebu.. Shocking pink! Memang pojaan gue. 

So lepas ni walaupon bertujuan 'ala kua kjap je' mesti bawak food sarah dgn this thermos. Musti! 

*actually brg solid food sarah lg over bila wan dia punya idea. Dari tempat letak pinggan, pisau, penapis. Semua sarah punya. Bkn aku. Tapi wan yg suruh. Jgn campur dgn adults. Ok mak. Menurut perintah. Klu rajin aku snap gmbr n blog. 

Ada yg tanya protein mkn apa? 
Ayam boleh. Ikan boleh(salmon especially). Kalau xde rasa sila rebus ayam dgn tulang2 sampai hancur utk buat chicken stock. Asing tulang n blend sampai lumat n simpan. Wah sodap! Later lah. Nak maghrib. Chiao! 


Sunday, March 23, 2014

Manja


Dah 6bln ni manja ya rabbi. Siap buat suara kartun n gosok2 muka ke muka mami. Mami lagi la ober kartunkan suara. Dia tau la tu part manja! Huhu. 

Tido pon sama! Dia sedar x mak dia ni besar??! Tido sbelah2 dgn quilt comferter dia sndri. Sebesar size cot la kwsn tdo atas katil dia. Alih2 dh keluar segi tuh. Betol2 bawah tiak mami die tersusup dlm tuh. Haiyo anak. Why so cute? Mami alhamdulillah dr dlu mmg x kuat tdo. So ble apa2 pon insyaAllah sedar. Xla terkepit or ter apa pon. Die sentuh je kulit mami bole trase dh wlaupon dlm kelenaan! Huhu. 

Gmbr ni jln2 mall. Layan mata nak zzzzzz! Like now 11:28pm dlm gelap. Sarah tdo since 9pm++ and sarah dlam ketiak mami. Ok nak. Me love u more. 

Semoga Sarah jadi anak yg mgutamakan ugama. Amin! 

Esok menu baru. Mami dah prepare awal2 so tmrw senang insyaAllah. 

Malam temans

Habbit x sudah!


Murah gilos smuanya. Alhamdulillah. Swonok. Jam gshock tu kat amazon beratus beza dr Msia. Love it! 

Okbye

Friday, March 21, 2014

Cucuk - 6mos


Makin besar makin kuat nangis time cucuk. Mami stresssss! 

3hari lepas check up Sarah dah 8.5kg. Mak ai. Alhamdulillah semangat. Tapi kalau tgk depan2 kecik je anak mami ni. Tapi semangat. Kawan2 mami ckp Sarah padat. Ok lah. Janji sht. Berkat susu ibu yg Allah permudahkan. Alhamdulillah. 

Dah masuk fasa mkn 3x sehari ni syukur makin laju mkn. Kalau b4 kan mcm slow sikit. Ini dah laju. Kalau dulu prepare tghri 1x je. Sekarang subuh sepie mami dah buat food Sarah. Kol 7am Sarah bgun main2 dulu. Dalam sejam main mami bagi makan. Apa yg mami tgk Sarah kene warm up dlu baru bole mkn. Kalau x Sarah x lapa. Sama cam aku lak tu. Pagi2 or bru bgun tdo x lapa. Lepak2 bru lapa mai! Tghri n ptg pon dh makang lajuw. 

Next month check up lagi. Mami start stress!




Solid Food - overall


MasyaAllah agak sukar memperkenalkan solid food pd Sarah. Lately pon jarang update blog ni. Sebab ada 1-2 perkara yg agak la mencabar pd ku. Tapi alhamdulillah semua ok dan tak la seserius mana. Cuma banyak try error yg melibatkan sakit pd Sarah. 

1st mmg ada crita yg Sarah kena sembelit bila bg karbo. So again tukar pd fruits. Fruits yg bole utk intro most adalah masam. Semanis mana pon apple dia tetap tergolong dlm buah yg ada rsa masam kn? So Sarah x boleh masam sket pon. Dia akan muntah yg meleleh sikit2 muntah masam tu. Kerap sgt ok. So sbgi ibu sure lah trase x kena n pelbagai teori la mai! Actually aku kan ada gastrik. So aku familiar dgn apa yg Sarah lalui. Chewah! Pear pon lah. Bila kukus rasa nenas manis. Yew! Aku suka masam. Tp x dan. Silap mkn akan mengeliat sakit. So stop fruits yg ada masam. Jom cuba bananas. 

!!!!!!!

Xsure mana silap nya. Sarah start kembong. Macamana aku tau kembong? Sehari dia burp sgt byk dan sekali burp bunyi berair. Macam full aka se'eh aka sebu or hongeh org n9 pggil. Mula2 ingat teori je. Bkn la betol sgt kn. tup2 bile dibiar kan Sarah makin nampak full and loya n sampai ke muntah. Ok ni x bole dibiarkan. Malam plak almost aweek tido terganggu. Wlaupon siang dia ok2 la tapi nampak rengek sket2. So pg klinik pakar. Bagi ubat tahan muntah n air garam. Mkn la. Ada la surut. Tp mkn hari jugak sbab aku x bg ubat yg mcm doc saran kan. Heheheeehe aku kurangkan. Tah risau kot baby amik ubat. Ok siapa doc skrg? Pandai2 aku je kan. Aha. 

Last2 aku bagi ubat kembong masa Sarah dlm hari dulu, ye masih aku simpan. So nampak cepat baik dan alhamdulillah rasanya malam2 ni dia da tido nyenyak. Erm. 

Jmpa doc paed dia, doc saran kan apa pon jdi dia x sarankan utk stop the meals. Trus kan jgk sbb tkot dia confuse. Tu gigih laaa kan. Tapi doc ckp cuba bg 3x sehari. Protein! Alhamdulillah its help. Itu pon teori aku gak tu. LOL. Aku p tnya doc, doc agak2 ada kemungkinan x Sarah mcm berangin kembong ni sbb dia mkn 1x je sehari. Time lain x mkn sbb tu kembong. Ye kemungkinan betol. Then doc ask start 3x dah! Syukur. Xtau la kebetulan or memang betol. Aha. 

Dlm sbulan jgk perot Sarah amik msa utk adapt food. Doc kte sakit or sensitive tu hanya bersifat sementara. Dh betol2 matang nanti perut tu ok dah la. Awal2 mmg ada baby yg perot sensitiv sket. Huhhuhuhu. Tgk bb lain elok je supsap mkn nye. Cian Sarah. Xpe nak, yg penting skrg dh ok! 

Poo pon dah hari2 dia poo cantik. Ya Allah alhamdulillah! 


Thursday, March 20, 2014

Saturday, March 15, 2014

Monday, March 10, 2014

Anak bijak


Balik to avacado. Sarah sgt suka akan ini buahhhhh! 

Now sarah dah pandai if ask die 'sayang wan..sayang wan...!' Sarah akan tunduk n dekatkan kepala dia dekat wan. 

'Syg mami! Syg mami' dia akan buat kat mami plak. Yaaa ampun. Omei. 


Sunday, March 9, 2014

Thursday, March 6, 2014

Solid Food - sweet potatoes




Nampak senang tapi sakit kepala jgk nak memikirkan.

Notice bila sarah makan apa je yg ada masam dia akan termuntah kecil susu masam. Aik mcm mak dia jgk.  X Bole mkn benda2 masam sgt. Sarah pon bila mak suap dia terkenyit2 mata masam, pdhal manis. Ok dia x suka n x tahan. So say NO tu apple walaupon pd aku apple tu manis gila! 

Buat bubur plak terus 3hari x poo. Memang x bole bg karbo at 1st sbb perot bb tkejot. Kne start with fruit. But sbgi mak and perot kampung, puree apa je lg aku nk bg??? Buah yg bole most masam. Pear, apple, plum, mangga ALL MASAM! Avacado dia suka! Ok mak carik avacado x jumpa plakkk. Yg ada dh habih. Pagi ni baru jumpa.  X plak masak. Beli n simpan je la dlu. Haih. 

So kali ni mak cuba sweet patatoes ye nak? MasyaAllah sedap!

And again! Mcm makan avacado jugak. Laju n licin!

Ya Allah.. Aku harap ubi ni manfaat pada Sarah. Some ppl said x elok cos angin. Tapi bagus n byk kelebihan zat ubi ni. 

Bismillah.. 

Wednesday, March 5, 2014

Gigi tumbuh - 6bln 2hari


Caaak! 

Hehehehehe hari ni mami suka2! Suap banana skali ade rase gigi 2 btg bwh! MasyaAllah anak mami. Dh bole tawin. Ke? Ohnononotyet! 

Alolololo bsr dah. Tido malam pon makin nyenyak n sgt berleluasa ya amik side tdo mami. Aiseh. 


Monday, March 3, 2014

Sembelit - 6bulan


Ni gmbr hari ni dimana kanak2 riang ini tdk poo selama 3HARI!!! Ya Allah cuak takot semua ada. Stop kn solid food. Bg puree prune pg dan tgnhari. Sedap je tgk die nyum2.. Alhamdulillah walau diduga bgitu rupa anak kecil ini mcm xde apa yg terjadi. Main mcm biasa. Gelak ketawa mcm biasa. Sikit pon x meneran. Aku confuse! Tp alhamdulillah lah. Aku x sampai ati nk tgk nti.

Mcm2 org aku p tnya. Google. Kwn2. Blogger. Utk dpt kn pndpt dan pndgn. And aku tgu smpi ptg ni. Klu x kua gak aku nk ke klinik pakar. 

Ptg ni sarah dah mule meneran. Adehhh sian. Mgigil2 meneran. Muke merah2. Peluh dlm aircond. Mak mgalir air mte peluk anak. Alih2 trase pampers dr kempis kembung semacam. Intai2 dh penuh n terkluar2! Syukur ya Allah. Allah maha mendengar... 

Thx babe 

Phew. Anak. 

Saturday, March 1, 2014

Another side of Sarah.


Mengamok. Angkat2 muntot nak bangunnnnn. Nak diri terus. Hai anak.. 

Apple Puree


Sedap gile. LOL! Manisss bangat.. Sarah suka. Tapi iso gak. Manis cemana pon sure ada masam. Mcm perot mak x tahan sgt dgn masam. Alhamdulillah perot Sarah ok!