Instagram

Instagram
Catch us on instagram 'akubeb'

Wednesday, October 9, 2013

Baby Car Seat


Cite2 dan impian memang kena meninggi langit. Kalau tak, tidak la cita2 namanya kan? Huhuhuhuhu. Cantik kan? Tapi tahap keselamatan nya aku tak google lagi. Lagi pon malas lah. NB belom boleh naik Cosatto ni. Chewah alasan. Padahal x mampu. Suka color funky2 ni. Ceria. Hidup. huuhuhuhu.. If tak silap model Cosatto yang ini berharga 3k. Ok jom balik menabung..



Cita banyak tak guna. Jom ukur baju badan sendiri. Alhamdulillah rezeki anak. Maxi Cosi Pebble ni di dapatkan di Kiddie Garden. Kan aku dah kata toke tuh sure sayang laki aku. Asik2 ke kedai dia. Asik la bagi special price. Ecewah. Kok iyyo.

Maxi Cosi Pebble ni memang untuk NB up to 6 ke 9 mos tah. Lupa aku. Korang google la yek? Tapi tak la semantap and sebagus yang ada Isofix. Cuma NB car seat ni boleh la berikat dengan seat belt. InsyaALLAH selamat. Amin. Nak jadi kan cerita cemana dapat Spicy pink ni? Ini semua laki aku punya kerja. Kalau nak ikot kan aku, nak apa yang ada NOW je. Merah ready stock kat kedai tuh. kalau nak cantik sikit, pink ni kena order kate toke kedai. Ada la 2-3hari. Berkat kesabaran suami, aku akur. Hehehehe.. Memang suami penyabar and dia suka sesuatu yang berbaloi2. Tunggu lama sket pon dia ok. Aku? Hehehhee kadang2 je boleh. Hahhaha. Ni dah berlaki, harus la dengar cakap dia sambil2 belajar bersabar. So berkat sabar, kami dapat la pink ni. Berbaloi2. Cantik pada pandangan mata aku.

Padahal dulu2 tak pandang pon Maxi Cosi ni segala. Ye la orang tak beranak kan? Sekarang dah start belajar menatang ni ada banyak jenis rupanya. Ahaks.


Cantik ke tidek? Sarah akur je dengan pilihan papa and mumy beliau. Hehehhe esok dah besar Sarah pilih la yek? Skarang ni biar lah kami je yang over. Ahaks. Seperti yang dilihat, Maxi Cosi carseat nih boleh plak dikawinkan dengan quinny stroller tuh. Cantek la kan? Daripada stroller color blue dah bertukar jadi spicy pink. Suka! Yang original blue tuh simpan. So kaki quinny, badan Maxi Cosi.


Lagi sekali, alasan untuk membeli biarlah Sarah ada keselamatan lebih sikit bila naik kereta dengan mummy nye nanti kalau papa kerja lah. Tak la asik berdukung je kan klu ada papa pon? Lagi pon memang aku awal2 dah plan biar anak2 ni biasa dari kecik dengan car seat, stroller bagai ni. Sebab kalau dah besar sikit p beli, takot beli tapi dorang tak mahu pakai. Sebab tak biasa. Ramai je anak2 kawan aku macam tuh. Tapi Sarah ni tak tahu la if dah besar sikit suka ke tak. Atleast cuba. AND sedar x sedar, bila naik je car seat ni dia berdengkor. Alaaa omei manja mummy. Lama tido nye.



Sedap tido dalam carseat ye? Makin hari makin berubah muka dia. Kejap cam cina, kejap cam india. Mana2 la nak. Yang penting mumy bersyukur. Hehehehhe. Ye kami laki bini ada darah cina dan india.


Ataupon kegunaan lain, ia juga boleh mengendong barang2 shopping para ibu. Ahaks. Ni menggile shop kat mothercare sales baru2 ni. Hancus!

**ada sapa2 nak Q untuk dapat kan carseat spicy pink yang HOT ni selepas tak digunakan lagi? Huhuhuhu Sarah dah besar sikit dah tak leh guna dah. So sape mahu sila2 lah. Boleh dah rasanya nak installment dari sekarang. Wah promo!

No comments: